Showing posts with label dessert. Show all posts
Showing posts with label dessert. Show all posts

Thursday, June 7, 2018

Tepung Pelita yang super sedap



Assalamualaikum...

Lamanya Che Ta menyepi dari blog ini kan... bukan pe, sebenarnya dah lupa password pastu malas pulak nk menaip sebab dah lama tak berblog kan... 

Sebenarnya Che Ta masih meneruskan lagi berkongsi resepi tetapi banyak di instagram sahaja kerana tak cukup masa nak update hihihi... fefeling mcm YB yang sangat busy kan kan..

Kali ni Che Ta share resipi tepung pelita yang Che Ta sediakan untuk iftar beberapa hari yang lalu.

KUIH TEPUNG PELITA

source ~ seleraputeri.blogspot.com
Resepi : che ta sintok 
Bahan Lapisan Hijau :

1/2 cawan tepung beras
1/2 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan gula
3 1/2 cawan air daun pandan (blend daun pandan dan sukat airnya)
sedikit pewarna hijau (kalau warna daun pandan tidak mencukupi)

Larutkan kesemua bahan hingga sebati kemudian jerang atas dapur guna api sederhana sehingga mendidih dan berkilat. Padam api dan curahkan bancuhan dalam sampan daun pisang yg telah diletakkan sedikit gula pasir (gula akn cair nnti dan jd air gula di bhg bawah kuih). Ketepikan.

Bahan Lapisan Putih (Santan) :

1/4 + 1/8 cawan tepung beras
1/4 sudu besar tepung jagung (Che Ta guna 1/2 sudu)
3 1/2 cawan santan (Che Ta guna 1 biji kelapa dptkan 3 1/2 cawan santan)
1/4 sudu kecil garam

Larutkan kesemua bahan dan jerang atas api sederhana sehingga mendidih dan berkilat. Padam api dan curahkan atas lapisan hijau. Sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam fridge.

Nota :
Kalau tak suka lemak sangat lapisan atas, boleh kurangkan santan dan lebihkan air.


Friday, October 5, 2012

Agar-agar santan


Assalamualaikum...

Dalam sibuk-sibuk,rindu juga pada blog yang dah berhabuk... hehehe... Da banyak resepi yang Ita tangguh tak sempat nak kongsi dengan kawan-kawan..

Agar-agar ni Ita buat Jumaat lepas.. Memang Ita suka agar-agar santan.. Tapi nak buat tu yang malas... hehehe...


Untuk kali ni, mood rajin datang...Jadi, Ita buatkan santan tu dalam bentuk-bentuk supaya lebih comel... Ramai kawan-kawan Mak Ita puji.. Hehehe sedap sangat diaorang cakap...  Agar-agar apa ni??... Laaa yang ni sama ja, cuma bila buat dalam mould berbeza rasanya lebih sedap gitu... Perasan tul cikgu ni...


Agar-Agar Santan

Bahan-bahan

10g agar-agar serbuk agar-agar
150 ml air
500 ml pati santan
2 tbs gula
sedikit garam

Cara menyediakan:

Masakan air.

Masukkan serbuk agar-agar dan gula..Kacau hingga gula hancur.

Masukkan santan dankacau.  Guna api perlahan supaya santan tidak pecah minyak.

Masukkan dalam loyang.  Apabila beku,terapkan dengan acuan atau pun potong dalam bentuk kiub. Ikut kreativiti masing-masing yer.



Bahan-bahan:

10 g agar-agar serbuk
5 tbs gula
600 ml air
pandan paste
pewarna hijau

Cara menyediakan:


Masakan air.

Masukkan serbuk agar-agar dan gula..Kacau hingga gula hancur.

Masukkan pandan paste dan pewarna. Kacau.

Masukkan dalam loyang yang berisi agar-agar santan.

Sejukkan..




Sebenarnya agar-agar ni sama macam agar-agar santan lain.. Cuma dimasak berasingan ja... hehehe...