Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Sunday, July 29, 2012

Bicara Hati ~Syair Imam Syafie Sebelum beliau meninggal dunia~




 

Assalamualaikum...

Sebening subuh... Kadangkala memperingati diri sendiri... berfikir... mengenang masa silam... mengenangkan nasib sendiri... bagaimana hidup dengan dikelilingi pelbagai dugaan... kadangkala membuatkan kita hilang kesabaran... Amarah sentiasa datang bertandang... Perlukan semangat cekal dalam menghalangnya menjadi lebih parah...

Kadang-kadang orang selalu salah tafsir... bila ucapan minta maaf dihulurkan, kita akan dianggap telah membuat kesalahan... padahal meminta maaf tu kan lebih baik... untuk mengelakkan terputusnya hubungan  silaturrahim...
Sepertimana kita melihat akan cuaca... ada panas, hujan, ribut... begitulah juga dengan manusia... kadang-kadang apabila kita tidak muhasabah diri... Selalunya kita rasa kitalah paling sempurna berbanding orang lain... justeru kita anggap semua orang tidak betul...

Sekadar ingatan pada saya... yg juga tidak sempurna... masih banyak dosa yang perlu saya mohon keampunan daripada Allah...
Seperti bait-bait indah syair Imam Syafie sebelum beliau meninggal dunia.  Amat syahdu dan meruntun jiwa.  Terbayang segala-galanya, kekerdilan kita di sisi Pencipta...

Ku persembahkan (rintihan) kepada-Mu, Tuhan sekalian makhluk akan harapanku.

Sekalipun aku seorang yang berdosa, Wahai Yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah.

Bilamana keras hatiku dan terasa sempit perjalananku.

Ku jadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunan-Mu.

Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini.

Kurniaan-Mu dan keampunan-Mu adalah merupakan rahmat dan kemuliaan.

Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku.

Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan nikmat itu kepadaku

(walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa).

Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku.

Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu.

Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan.

Kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan.

Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa.

Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam neraka.

Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/ mengingati Rabbnya.

Dan bilamana dia bersama selain Tuhannya dia membisu.

Dia (Rasulullah s.a.w) berkata: "Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap.

Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon.

Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu.

Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar.

Disaat ku jaga, aku rindu, dan di saat aku lelap, aku berharap.

Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang.

Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu dan kini.

Namun (ku tahu) keampunan-Mu yang mendatangi hamba adalah lebih besar (agung) dan lebih mulia.


"Ya Allah, perbaikkanlah bagiku agamaku yang mana ia merupakan pengikat urusanku, perbaikkanlah bagiku duniaku yang mana ia merupakan kehidupanku. Perbaikkanlah akhiratku yang merupakan tempat kembaliku. Jadikanlah hidup bertambah bagiku pada setiap kebaikan dan jadikanlah kematian sebagai kerehatan bagiku daripada setiap keburukan."
(Doa Rasulullah s.a.w; riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)




Thursday, July 28, 2011

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA


Wahai tuhan ku tak layak ke syurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ... kami lah hamba yang mengharap belas darimu "ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin.....

andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya

Saya pohonkan kemaafan di atas segala kesilapan & dosa-dosa yang lalu. Semoga Ramadhan tahun ini akan menjadi 'ibadah puasa YANG TERBAIK & YANG PALING IKHLAS yang pernah kita lakukan. Semoga 'ibadah puasa kita pada tahun ini juga akan diberkati & diterima oleh ALLAH s.w.t.. InsyaAllah.

Monday, August 2, 2010

Mencari Yang Hakiki

Tak tahu kenape....... tetiba jer hati jadi sayu...... merindui sesuatu....... maybe aku telah hilang sesuatu.... insaf datang bertalu2........ mengingat masa2 silam... Ya Allah....sempurnakah aku dimataMu..... terampunkah aku.... lalainya aku sebagai umatMu, kala hati merindui Mu terasa Kaabah melambai-lambai memanggilku ke sana.......... Mungkin anak2 yg memberikan aku keinsafan ini.......... Nyata aku terlalu leka dengan kehidupan dan kesenangan di dunia ini......... Alhamdulillah... aku dikurniakan anak yang soleh, sentiasa mengikut kata dan melakukan perintah Allah tanpa paksaan........ Aku bersyukur ya Allah..........

Ketibaan Ramadhan jugak menyebabkan hati merintih merindui kekusyukan dalam solat.......... Tekadku untuk menambah ibadatku, meninggalkan segala yang aku rasa melalaikan aku....... Ya Allah berikan aku kekuatan ini.......... Berikan aku hidayah dan pedomanMu semoga aku tidak terus hanyut dalam kesenangan dunia............ Jadikanlah anak2ku anak2 yang soleh dan taat padaMu....

Khusuk dalam Solat

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."


Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

1. bertaubat

2. menyesali dosa yang dilakukan

3. tidak tergila-gilakan dunia

4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')

5. tinggalkan sifat berbangga

6. tinggalkan sifat khianat dan menipu

7. meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahwa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahwa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Thursday, July 29, 2010

Mendidik anak menjadi anak soleh

"Didiklah anak-anakmu dan perbagus adab mereka" (HR. Ibnu Majah)



Dengan begitu, ibu bapa yang ingin anaknya soleh, seharusnya dialah yang mendidiknya secara langsung. Justeru institusi pendidikan Islam, guru yang mengajarnya mengaji dan sebagainya yang ikut serta mendidik sang anak, itu hanyalah pelengkap, maka ibu bapa tidak boleh merasa kewajibannya mendidik anak telah gugur kerana telah menyekolahkan anaknya di sekolah Islam atau memanggil guru Quran ke rumah. Ini perlu dipertegaskan dan diperingatkan terhadap ramai ibu bapa di luar sana yang berprinsip demikian.

Persoalan lain dalam hal pendidikan anak adalah, banyak ibu bapa yang seolah-olah kehabisan modal dalam menghadapi dan mendidik anak-anaknya. Kerana itu, perlu kita menyemak petunjuk Dr. Abdullah Nashih Ulwan dalam bukunya "Tarbiyatul Aulad Fil Islam". Beliau menyebutkan lima pendekatan dalam mendidik anak.

Pertama, mendidik dengan keteladanan, dalam erti kata lain, ibu bapa harus memberikan teladan atau contoh yang baik kepada anak-anaknya, ini bererti, kalau ibu bapa ingin anaknya menjadi soleh, ibu bapanyalah yang harus lebih dulu soleh.

Kedua, mendidik anak dengan pembiasaan yang baik, maknanya ibu bapa harus menanamkan kebiasaan-kebiasaan baik kepada anak-anaknya, ibu bapa tidak boleh memakai prinsip, "ah nanti kalau sudah besar mereka tahu mana yang baik dan mana yang tidak." Mungkin mereka mampu mengetahui mana yang baik dan mana yang buruk, tapi mereka tidak mampu melaksanakan yang baik dan meninggalkan yang tidak baik sekiranya tidak dibiasakan sejak kecil, inilah pentingnya membiasakan hal-hal yang baik kepada anak sejak anak itu kecil.

Ketiga, mendidik dengan mengajarkan ilmu pengetahuan dan dialog tentang berbagai persoalan. Dalam hal ini amat penting ibu bapa mampu menanamkan pengertian kepada anak-anaknya, dan dialog merupakan cara yang paling tepat, apalagi menghadapi anak yang sudah memasuki usia remaja. Namun sayang sekali, kerana kesibukan ibu bapa, justeru suasana berdialog antara anak remaja bersama ibu bapanya jarang tercipta pada keluarga-keluarga kita sekarang ini.

Keempat, mendidik dengan memberikan pengawasan dan nasihat. Dalam era sekarang. pengawasan dari ibu bapa terhadap anak-anaknya sangat diperlukan, sehingga ibu bapa tahu perkembangan jiwa atau keperibadian anaknya dari masa ke semasa. Kalau ibu bapa tahu perkembangan jiwa anaknya, maka ia tahu nasihat apa yang harus diberikan kepada mereka.
Kelima, mendidik dengan memberikan hukuman. Ini dilakukan bila cara-cara yang lemah lembut tidak membuat si anak berubah ke arah yang lebih baik. Namun menghukum anak tidak selalu dalam bentuk hukuman fizik seperti merotan, tapi lakukanlah dengan cara-cara yang sifatnya edukatif (mendidik), misalnya pada kebiasanya si anak di beri wang saku sekolah RM2.00, tapi kerana si anak bangun tidurnya lewat dan tidak solat subuh, maka wang sakunya dipotong menjadi RM1.00- Setiap ibu bapa tentu lebih arif, hukuman apa yang lebih tepat untuk anak-anaknya.

sumber: