Showing posts with label apam. Show all posts
Showing posts with label apam. Show all posts

Saturday, September 8, 2012

Apam Polkadot Lagi....


Assalamualaikum...

Semalam Ita buat apam polkadot chocolate chip... Macam biasa, apam ni memang sangat mudah... sebab tu boleh la buat selalu... hehehe

Ita buat yang ni untuk gift dekat jiran-jiran dekat umah mak Ita yang tolong bacakan yasin untuk anak teruna Ita yang akan menduduki UPSR ari Selasa nanti...

Seronok tengok ada anak2 jiran mak yang nak menduduki UPSR pun bersemangat datang... Alhamdulillah... Semoga mereka semua mendapat 5A dalam UPSR.



Arini Ita bawak balik 3 orang anak dara tahun 6, untuk bantu mereka supaya mendapat A dalam Matematik... Harap2 mereka akan berjaya... Hanya ini yang termampu Ita buat... Mereka mmg sangat seronok, nak duduk sampai abis UPSR... Lagi2 tecer pandai masak kan... Hahaha memang pandai bodek budak-budak ni....




Apam Polkadot

Resepi:  Nely's Kitchen

Bahan-bahan:
3 biji telur Gred B - guna telur sejuk
220 gm  gula (Ita guna 150 g)
1tsp ovalette
150 g susu segar
275 g tepung gandum* - diayak
3 tsp baking powder* - diayak
1 tsp Esen Vanilla

Inti:
Chocolate chip



Cara membuatnya:

Pukul semua bahan-bahan hingga putih dan pekat.

Bahagikan dan masukkan pewarna.

Masukkan dalam piping bag.  Isikan separuh penuh, letakkan chocolate chip.  Isikan selebihnya dengan menutupi chocolate chip...

Lukis deko ikut citarasa sendiri yer..


Panaskan kukusan... Kukus selama 15 minit.

Saturday, September 1, 2012

Apam Polkadot Vs Ladybird



Assalamualaikum...

Dah beberapa hari nak masukkan resepi ni di dalam blog.  Tapi disebabkan ada beberapa hal yang perlu diselesaikan, terpaksalah Ita masukkannya arini.

Hari Khamis, busy dengan jamuan hari raya di sekolah.. Lepas tu Ita ke rumah bapak saudara Ita di Kuala Ketil kerana ada kenduri sempena kenduri kesyukuran anak sulungnya yang akan ke Jordon 9 september ni.




Kuih apam polkadot ni Ita buat untuk anak Ita yang kecik.  Juadah ni, Ita buat sempena majlis hari raya tadika cilik.  Hehehe... walaupun busy, digagahkan jua la buat...






Inilah rupa apam polkadot vs ladybird... ada juga angry bird yang xbrapa angry.. Huhuhu... Bukan pa, sebab dah penat dan tak berdaya tu yang jadi la angry bird macam ni.



Apam Polkadot
Resepi:  Nely's Kitchen

Bahan-bahan:
3 biji telur Gred B - guna telur sejuk
220 gm  gula (Ita guna 150 g)
1tsp ovalette
150 g susu segar (Ita guna susu strawberi)
275 g tepung gandum* - diayak
3 tsp baking powder* - diayak
1 tsp Esen Vanilla

Bahan-bahan lain;
Filling - blueberry/coklat
pewarna - coklat , merah




Cara membuatnya:

Pukul semua bahan-bahan hingga putih dan pekat.

Bahagikan dan masukkan pewarna.

Masukkan dalam piping bag.

Lukis ikut citarasa sendiri yer..

Panaskan kukusan... Kukus selama 15 minit.





Puas hati bila dapat buat ladybird ni walaupun tak secantik mana.  Insyaallah akan datang Ita akan buat versi angrybird yang lebih cantik..Huhuhu... Kalau rajin yer...




Rupa ladybird sebelum dikukus.





Sebab warna hitam tak ada, so Ita guna warna coklat ja... Hehehe... 


Thursday, December 16, 2010

apam dot dot

Salam semua.... inilah rupa apam dot dot yang tengah panas sensasi di laman KR ni..... apam ni sedap sebab dalamnya ada inti coklat............. anak2 semua suka..... bg sesapa yg nak cuba ini resepinya saya letakkan di bawah... thanks kak zuraini alias KR

Apam dot dot inti coklat

bahan2

3 biji telur
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 gm susu sego
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovellete
cooking chocolate (dipotong dadu)
pewarne


Caranya.
1. pukul telur, gula dan ovalette
2. masukkan campuran tepung ngn bkg powder td berselang seli dgn susu. kacau rata..
3. bahagikan kpd beberapa bahagian dan warna ikut suka..
4. masukkan adunan dlm acuan kertas menggunakan piping beg.
5. letakkan inti kemudian masukkan lg adunan supaya menutupi inti..
6. kemudian buat dot2..
7. kukus hingga masak..