Showing posts with label masakan. Show all posts
Showing posts with label masakan. Show all posts

Thursday, February 28, 2013

Sambal Hitam Bilis


Assalamualaikum...

Apa khabar semua kawan-kawan alam maya..  Dah lama tak update blog Ita ni... Rasa rindu... Kesibukan Ita dengan tugas dan macam2 lagi perkara yang perlu diselesaikan.  

Alhamdulillah, segala yang perlu dihadapi dah diharungi dan Ita hanya menanti akan keputusannya saja... In shaa Allah jika diizinkan olehNya dapatlah peluang baru...


Ita dah cuba resepi Sambal Hitam ni beberapa hari lepas... Bukan apa, nampak rakan-rakan fb cuba, sedapnya.. Mula-mula tengok Mama Rohana buat sambal hitam ikan kering, uishhh sedapnyaa... tp mengenangkan yang Ita ni kalau makan ikan masin japgi cepat sangat bersin so tunda kejap...

Mama Rohana memang tak pernah lokek kongsi ilmu masakan.. Thanks mama sebab sudi kongsi resepi yang sedap2 dengan Ita.



Resepi Sambal Hitam Bilis

3 cawan ikan bilis

1 cawan cili padi

1 cawan belimbing buluh (disangai hingga jus kering)

1 biji bawang putih

9 biji bawang merah 



Bawang putih dan bawang merah ditumbuk.

sangai belimbing buluh tanpa air.

Cili padi ditumbuk.

Bilis ditumbuk.

Tumiskan bawang hingga wangi.  Masukkan cili, belimbing dan bilis.  

Goreng dengan api sederhana sehingga kering.

sambal akan menjadi hitam.

Jangan gunakan api kuat kerana sambal akan hangus.


Sambal ni memang sedap.  Tambah2 jika dimakan dengan nasi panas2..  Memang best sangat.

Thursday, July 14, 2011

Mushroom soup n garlic bread

N3 arini eita uploadkan bekfast ala2 owang putih gitu.... Anak2 suka sgt2 garlic bread n mushroom soup nih.... So, benda senang nk wat memang la mama dia suka nk masakkan....

Tadaaaa........... Ni hasil sebelum dikerjakan dek anak2 teruna eita.... Abah dia tengok dari jauh jer la kalau sediakan makanan western2 nih...... Resepi dia mudah jer yer.... Main agak2 jer kan...


Garlic Bread

8 keping Roti sandwich
4 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
4 sudu besar marjerin
mixed herbs

Cara-cara memasak....
1. Gaulkan bawang putih yang ditumbuk bersama-sama dengan marjerin dan mixed herbs.
2. Bakar jer guna toaster biasa tu


Mushroom soup
1 tin mushroom soup (ready made nye yer)
2 tin air
1 kiub pati ayam
button mushroom

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan dan didihkan atas api perlahan.
2. sedia untuk dimakan...

Wednesday, June 29, 2011

Ayam Seri Harum

Assalamualaikum....

Arini mood rajin dah datang. Apa lagi, eita pun gali-gali la cari resepi apa nk masak untuk lunch arini. Dalam esbok cuma ada ayam dan ikan saja. Akhirnya terjumpa resepi Ayam Seri Harum ni dekat blog Kak Nor. Terima kasih yer Kak Nor, resepi ni memang sedap sangat, tapi disebabkan ada beberapa bahan yang tak ada kt umah so, eita telah mengedit beberapa bahannya.... Jangan marah ye Kak Nor..



Inilah hasilnya setelah siap dimasak, dan sebelum habis dikerjakan oleh MIH and anak2 semua.


AYAM SERI HARUM
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
3/4 ekor ayam ~ dipotong kecil
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit

2 sudu besar cili mesin (cili serbuk)
1 biji bawang besar *
3 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1in halia*
1 in kunyit hidup* (* diblend)
2 batang serai ~ diketuk
1/2 cawan santan pekat (xletak)
1 cawan air
3 kpg asam keping
3 helai daun limau purut ~ dicarik
garam dan gula (xletak)
1/2 kiub pati ayam
minyak

Cara:
Gaul ayam dgn garam dan serbuk kunyit. Goreng 1/2 masak, angkat dan ketepikan. (kalau tak nak goreng pun boleh, terus aje masukkan dalam kuali)
Tumis cili mesin hingga garing, masukkan serai. Goreng sekejap, masukkan bahan2 yg diblend.
Goreng sehingga pecah minyak (jika tak pecah minyak masukkan 1/2 cawan air dan goreng hingga pecah minyak)
Masukkan santan, air dan asam keping.
Masak hingga mendidih, masukkan ayam, daun limau, garam dan gula secukup rasa dan kiub pati ayam.
Masak hingga ayam masak dan kuah pekat mengikut citarasa masing2.

Tuesday, November 23, 2010

MOOD RAJIN SUDA DATANG!!!!!!!!!!!

Salam...... dah lama tak mengupdate blog ni... bukannye apa... dok sibuk nak meroti jer... yg bestnyer bila wat roti tu kejap ja dah licin........... sebenarnya kalau mula2 nk membuat roti ni memang rasa sangat susah......... byk benda nk kena ikut........ tipsnya byk.... he3............... tp sebab semangat dah berapi sbb dok tgk rakan kt fb iaitu "cikgu liza" ni selalu wat roti yg best2..... sy cuba la jugak sampai akhirnya menjadik jugak.............. yg bestnya anak2 dok tanya
bila nk wat lagik...... aduss penat berbaloi2.................

Thursday, August 12, 2010

Esok nk Menu apa pulak!!!!!!!!!

Irfan nak makan ayam panggang pulak....

Angah pulak nak makan ikan sweet n sour..............


Mama n abah................ tak tau nk makan apa dah.... keje dok ngikut anak2 jer nk makan aper............... hu3

Menu berbuka arini


inilah menu berbuka arini, itu jer yang ada dlm peti sejukku, adusss.........sedap gak kan... anak2 tanyer...kite dah nk raya ker mama masak rendang nih.... he3


Ikan goreng, nk wat sweet n sour tak sempat pulak.......


Ini anak2 n my dear suke sangat nih.............


Ini hot nescafe............... mama punyer la.............


Saturday, August 7, 2010

Chicken cop

menu kegemaran anak2 ku............ sedapnyer..... ingat nk wat ler minggu ni.... tp abahnyer takder la pulak.... jadi esok ler aku wat........ tambah ngan mushroom soup pulak......... fuhhh sedapnyer........... mushroom soup tu pulak kena add ler black pepper...........aduss tak sabo nk masak nie........