Thursday, August 2, 2012

Iftar day 12 ~Pasta Spiral Goreng vs Kari Kepala Ikan~

 Assalamualaikum...

Berlalu sudah 12 hari Ramadhan.  Tanpa kita sedar.  Adus, terasa seperti baru bermula puasa ini.  Alhamdulillah, Ramadhan kali ini Insyaallah akan lebih baik dari sebelumnya.

Ita rasa lebih tenang.. Tidak lagi mahu menambah masalah di dalam kepala. Hanya mengubah minat baru menjadi blogger. 

Hari ini penat juga rasanya, pagi-pagi tadi setelah sampai di sekolah, PK 1 phne dan bagitaw, kena bawa anak teruna ke Sek Integrasi sebab ada Ujian Saringan 2 Permata Pintar.  Huhuhu penat la, kelam kabut menghantar.  Tapi anak2 punya pasal.  Mama rela jadi Minah Shumacker... ^_^



Dalam kepala ada macam-macam menu rasa nak masak la kan.. Tapi kadang-kadang tak masak pun...  Menu pulak kena la ikut anak-anak punya selera kan.  Sebab mereka lebih cerewet dalam memilih juadah berbuka.

Kadang-kadang rasa macam nak menu berlainan setiap hari.  Tapi anak-anak nak menu yang diaorang suka tu la setiap hari... Huhuhu... Mama jemu la... Huk huk....



Makanan western adalah kegemaran anak Ita yang sulong.  Along memang western sangatla... Macam mama jugak. Hehehe... Kalau ke Pizza Hut tu, kami berdua memang kamcing la.... Smua makanan dalam menu tu kalau boleh nak order.  Yang lain2 tu semua berkerut dahi... Tapi taknak selalu la ke sana, nanti gumuk arrrr, tak sukeeee.

Untuk hidangan berbuka hari ni, untuk Along Ita buatkan Pasta Spiral Goreng.  Feberet dia ni.  Even me!!!

Pasta Spiral Goreng 

1/2 bungkus spiral

3/4bungkus daging kisar

1/2 tin tomato puree

2 labu bawang holland (dipotong dadu)

2 ulas bawang putih (dipotong dadu)

mix vegetable

garam secukup rasa

gula secukup rasa

3 camb minyak untuk menumis




Cara-cara:

1. Mula-mula, didihkan air dan rebus pasta sehingga masak.

2. Panaskan minyak dan goreng daging.  Selepas air daging tu dah hampir kering masukkan bawang. Tumis bawang sehingga kuning dan naik bau wangi.

3. Masukkan tomato puree dan kacau.  Masukkan mix vegetable dan tunggu sehingga masak.

4. Masukkan gula dan garam. Masukkan spiral yg telah ditoskan tadi. Kemudian kacau sehingga rata.

5.  Boleh dihidangkan...



Resepi Kepala Ikan

Bahan-bahannya:

1 ketul kepala ikan

1/2 biji kelapa (diambil santan)


1 peket kari ikan


2 keping asam

garam secukup rasa

Bendi,tomato dan lada besar


Bahan untuk menumis

1 camt halba campur

daun kari

3 biji bawang kecil *

2 ulas bawang putih*

*ditumbuk


Cara-caranya:

1.  Panaskan minyak.  Tumiskan bahan-bahan tumisan, goreng hingga kekuningan.

2.  Masukkan pes kari + garam + asam keping. Kacau hingga naik baunya.  Kemudian masukkan santan.  Kacau seketika dan masukkan ikan.

3.  Setelah mendidih, masukkan bendi.  Perlahankan api, kacau seketika dan masukkan belahan tomato, lada besar, tutup api dan hidangkan.




Kari ikan memang sedap kalau dimakan semasa nasi panas-panas.  Tambah pulak ada ulam dan sambal belacan... Memang bertambah-tambah la nasi nanti.... Hehehe




Donut Ball

Resepi  : DayangJack@Dapurku Sayang

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum

1 camb marjerin

1 biji telur

1 camt pelembut roti

1/2 camb yis kering + 1/4 cawan air suam (direndam)

90 ml susu segar

2 camb gula pasir

1/2 camt garam

gula icing untuk saduran


Cara-cara membuat:


1.  Putar semua bahan (kecuali tepung,pelembut doh, yis dan gula icing) hingga sebati.

2.  Di dalam belas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya.  

3.  Tuangkan bahan-bahan yang sudah di putar tadi, yis dan pelembut roti.

4.  Uli hingga menjadi doh.  Jika adunan terlebih lembik, tambahkan sedikit tepung.

5.  Bahagikan doh kepada 20 - 22 bahagian dan bentukkan seperti bebola.  

6.  Rehatkan selama 10 - 15 minit.

7.  Goreng donut hingga keperangan. Toskan.

8.  Sadurkan dengan gula icing.


 


catatan:
Donut ball ni juga boleh letak inti kalau suka yer... Toping coklat pun ok jugak... 

No comments:

Post a Comment