Tuesday, January 12, 2016

EPOK-EPOK SAYUR




Assalamualaikum semua.  
Dah lama rasanya Che Ta tak update blog ni, dah bersawang penuh.  Tetiba rasa rindu menggamit hati untuk update blog ni.  Bermulalah semula catatan diari seorang wanita badang berhati tisu ini. 


 Andai ada yang jemu, jgn dibaca... hehehe
Cerita arini berkisar tentang epok2 sayur.  Sangat sedap (cehhh puji diri sendiri mokcik sorang ni) hihihi.  Kulitnya yang nipis dan rapuh tu yg buat rasanya sedap ditambah dengan sos yang masam manis dan pedas.


Walaupun terasa lelah seusai keja di pejabat, Che Ta gagahi juga untuk menyediakan minum petang ni, sebab anak2 bila balik dari sekolah petang saangat2 lapar, kesian pulak tgk kan.  Jadi buang penat ke tepi, singsing lengan baju dan buat ja la.  


Dibawah ni Che Ta akan share resepi epok2 sayur ni.  Resepi ni dikongsikan oleh mama angkat Che Ta yang tinggal di Singapore.


DOH EPOK-EPOK

1/2 kg tepung gandum

1 camca besar minyak sapi

1/4 cawan minyak masak

air suam + garam (kena pandai anggar dengan doh yer)



Cara membuatnya:

Gaul tepung, minyak sapi, minyak masak hingga menjadi serbuk roti.

Masukkan air sedikit demi sedikit.  Uli hingga menjadi doh.

Rehatkan doh.




BAHAN INTI

Taugeh

Carrot (diparut nipis)

Udang (dibuang kulit ambil isinya)

Bawang merah (didadu)

Bawang putih (didadu) 

Minyak untuk menumis

Garam dan lada sulah



Cara membuatnya:

Panaskan secamca kecil minyak.  

Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang didadu.

Masukkan udang dan goreng sekejap

Masukkan carrot dan taugeh.

Perasakan dengan garam dan lada sulah.

Jangan masak sayur terlalu lama, nanti rasanya tidak sedap.

Tapiskan sayur supaya tiada kuah2 yang menyebabkan kulit jadi lembik.




BAHAN SOS

Bawang putih, lada merah, cili padi, sos cili, gula, garam, air limau nipis/cuka.

Bahan-bahan kena agak2 sendiri ya. hehehe.  Blend semua dan masak hingga pekat.



Buatkan seperti membuat karipap.  Selepas siap goreng dengan api sederhana hingga kuning keemasan.  Boleh dihidangkan bersama-sama sos.


p/s

Che Ta doakan yang baik2 untuk semua pembaca coretan Che Ta yang tak seberapa ni.   


1 comment:

  1. Hi, can I contact you through your email? I've something to share that might interest you.

    Aaron
    aarongrey112 gmail.com

    ReplyDelete