Thursday, July 29, 2010

Mendidik anak menjadi anak soleh

"Didiklah anak-anakmu dan perbagus adab mereka" (HR. Ibnu Majah)



Dengan begitu, ibu bapa yang ingin anaknya soleh, seharusnya dialah yang mendidiknya secara langsung. Justeru institusi pendidikan Islam, guru yang mengajarnya mengaji dan sebagainya yang ikut serta mendidik sang anak, itu hanyalah pelengkap, maka ibu bapa tidak boleh merasa kewajibannya mendidik anak telah gugur kerana telah menyekolahkan anaknya di sekolah Islam atau memanggil guru Quran ke rumah. Ini perlu dipertegaskan dan diperingatkan terhadap ramai ibu bapa di luar sana yang berprinsip demikian.

Persoalan lain dalam hal pendidikan anak adalah, banyak ibu bapa yang seolah-olah kehabisan modal dalam menghadapi dan mendidik anak-anaknya. Kerana itu, perlu kita menyemak petunjuk Dr. Abdullah Nashih Ulwan dalam bukunya "Tarbiyatul Aulad Fil Islam". Beliau menyebutkan lima pendekatan dalam mendidik anak.

Pertama, mendidik dengan keteladanan, dalam erti kata lain, ibu bapa harus memberikan teladan atau contoh yang baik kepada anak-anaknya, ini bererti, kalau ibu bapa ingin anaknya menjadi soleh, ibu bapanyalah yang harus lebih dulu soleh.

Kedua, mendidik anak dengan pembiasaan yang baik, maknanya ibu bapa harus menanamkan kebiasaan-kebiasaan baik kepada anak-anaknya, ibu bapa tidak boleh memakai prinsip, "ah nanti kalau sudah besar mereka tahu mana yang baik dan mana yang tidak." Mungkin mereka mampu mengetahui mana yang baik dan mana yang buruk, tapi mereka tidak mampu melaksanakan yang baik dan meninggalkan yang tidak baik sekiranya tidak dibiasakan sejak kecil, inilah pentingnya membiasakan hal-hal yang baik kepada anak sejak anak itu kecil.

Ketiga, mendidik dengan mengajarkan ilmu pengetahuan dan dialog tentang berbagai persoalan. Dalam hal ini amat penting ibu bapa mampu menanamkan pengertian kepada anak-anaknya, dan dialog merupakan cara yang paling tepat, apalagi menghadapi anak yang sudah memasuki usia remaja. Namun sayang sekali, kerana kesibukan ibu bapa, justeru suasana berdialog antara anak remaja bersama ibu bapanya jarang tercipta pada keluarga-keluarga kita sekarang ini.

Keempat, mendidik dengan memberikan pengawasan dan nasihat. Dalam era sekarang. pengawasan dari ibu bapa terhadap anak-anaknya sangat diperlukan, sehingga ibu bapa tahu perkembangan jiwa atau keperibadian anaknya dari masa ke semasa. Kalau ibu bapa tahu perkembangan jiwa anaknya, maka ia tahu nasihat apa yang harus diberikan kepada mereka.
Kelima, mendidik dengan memberikan hukuman. Ini dilakukan bila cara-cara yang lemah lembut tidak membuat si anak berubah ke arah yang lebih baik. Namun menghukum anak tidak selalu dalam bentuk hukuman fizik seperti merotan, tapi lakukanlah dengan cara-cara yang sifatnya edukatif (mendidik), misalnya pada kebiasanya si anak di beri wang saku sekolah RM2.00, tapi kerana si anak bangun tidurnya lewat dan tidak solat subuh, maka wang sakunya dipotong menjadi RM1.00- Setiap ibu bapa tentu lebih arif, hukuman apa yang lebih tepat untuk anak-anaknya.

sumber:

Malas......

Lama tak update blog ni, malas nk bukak laptop pulak..... dok seronok tengok mamat indon renovate umah......... aduss ...... melayang ler beberapa not aku.... yg penting puas hati...... ni ada lagi dalam perancangan tp ongkos tak brapa cukup....... kena stop dulu.... bajet untuk puasa la pulak...


Monday, July 26, 2010

penat!!!!

lama tak ku jenguk blog ni.......... kt sekolah malas lak nk membuka laptop....... asyik menanda buku n bersembang ngan kengkawan...... kt umah bising jer ngan pekerja indon dok mengupgrade umah sikit2.......... waduh.... mau pecah kepala.............

tomorrow, trial upsr.... hopefully my students will success........ and for me.... as usual....... a bit scary...... their last result was very upset........ who's fault?????????? I've done my best to them......... but still the same....... their mind set still UPSR is nothing....... but for me... it is important........... mmmmmmmmmm........... we will see the result.......

Friday, July 23, 2010

semangat!!!!!!!!!!!!!

Cepat sungguh arini........ pg ajar haadi mathematics.... pastu terus wat keja umah n masak lunch... ingatkan dh lewat..... alih2 baru kul 11.30 ....lunch dh siap pun.... pastu apa lagi leh la rilex....... layan FB ngan blog la....

menu lunch arini... sotong masak lada.... ikan bawal sweet sour... ulam pucuk ubi n sambal... fuhhh sedap ni.... he3

Thursday, July 22, 2010

Khamis............ 22 Julai

Arini a bit busy......... relief........ as usual..... sometimes teaching ni menyeronokkan.... tambah2 bila anak2 didik semakin faham.... aduss rasa sangat bermakna hidup sebagai guru.......... harap-harap berjayalah mereka.

My hubby pulak, tgh bersemangat nk mengupgrade our house............ up to him la... kalau reject musti merajuk.... Tengah hari balik umah antaq anak p kelas tarannum, pastu suruh makan n bersiap ke tuisyen pulak... alih2 ingatkan bersiap rupa2nya sedang bermimpi dengan nyenyaknya.... sian pulak nk kejutkan.... takpela ponteng sehari...........

petang........ dengar cerita sedih pulak......... anak jiran kt umah ni dok ICU pulak........ kesian baby tu kena jangkitan kuman pada otak..... adusss........ mcm2 penyakit sekarang........ jenuh la ibu n ayah dia.... byk berdoa dan bersabar......... sejak berjiran ni mereka sentiasa diduga dengan bermacam2 dugaan........... harap mereka tabah menghadapi dugaanNya....

Wednesday, July 21, 2010

Rabu 21Julai ............

Alhamdulillah........ dah siap dah setkan soalan exam year 5 paper 1 & 2, year 6 tak payah nak wat.... semalam pulak dah selesaikan menjalankan mesyuarat panitia Math..... beberapa kerja penting dah diselesaikan.... sekarang masa untuk melihat apa2 kerja yang masih dalam list menunggu untuk diselesaikan........

Aktiviti harian berjalan lancar.... semalam bersama hubby menatarias rumah..... mengupdate apa yang patut....... fuhhhhhh semangat sejak duk umah sendiri........ teratak yang tak seberapa.... namun bahagia semakin membara......... sebab hasil titik peluh dan keringat akhirnya berhasil jua........ Allah memberikan rezeki kepadaku.......... Aku bersyukur padaMu ya Allah......... harapan moga kebahagiaan yang dianugerahkan ini tidak dilanda badai.....

Mungkin setelah 12 tahun usia perkahwinan........ membawa kami kepada satu definisi kehidupan baru........ saling bertolak ansur.... cuba memahami antara satu sama....... menyokong kehidupan masing-masing tika susah dan senang..... walaupun kadang-kadang muncul jua ketidakpuasan hati.... namun semuanya diselesaikan dengan baik......... komunikasi yang berkesan nyata berhasil........ Aminn

Tuesday, July 20, 2010

Kerja oh kerja...............

Ya Allah, hari ini harapan semuanya berjalan lancar... keja yg perlu disiapkan dah disiapkan... semalam GB dah mintak kerta kerja Galus... sib baik dh settlekan... arini nk selesaikan tentang kemaskini biasiswa KPM tu pulak.... harap2 dapat diskaun 75%...... apapun semuanya terletak pada izinNya...........

kertas kerja Galus dh antar..... nk wat kertas kerja elit pulak..... alhamdulillah........ arini semuanya berjalan lancar.....

Monday, July 19, 2010

Kisah semalam.......

Mengenang kisah semalam membuatkan aku cuba memuhasabah diri.......... perjalanan hidup yg kian bertambah dan berwarna warni.. adakah aku telah menyempurnakan tugasku sebagai umatmu.... berikan aku kekuatan...mengharungi segala cubaan dan dugaan... di dalam kehidupan dunia dan juga keberkatan di akhirat..... apakah ada kesempatan aku untuk bertemu Ramadhan tahun ini......... walaupun rindunya semakin membara setelah kehadiran syaaban ini... berikanlah aku kekuatan...

Aku bersyukur, dikurniakan suami n anak2 yg baik..... memudahkan tugasku sebagai isteri dan ibu....... menyokongku sepanjang masa.... waima aku sedih dan tertekan..... selalu berkompromi denganku... terima kasih suami... kerana memahamiku... memberiku semangat dan perlindungan... bersama dalam susah dan senang.... semoga kita sentiasa bersama dalam mendidik anak2 menjadi anak2 yang soleh insyaallah.........

Rasa Hati

Hari ni rasa mcm perasaan...... mungkin hati tak tenang......... Ya Allah kuatkanlah semangatku........