Showing posts with label kuih-muih. Show all posts
Showing posts with label kuih-muih. Show all posts

Thursday, June 7, 2018

Tepung Pelita yang super sedap



Assalamualaikum...

Lamanya Che Ta menyepi dari blog ini kan... bukan pe, sebenarnya dah lupa password pastu malas pulak nk menaip sebab dah lama tak berblog kan... 

Sebenarnya Che Ta masih meneruskan lagi berkongsi resepi tetapi banyak di instagram sahaja kerana tak cukup masa nak update hihihi... fefeling mcm YB yang sangat busy kan kan..

Kali ni Che Ta share resipi tepung pelita yang Che Ta sediakan untuk iftar beberapa hari yang lalu.

KUIH TEPUNG PELITA

source ~ seleraputeri.blogspot.com
Resepi : che ta sintok 
Bahan Lapisan Hijau :

1/2 cawan tepung beras
1/2 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan gula
3 1/2 cawan air daun pandan (blend daun pandan dan sukat airnya)
sedikit pewarna hijau (kalau warna daun pandan tidak mencukupi)

Larutkan kesemua bahan hingga sebati kemudian jerang atas dapur guna api sederhana sehingga mendidih dan berkilat. Padam api dan curahkan bancuhan dalam sampan daun pisang yg telah diletakkan sedikit gula pasir (gula akn cair nnti dan jd air gula di bhg bawah kuih). Ketepikan.

Bahan Lapisan Putih (Santan) :

1/4 + 1/8 cawan tepung beras
1/4 sudu besar tepung jagung (Che Ta guna 1/2 sudu)
3 1/2 cawan santan (Che Ta guna 1 biji kelapa dptkan 3 1/2 cawan santan)
1/4 sudu kecil garam

Larutkan kesemua bahan dan jerang atas api sederhana sehingga mendidih dan berkilat. Padam api dan curahkan atas lapisan hijau. Sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam fridge.

Nota :
Kalau tak suka lemak sangat lapisan atas, boleh kurangkan santan dan lebihkan air.


Tuesday, January 12, 2016

EPOK-EPOK SAYUR




Assalamualaikum semua.  
Dah lama rasanya Che Ta tak update blog ni, dah bersawang penuh.  Tetiba rasa rindu menggamit hati untuk update blog ni.  Bermulalah semula catatan diari seorang wanita badang berhati tisu ini. 


 Andai ada yang jemu, jgn dibaca... hehehe
Cerita arini berkisar tentang epok2 sayur.  Sangat sedap (cehhh puji diri sendiri mokcik sorang ni) hihihi.  Kulitnya yang nipis dan rapuh tu yg buat rasanya sedap ditambah dengan sos yang masam manis dan pedas.


Walaupun terasa lelah seusai keja di pejabat, Che Ta gagahi juga untuk menyediakan minum petang ni, sebab anak2 bila balik dari sekolah petang saangat2 lapar, kesian pulak tgk kan.  Jadi buang penat ke tepi, singsing lengan baju dan buat ja la.  


Dibawah ni Che Ta akan share resepi epok2 sayur ni.  Resepi ni dikongsikan oleh mama angkat Che Ta yang tinggal di Singapore.


DOH EPOK-EPOK

1/2 kg tepung gandum

1 camca besar minyak sapi

1/4 cawan minyak masak

air suam + garam (kena pandai anggar dengan doh yer)



Cara membuatnya:

Gaul tepung, minyak sapi, minyak masak hingga menjadi serbuk roti.

Masukkan air sedikit demi sedikit.  Uli hingga menjadi doh.

Rehatkan doh.




BAHAN INTI

Taugeh

Carrot (diparut nipis)

Udang (dibuang kulit ambil isinya)

Bawang merah (didadu)

Bawang putih (didadu) 

Minyak untuk menumis

Garam dan lada sulah



Cara membuatnya:

Panaskan secamca kecil minyak.  

Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang didadu.

Masukkan udang dan goreng sekejap

Masukkan carrot dan taugeh.

Perasakan dengan garam dan lada sulah.

Jangan masak sayur terlalu lama, nanti rasanya tidak sedap.

Tapiskan sayur supaya tiada kuah2 yang menyebabkan kulit jadi lembik.




BAHAN SOS

Bawang putih, lada merah, cili padi, sos cili, gula, garam, air limau nipis/cuka.

Bahan-bahan kena agak2 sendiri ya. hehehe.  Blend semua dan masak hingga pekat.



Buatkan seperti membuat karipap.  Selepas siap goreng dengan api sederhana hingga kuning keemasan.  Boleh dihidangkan bersama-sama sos.


p/s

Che Ta doakan yang baik2 untuk semua pembaca coretan Che Ta yang tak seberapa ni.   


Wednesday, September 5, 2012

Kuih Talam Keladi.. Eh cik ta mana keladinya nih???


Assalamualaikum...

Apasal lak tetiba cikgu Ita ni rajin sangat la arini...  Bukan pa, bila ada mood memasak... Pa lagi kira nak  memasak jer la...

Nak crita la,kuih ni mmg jadi feberet Ita sebenarnya.. Huhuhu tapi Ita memang xboleh makan ubi keladi... Nanti sejuk... Tapi, aritu masa pergi kenduri umah bapa sedara, Ita bantai makan juga.. Sebab teringin,.. Pastu, mak Ita pun sound... Kalau dah suka, cuba la buat, tak payah letak ubi keladi... Makan la brapa talam pun...huhuhu... Cabaran yer...


Jadi, dengan kepakaran yang tak seberapa... hehehe... balik tu, terus la singgah kedai barang-barang kek...  Capai la apa yg patut...  Betul ke tak betul bahan2 tu blakang kira... Semangat nk makan nih... Hehehe.. Buruk benor perangai cikgu sorang ni....


Kuih Talam Keladi
Resepi:  Emak Cik Tom (derhaka sikit2 yer)

Bahan A (lapisan putih bawah):-

250 g tepung beras
30 g tepung ubi
1/2 camt garam
100 ml santan
700 ml air

Bahan B (Lapisan Atas)

230 g tepung gandum
20 g tepung ubi
250 g gula
3 biji telur gred A
300 ml santan
500 ml air
1 camb pewarna ungu violet
2 camb yam paste




Cara Membuatnya:-

Satukan bahan A dalam periuk dan kacau atas api sederhana..  Kacau hingga pekat.. 

Masukkan dalam loyang dan kukus selama 15 minit.

Masukkan bahan B dan blend semuanya...

Kacau atas api sederhana hingga pekat

Tuang ke dalam loyang perlahan-lahan dan kukus lagi selama 45 minit.



p/s:  Tengok macam susah ja nak buat... huhuhu... rupanya senang ja... Ishhhh nape la xpikior sebelum ni.. Mak cakap dah lulus la ni, cuma buat lebih pasni... utk testing ni, dapatla jiran2 pun rasa sepotong dua...

Cucur Badak ker? Tak nampak badak pun... Hadoiii Aqil....


Assalamualaikum....

Arini memang sangat-sangat tak sihat... Bukan sekadar tak sihat jasmani bahkan rohani juga...  Entahlah mungkin ada yang hairan kenapa selalu sangat sakit cikgu Ita ni...  

Itulah hakikatnya... mungkin sebab dah memang ditakdirkan Ita selalu sakit sekarang... Tapi Ita redha.. Ini ujian untuk Ita sekarang... Ita tak merayu mana-mana simpati... 



Berbalik pada menu petang ni... Sememangnya, dah memang menjadi kegemaran Ita dan anak-anak dengan cucur badak... Jadi petang ni, digagahkan juga Ita memasaknya... Sebab kadang-kadang beli tak sesedap mana.. Hehehe... Macam la pandai masak sangat...

Bahan-bahan:-  
500g ubi keledek merah
3/4 cawan tepung gandum

Bahan-bahan untuk inti:-
1/3 biji kelapa parut
1 btg serai
2 camb udang kering
2 camb udang basah
3 tangkai cili kering
1 camb gula
garam

Cara-cara:-
Rebus ubi sampai empuk, angkat dan toskan, terus lecek2.  Masukkan tepung dan gaul rata.

Bulatkan doh,kemudian leper dan masukkan inti.

Setelah siap, goreng dengan api sederhana.  Selalu balik-balikkan kuih supaya masak sekata.


Cara membuat inti:-
Kisar cili kering, serai, udang kering dan udang basah.

campurkan kelapa dengan bahan kisar. Masukkan gula dan garam.  Kacau dalam kuali hingga kering.

P/s:  Kalau doh melekat, takyah tambah tepung.  Gunakan minyak untuk membulatkan kuih.




Friday, July 27, 2012

Iftar Day 7 ~Abuk-abuk @ Tepung Gomak~


Assalamualaikum..

Bersyukur ke hadrat Ilahi.  Sudah 7 hari berlalunya Ramadhan.  Alhamdulillah, semoga kita semua dibawah lembayung rahmat dari Allah s.w.t.  

Baru masuk hari ke-7, idea pun dah kering nak masak apa.  Anak2 punya selera berbeza-beza.  Mama dengan selera Mama sendiri, Abah dengan seleranya sendiri.  Hadusss jenuh la Mama nak memikior ni.  

Bila buat kuih Abuk-abuk versi utara ni @ tepung gomak Ita teringat kisah Seniman Bujang Lapok... "Heiiiii Ramli, Kenapa muka kau macam tepung gomak??"


Hari ni, ada tetamu jauh yang datang bertandang ke rumah Ita.  Hehehe... Si kembar yang datang seorang... Tanpa teman... single ker tidak kena tanya tuan punya diri yer hehehe.  Sepupu Ita dari Alor Setar, datang berbuka... Alang-alang dah datang apa lagi, dia membantu la Kak Ita dia memasak.  

Plan mula2 tadi nak buat cucur udang.  Selongkar dalam almari ingatkan ada la kacang tanah nak buat kuah kacang, alih2 xda la... huhuhu... nk kluar kedai malas la... nak kena tuka baju lagik... switch menu la... tepung gomak pun tepung gomak la labuuuuuu....

Resepi Tepung Gomak @ abuk2

BAHAN-BAHAN

Inti:

1 biji kelapa parut
1 cawan gula merah
2 camb gula pasir
1/2 cawan air
1 camb tepung pulut

Cara-cara:
1. Masakkan gula merah, gula pasir dan air hingga mendidih.
2. Masukkan kelapa parut dan kacau hingga kering.
3. Masukkan tepung pulut.
4. Tutupkan api dan sejukkan.
5. Bentukkan bulat2.





Kulit:
600 g tepung pulut
1 cawan air
secubit garam


Cara-cara:
1. Didihkan air di dalam periuk.
2. Di dalam mangkuk, masukkan tepung dan garam.
2. Gaulkan bersama-sama air sehingga menjadi doh.
3. Leperkan dan masukkan inti dan bentukkan bulat.
4. Masukkan doh ke dalam air yang telah dididihkan.
5.Apabila doh timbul, angkat dan toskan doh tadi.
6. Golekkan di atas serbuk biskut meri tadi.
7. Dah boleh dimakan.

Bagi sesetengah orang, kuih ni disalut dengan tepung kacang, tetapi eita lebih suka disalut dengan serbuk biskut meri sebab lebih lemak manis.... Terpulang pada selera masing-masing.


 p/s:  apapun citarasa, yang penting berani mencuba.  Kalau menjadi Alhamdulillah.  Kalau tak jadi, cuba lagi nanti. Kuih ni memang wajib Ita buat setiap kali Ramadhan sebab menjadi kegemaran seisi keluarga.  


Saturday, October 22, 2011

Hari yang sibuk....



Salam semua.....

Arini memang ari yang bz.... Pagi ni ada kelas tambahan kt
sekolah, then balik terus je menyiapkan tempahan bapa saudara.... Hehehe memang la ditempah, tapi takkan nak jual lak kan.... Ish dengan bapa saudara pun nak berkira ker.... Kiranya anak sedara yang baik la nih.... Hihihihi

Semalam, pergi melawat bapa sedara ni, dia nak bertolak menunaikan haji ari Ahad ni, so dia ada la cakap ari sabtu ni mesti ramai orang datang pastu takda sesapa la nak memasak kuih.... Hehehe buat2 la tak paham, sebenarnya nak suh eita watkan tapi takmo cakap terus terang la pulak.... So, eita cakap xperla sok eita wat dua jenis yer..... Pastu lupa la kita ni ada kelas sampai 11.30.... So balik ja kelas tadi, da macam ultraman la nak menyiapkan semuanya.... Nasib baik sempat tau........ Hasilnya macam kat bawah nih......... Comel2 jer kan.... Hihihi perasan betul....


Tadaaa........ Da siap masuk bekas dah pun......... Harap2 dapatla membantu Pak Lang dan keluarga.....



Memang saja je wat donut saiz kecik2 sebab senang nak hidangkan nanti....


Tetiba la sarang apam tak cukup, so ada la sebiji dua yang debab sikit saiz nye..... Hehehe

Friday, October 21, 2011

Popia Pedas....


Amboi2.... dalam2 takde mood sempat pulak mengupdate blog sampai dua kali....... Bukan pa, bosannya... Pastu asyik lapar jer la.... So, tak sempat petang dah siapkan menu minum petang... Ingatkan nak menjahitkan tempahan baju.... Tapi sebab mood takde lebih baik xyah, nanti tak jadik baju jadik benda lain la pulak kan....

Resepinya mudah jer... Budak2 sekolah pun pandai masak nih... Yang menyedapkannya tentulah sambalnya kan....

Bahan2:

Kulit popia (beli kt kedai je yer)

Inti:
1 biji carrot (diparut)
200 g taugeh
10 ekor udang
1/2 biji bawang besar (potong dadu)
3 ulas bawang putih (potong dadu)
garam (agak2 sendiri yer)
lada sulah
1 camb minyak

Cara-cara:
1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih, goreng sampai kekuningan.
2. masukkan udang, gorengkan sehingga udang masak.
3. masukkan garam dan lada sulah.
4. Masukkan carrot dan taugeh.
5. Angkat dan toskan.
6. Gulungkan ikut suka hati yer...
7. Gorengkan popia yang dah siap tu sehingga kekuningan.

Sambal popia:

Bahan2:
10 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
garam
gula
minyak

Cara-caranya:
1. Kisar cili, bawang besar dan bawang putih.
2. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
3. Masukkan garam dan gula.
4. Masakkan cili hingga garing dan pekat yer....
5. Bolehla di salutkan pada popia tadi....

Kalau nak mudah, mula2 sediakan dulu sambalnye yer... Pastu baru buat popia tadi...

Apam snow white....


Salam pagi Jumaat semua.... Dalam kesejukan pagi2 ni, tetiba nak update blog la pulak... Walaupun da xda mood, tp eita gagahkan jua.... Malas yang teramat, sebab xbrapa nk beremosi.... Hehehe... Maybe da xminat lagi nak berblog asenya........ Biarlah...... Hanya yang tahu ja mengetahui...... Hanya yang faham je memahami kenapa........ :)


Comel tak??? ni breakfast feveret si kecik ni.... Angah selalu cakap, kuih ni comel macam mama.... Hehehe


Pagi ni eita nak tunjukkan breakfast pagi nih, bab memasak je rajin tapi nak menaip resepinya malas sangat2 tau, kalau ada request nanti eita taipkan... So untuk arini tayang gambo jer la... Sbb da nak pergi masak lunch pula yer.....

Tuesday, September 13, 2011

Blueberry cheese tart

As salam semua........... Arini nak masukkan N3 tentang blueberry cheese tart ni......... first time cuba dulu masa nak hari raya.... pastu da kelam kabut so tak sempat la nak mendeco kat atas cheese tart tu...........

Tapi, semalam da terlebih rajin.......... Apa lagi, tangan yang tak brapa nak kreatif pun mendeco la cheese tart tu..... Tadaaaa............... Cantik tak??? Hehehehe..................




Nanti eita uploadkan resepinyer yer........... sebab eita tengah sibuk tunggu anak2 murid eita nak exam UPSR nih..............

Apapun, resepi ni eita selongkar dari dapur Kak Azlita Aziz yang comel tu........... Akak ni memang kreatif tahap gaban la...... Sebab apa saja masakan dia pasti comel2 macam tuannyer jugak........... Hehehe...........




Updated:

Bahan2...

Crust
170 g butter
50 g gula icing
1 biji telur
290 g tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara2:
Pukul butter dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar terlalu lama.
Masukkan telur dan esen vanilla.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut.
Ambik sedikit doh dan tekan dalam acuan tart. Cucuk dengan garfu.
Bakar 15 - 20 minit pada suhu 170 C


Filling :
250 cream cheese (keluarkan 20 minit dari peti sejuk- jgn terlalu lama terdedah suhu bilik)
50 g gula kastor
1 biji telur
1/2 camt esen vanilla

Cara2:
Putar cream cheese dan gula hingga betul2 kembang
masukkan telur dan esen vanilla.
Putar lagi.
Masukkan blueberry filling dan lapiskan dengan cream cheese. Untuk memudahkan memasukkan cream cheese, guna plastic piping.
Bakar selama 15 minit. Sentuh cheese, sekiranya tidak melekat, tart telah masak yer...
Simpan dalam bekas kedap udara dan masukkan ke dalam peti sejuk..

Selamat mencuba!!!

Friday, August 26, 2011

Abuk2 @ Tepung Gomak...


Dah lama betul tak menyediakan kuih ni..... Kuih ni memang feberet my B.... So, dia asyik perli2 sebab puasa dah dekat nak habis tapi eita masih tak buatkan kuih ni untuk dia kan... So apa lagi kena la buatkan juga...




Resepi Tepung Gomak @ abuk2

BAHAN-BAHAN

Inti:

1 biji kelapa parut
1 cawan gula merah
2 camb gula pasir
1/2 cawan air
1 camb tepung pulut

Cara-cara:
1. Masakkan gula merah, gula pasir dan air hingga mendidih.
2. Masukkan kelapa parut dan kacau hingga kering.
3. Masukkan tepung pulut.
4. Tutupkan api dan sejukkan.
5. Bentukkan bulat2.

Kulit:
600 g tepung pulut
1 cawan air
secubit garam


Cara-cara:
1. Didihkan air di dalam periuk.
2. Di dalam mangkuk, masukkan tepung dan garam.
2. Gaulkan bersama-sama air sehingga menjadi doh.
3. Leperkan dan masukkan inti dan bentukkan bulat.
4. Masukkan doh ke dalam air yang telah dididihkan.
5.Apabila doh timbul, angkat dan toskan doh tadi.
6. Golekkan di atas serbuk biskut meri tadi.
7. Dah boleh dimakan.

Bagi sesetengah orang, kuih ni disalut dengan tepung kacang, tetapi eita lebih suka disalut dengan serbuk biskut meri sebab lebih lemak manis.... Terpulang pada selera masing-masing.

Sunday, August 21, 2011

Donut Mini


Mini Donut......


As Salam semua...... N3 arini nk tayang le mini donut yang eita wat semalam..... Huhuhu semalam hari yang teramatlah bz nyer sebab jadi chef dari awal sampai time berbuka....

Donut Mini ni eita wat untuk Along bawak ke masjid untuk program berbuka.... Resepi ni sangat mudah dan jugak sedap... Hehehe perasan la pulak kan,.....

Resepinye klik di sini yer



Tadaaa yang ni versi sebelum digoreng yer................


Friday, December 24, 2010

Donut Gebu


Salam semua..... N3 arini nk cita pasal donut la pulak............ he3......... donut dni utk bekal mak n adik2ku balik ke selangor........... donut ni memang sedap n gebu walaupun sejuk... aku suka donut ni, dalam byk2 resepi dah cuba donut ni yg paling gebu n paling leceh sikit nk buat sebab adunan tersangat la lembiknya.... resepi ada kt bwh yer

* untuk adunan doh
4 cawan tepung gandum,
1 pek yis (jenama MAURIPAN, korang pakai jenama lain gerenti tak tembam)
2 sudu susu krimer pekat manis
1 senduk marjerin ( campur 2 sudu butter, petua untuk doughnut lebih gebu dan lembut)
1 biji telur
4 sudu besar gula pasir
2 cawan air suam (untuk larutkan gula & yis)
*cara adun
1. sebelum membuat doh, larutkan gula dan yis dalam air suam (biarkan yis naik, sementara yis naik bolehla adun bahan2 dalam langkah 2)
2. masukkan semua dalam 1 bekas(tepung gandum, telur, majerin & susu)
gaul hingga sebati
3. masukkan bancuhan yis sedikit demi sedikit hingga menjadi doh
4. uli doh hingga lembut
5. taburkan tepung gandum di atas dulang (utk elakkan donut dari melekat)
6. bentukkan donut ikut saiz yang anda mahu
7. apabila donut yang anda bentuk tadi dah naik, bolehla digoreng (guna api yang sederhana)
8. goreng hingga warnanya keemasan
9. biarkan hingga sejuk dulu donut yang dah digoreng, kemudian bolehla disalut dengan gula


Thursday, December 23, 2010

kuih lapis tradisional


N3 kali ni pasal kuih lapis merah putih, anak sy yg kecil sekali ni suka bebenor dengan kuih ni........ dah lama dah masak br nk upload picture............ kt sesesiapa yg nk mencubanya silalah ambil resepinya yer.......

bahan2
250 gm tepung gandum
250 gm tepung beras
125 gm tepung ubi
500 gm gula pasir
2 liter santan (500 gm santan beli + 1500 ml air)
pewarne merah
perisa ros

care2

masak 500 ml santan bersame gula dan daun pandan hingge sekali mendidih sahaje
tuang kedalam mangkuk dan buang daun pandan
blender bahan2 tadi bersame baki santan...masuk kedalam mangkuk dan kacau rate
bahagi 2 lebih kurang 1250 ml setiap bahagian dan masukkn pewarne merah 1 bhgian,1 bhgian lgi perisa ros
kukus 4 lapis putih dan 4 lapis merah
setiap lapis 1/4 cawan(lbih kurang 300ml )

Monday, December 13, 2010

kuih lapis coklat



ni la rupa kuih lapis coklat...... sedap sungguh kuih ni.... he3 (masuk bakul angkat sendiri)..... Nk resepi copy kt bawah yer....

Kuih Lapis

lapis coklat...from...ZURAINI ALIAS

bahan A

300 gm tepung gandum

60 gm tepung hon kwee

1500 ml santan

360 gm gula

2 biji telur

bahan B

30 gm serbuk koko

50 gm santan

cara...

adun atau blender kesemua bahan A dan bahagikan kepade 2 bahagian.satu adunan dicampur dengan bahagian B dan satu adunan dibubuh warne kuning.kukus selapis demi selapis.setiap lapis kukus selame 7 hingge 10 minit.

bawah kuning atas coklat..smue ade 6 lapis..gune loyang 10 x 10..kukusan yang last sekali tambah 15 minit.