Showing posts with label puding. Show all posts
Showing posts with label puding. Show all posts

Tuesday, September 18, 2012

Jeli Kelapa Pandan


Assalamualaikum... 

Apa khabar semua... harap semuanya sihat-sihat hendaknya yer... Ita sihat ja... UPSR dah habis... Tapi tetap juga sibuk.... Macam-macam yang kena siapkan... Pelbagai kursus perlu dihadiri... Hehehe... Konon-konon orang penting la kan...

Esok Ita akan pergi ke Langkawi untuk kursus... Selama tiga hari... Bestnya.... Hehehe... Sebab, bole juga jalan-jalan...

Harini ita nak update resepi puding yang sangat sedap... Hehehe... Ita sangat suka puding ni... Puding Jeli Kelapa... Sedap sangattt.... Bukan sebab Ita yang masak, tetapi memang puding ni sangat sedap...

Resepinya pun sangat mudah....





Puding Jeli Kelapa

Bahan-bahan:

2 biji kelapa muda (ambil isi dan airnya)

3000 ml (air + air kelapa)

1cawan gula (pasni kena letak 3/4)

1 peket serbuk jeli kelapa



Cara Membuatnya:

Masak air sehingga mendidih.

Masukkan gula.

Masukkan serbuk jeli kelapa dan isi kelapa.

Kacau hingga sebati.

Masukkan dalam acuan dan sejukkan.





Sekejap jer abis jeli kelapa nih... Kalau nak lagi sedap, guna kelapa pandan yer... Sebab lebih wangi baunya nanti...

Petang ni dok rancang-rancang nak buat kek dam @ checkered cake...  Adik cma dah bagi macam-macam petua untuk Ita mencuba... Keyakinan tak berapa nak cukup ni... Hehehe...


Thursday, September 13, 2012

Puding Cheese Oreo


Assalamualaikum semua... Selamat pagi... Hari mendung arini... menandakan merdekanya hik hik... arini.. last dah upsr... Horayyyyy!!!!! Merdeka beberapa hari... Pasni turn untuk darjah 5 pulak la... Huhuhu... Xdapat nak rest panjanggggg............. 


Pagi ni, Ita nak post N3 tentang puding yang Ita buat petang semalam... Puding ni untuk anak-anak murid yang datang tuisyen.... Hehehe... Resepi puding ni, Ita selongkar dalam dapur Kak yang comel... Azlita Aziz Masam Manis... Hehehe...tergoda saya kak... 

Memang sedapnyerrrrrr puding ni.... Cuma,oreo tu Ita letak sikit... Sekali lagi buat, Ita nak buh banyak arrr.... Sebab sedap sangattttt.....



Ita memang peminat puding... Tapi My Incik Hubby tak makannnn.... Hehehe... Jadi, kalau buat tu memang untuk Ita dan along ja la....


Yang puding mold kecil tu untuk anak-anak murid, yang besar tu Ita bawak datang sekolah untuk kawan-kawan.... Hehehe...


Resepi diadaptasi dari resepi CHEESE PUDING
By:  Along Roz
Rujukan:  Azlita Masam Manis

13 g serbuk agar-agar (Ita guna 11g)
1 liter air
120 g gula (Ita letak 130)
3 biji telur
120 - 150 g Biskut Cheese - blend halus (Ita guna 100 g sahaja sebab biskut tak cukup... hehehe)
1 tbs tepung kastard
400 ml susu cair (Ita guna fresh milk)
200 g susu pekat (Ita guna 2 tbs sahaja)
50 g buttercup
sedit biskut oreo dibuang creamnya (Next time nak letak banyak sebab sgt sedap)




Cara-cara Memasak:


Masak serbuk agar-agar dengan air sehingga hancur.  Kacau selalu.

Masukkan gula & kacau sehingga sebati.

Pukul telur sehingga rata dan campurkan biskut dan tepung kastard.

Masukkan susu dan kacau sebati.

Tuangkan ke dalam adunan agar-agar tadi dan tutup api apabila mendidih.

Masukkan mentega dan kacau hingga sebati.

Tuang ke dalam loyang atau acuan... Ita layerkan dengan biskut oreo.  Susun biskut dalam loyang dan buat selapis demi selapis.  Kemudian biarkan sejuk di suhu bilik..

Sejukkan sebelum dihidang...





Puding ni memang sedap, kali ni Ita buat tak manis sangat.. Kawan-kawan cakap sedapppp sebab tak manis sangat... Hehehe... Thank youuu semua... Memang kena tukar prinsip la, Kurangkan manis dalam makanan tapi lebihkan manis dalam senyuman... hahahaha



Kalau sesiapa yang nak cuba, Ita cadangkan masukkan oreo banyak-banyak yer... Kalau tak menyesal nanti taw... huhu sebab, biskut oreo tu la yang menjadikan dia sedap...hehehe


Nampak tak belang hitam pekat melekat tu, itulah biskut oreo tau... sedap sebab melt ja dalam mulut bila makan... 


Kali ni upah cameraman... Hehehe thank you My Incik Hubby sebab tolong snap gambar...


Sejukkan dulu tau sebelum makan....


Yang warna coklat bawah tu, Ita letakkan chocolate emulco sebab nak bagi nampak cantik... hehehe... cantik la sikit... macam pakai skirt kan... hahahaha


Selamat mencuba semua... Tak rugi cuba puding ni....


Friday, September 7, 2012

Rich Chocolate Pudding


 Assalamualaikum...

Hari yang sangat sibuk... Tak sempat nak coret panjang-panjang.  Pencuci mulut untuk majlis bacaan yasin umah mak malam ni... Huhuhu... Ada banyak keje lagi nak buat ni....




Ita suka sangat pencuci mulut yang ni, sebab rasanya tidak terlalu manis... lemak-lemak susu dan coklat gitu... konon-konon pencuci mulut ala-ala mewah la kan... Melt in mouth... hihihi.... 





Bau butter tu yang menambah selera bila makan... Hehehe.. resepi yang sangat mudah... main campak dan kacau... siappppp.....





Rich Chocolate Pudding

Bahan-bahan:

1/2 cawan serbuk koko
3/4 cawan gula
3/4 cawan susu tepung
1/2 camt garam
4 1/4 air
4 camb tepung jagung
1/2camt esen vanilla
3 camb butter
1 paket agar-agar serbuk(11 g)

Cara membuatnya:

Campurkan semua bahan kecuali butter.

Kacau atas api perlahan sehingga pekat. Masukkan butter.  Kacau hingga berkilat.

Masukkan dalam loyang dan sejukkan.



Saturday, July 28, 2012

Iftar Day 8 ~Simple Menu jer~



Assalamualaikum...

Apa khabar semua?  Harap-harap semuanya sihat hendaknya.  Ita disini Alhamdulillah... Sihat tapi takda la berapa sihat sangat.  Eh ayat apa ni, sihat tapi tidak.  

Rasa tak bermaya, letih teramat... Tak ada masa untuk rest.  Bukannya Ita ni rajin sangat, ada lagi kawan-kawan yang lebih rajin.  Mungkin sebab Ita tak cukup energy.  

Bak kata kawan Ita dari Thailand, Miss Yupawan... "Miss Roz, you need more vegetabel to get full of battely".  Hehehe... I really miss that moments. Especially my friend from Sarawak, Miss Patrice... 

Ini kerana kami selalu menghabiskan masa bersama-sama.  Walaupun umur kami sama, tapi, Patrice lebih menjadi seorang kakak kepada Ita...  Ah, Patrice!! I really miss you...


Hari ini merupakan hari yang agak kelam kabut la jugak.  Huhuhu sebabnye... Ita bawak cousin Ita Miss  Surie Yanie ni bershopping di Padang Besar.  Hahaha... Sebenonye... Ita yang tergedik2 nak pergi... Buat-buat le ajak sepupu kan... 


Waktu on the way nak ke sana, Ita singgah jap umah mak... Tengok abah.. Alhamdulillah dah semakin baik. Cuma, makin kurus... Huhuhu... 

Sayu jugak tengok abah macam tu. Itu jangan makan, ini tak boleh makan. Habis, macam mana tak kurus.  Bukan saja2 Ita wat camtu yer abah, semuanya untuk kesihatan abah jugak kan.

Yang penting, ceq respek dengan sikap abah. Taknak susahkan anak2... Sakit pun disembunyikan. Huhuhu sedih sangat, dok dekat pun xtahu abah sendiri sakit.  Bila ceq dah tahu, apa lagi... Jenuh la dengar ceramah dari cikgu Ita la... 

Takpa abah, kalau taknak susahkan anak2 yang lain abah boleh susahkan anak abah yang sorang ni. Ceq  sedia berada di sisi abah bila2 masa ja.  Yang penting abah makin sihat. 

Bila lihat kedutan di muka abah, timbul sedih... Kenapa abah yang perlu sakit, sedangkan dia tak pernah sakit sebelum ni... Nak demam pun susah.  Ah, kedut itulah yang bersusah payah untuk menyekolahkan Ita dulu. 



Shopping pada bulan Ramadhan memang tak berapa seronok la kan.  Penat pastu tak boleh minum... Hahaha... Aqil mesti la sengeh je dia ni, katanya "Aqil puasa la... Tak makan pun, Aqil minum jer"



Angah macam ni la, hajat hati nak beli baju jersi.  Tapi dok tunggu Mama ngan Mak Ngah memilih baju lama bebeno.... Penat ni... 

Berbalik kepada sajian berbuka, menu nak masak ni ada la kena mengena dengan "Reunion Kecil" kat rumah my sweet dalinkk "Sue Amir".  Hati ni memang nak sangat pergi, tapi jarak yang beribu batu jauhnya tidak mengizinkan. 

Selongkar punya selongkar, tetiba teringin pula nak makan bihun Singopore versi Kedah.  Hahaha, sebab dah banyak bahannya yang Ita ubah mengikut pada citarasa keluarga Ita yer.



Bihun Singapore

Bahan-bahan

1 peket bihun
2 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
dikisar


200g daging (didadu)
4 batang sosej
2 camca besar lada hitam (ditumbuk)
1 camca teh lada sulah
garam
minyak (untuk menumis)
taugeh
kucai

Cara-cara membuatnya:


1.  Tumiskan bahan yang dikisar.  Kacau hingga garing.

2.  Masukkan daging, sosej, lada hitam, lada sulah dan garam.

3.  Apabila daging empuk, masukkan bihun.  Kacau hingga sebati.

4.  Masukkan taugeh dan kucai.

5. Siap untuk di makan.

Catatan:
Sayur-sayuran boleh ditambah sekiranya mahu.  Selalunya bihun ini dihidang bersama kicap. Tetapi, Ita tak sempat nak sediakan sebab chef masuk dapur lambat la.....




Dessert hari ini ialah Puding Jagung Ribena Shape... Hahaha... 

Untuk dessert ni, Ita wat puding jagung.  Tapi tak sempat nak makan berbuka sebab lambat buat.  So, dessert ni simpan untuk esok yer.  Resepinya nanti Ita update selepas dapat permission dari empunya resepi yer.  



Ikan Siakap Steam Tomyam Style

Bahan-bahan


1 ekor ikan siakap
1 camca besar sos tiram
1 camca paste tom yam
perap ikan dalam 15 minit

10 biji cili padi (dibelah)
2 batang serai (dipotong serong)
3 helai daun limau purut
1 labu bawang besar dimayang
asam jawa (terpulang boleh guna lemon @ limau nipis)
air (secukupnya)
garam

Cara-cara membuatnya


1.  Perapkan ikan yang telah dilumur dengan sos tiram dan tom yam paste selama 15 minit.

2.  Panaskan kukusan.

3.  Masukkan ikan dalam loyang.  Masukkan asam jawa paste dan air secukupnya.

4.  Tabur cili, serai, daun limau purut, bawang dan garam.

5. Kukus selama 25 minit.



Catatan:


Pasni nak cuba pulak style Sue Amir.  Siakap steam lemon.  Tapi kena tunggu lepas Ramadhan sebab perut Ita tak boleh tahan dengan asid di bulan puasa ni.

Tuesday, July 24, 2012

Iftar Hari ke-4 ~Puding Roti Karamel~


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, sedar tak sedar dah 4 hari kita menunaikan ibadah puasa hari ini.  Seperti biasa, kita ibu yang sibuk di dapur memasak, memerah otak mencari idea apa la nak dijadikan hidangan hari ini.  Fokusnya pasti pada anak-anak kerana mereka yang perlu menghayati waktu berbuka.

Kadang-kadang timbul perasaan terharu, walau penat dan letih bersekolah seawal 7.30 pagi hingga 5.30 Angah tetap xberputus asa nak meneruskan puasa.  Tahniah anak mama.  Insyaallah, ganjaran pahala akan dikurniakan Allah kepada Angah.

Arini rasa nak makan puding.  Bahan-bahan dah memang ada dalam almari.  Tetiba teringat la, Ita pernah makan puding roti karamel sewaktu jamuan Hari Guru di sekolah Ita.  Adus, apa lagi...

Pak Cik Google help me!!!! Ita pun tengok banyak blog yang buat.  Ita campur dan gabung, tambah itu buang ini... Kira sesi menderhaka kepada resepi la.  Pastu sepatutnya bakar, tapi Ita kukus ja.  Malas nak panaskan oven.


BAHAN-BAHAN:


Karamel
-  1/4 cawan gula
-  1/4 cawan air suam

Hanguskan gula sehingga perang dan masukkan air panas.  Kacau segera supaya gula tidak berketul.  Kemudian ratakan pada loyang pilihan hati.  Sejukkan seketika.

Puding
3 keping roti sandwich (disiat-siat)
1 tin susu cair
1/2 cawan air suam
1/4 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla

3 biji telur (dikacau perlahan)

1.  Blend semua bahan kecuali telur

2.  Kemudian satukan dengan telur yang telah dipukul.

3.  Kacau perlahan-lahan. Kemudian tapis.

4.  Masukkan dalam loyang karamel tadi.

5.  Kukus selama 40-50 minit.

6.  Setelah masak sejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan.


p/s:  Selamat mencuba ye kengkawan.  resepi simple dan senang nak buat.  

Thursday, July 14, 2011

Puding Roti Coklat..... Sedapnyer.....

Manisnya puding itu........ hehehe...... Sebenarnya N3 ni sepatutnya semalam dah upload tetapi disebabkan penat bersukan, baru arini dapat nk uploadkan... Puding ni memang sedap sangat2....


Resepinya main masuk2 jer tau.... So, agak2 je yer...

Puding Roti

6 keping roti
1 tin susu cair
agar-agar serbuk
air (kurang lebih 3 cawan)
2 biji telur

Cara-cara

1. Blendkan semua bahan
2. Kacau atas api perlahan hingga pekat.
3. Tuangkan dalam acuan dan sejukkan..

Tuesday, November 30, 2010

Puding Coklat



N3 arini............ rajin sikit jadi wat la pPuding coklat yang sangat sedap ni......... memang best la......... rasanya sangat kaya dengan coklat.......... cuba la wat yer....




Bahan2

1/2 cawan serbuk koko
3/4 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (11gm)

Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
Masukkan butter, kacau hingga pekat.
Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.