Tuesday, January 12, 2016

Indulgent Dark Chocolate Sourdough Bread


Assalamualaikum....

Siaran tertunda untuk hari ni.  Che ta teringin nk mencuba roti yang guna kaedah tradisional selepas digoda oleh my ig friend yang sangat baik hati iaitu Che Nurul.

Proses membuat rotinya memang memerlukan masa yang panjang.  Rotinya rasa agak klasik dan sedap kalau dimakan cicah dengan sos coklat.

Kepada sesiapa yang nak mencuba boleh lihat di sini.  Kt situ disertakan sekali dengan proses menyediakan Starter Sour Dough.



Bahan-bahan:

3/4 cawan air

1 1/2 cawan SD Starter

1/2 cawan tepung wholemeal

2 cawan tepung roti

2 sk madu

1 sk garam

1/2 cawan dark chocolate (dicincang)

Kaedah:

Uli semua bahan kecuali coklat sehingga doh elastik.

Perapkan di dalam mangkuk yang disapu minyak zaiton sehingga naik sekali ganda (ambil masa lebih kurang 3 jam)

Tumbuk2 doh dan bahagikan kepada dua bahagian. Rehatkan selama 10 minit.

Buat doh seperti loaf panjang.

Bakar selama 40 minit pada suhu 220C

selamat mencuba semua....


No comments:

Post a Comment