Friday, December 24, 2010

Donut Gebu


Salam semua..... N3 arini nk cita pasal donut la pulak............ he3......... donut dni utk bekal mak n adik2ku balik ke selangor........... donut ni memang sedap n gebu walaupun sejuk... aku suka donut ni, dalam byk2 resepi dah cuba donut ni yg paling gebu n paling leceh sikit nk buat sebab adunan tersangat la lembiknya.... resepi ada kt bwh yer

* untuk adunan doh
4 cawan tepung gandum,
1 pek yis (jenama MAURIPAN, korang pakai jenama lain gerenti tak tembam)
2 sudu susu krimer pekat manis
1 senduk marjerin ( campur 2 sudu butter, petua untuk doughnut lebih gebu dan lembut)
1 biji telur
4 sudu besar gula pasir
2 cawan air suam (untuk larutkan gula & yis)
*cara adun
1. sebelum membuat doh, larutkan gula dan yis dalam air suam (biarkan yis naik, sementara yis naik bolehla adun bahan2 dalam langkah 2)
2. masukkan semua dalam 1 bekas(tepung gandum, telur, majerin & susu)
gaul hingga sebati
3. masukkan bancuhan yis sedikit demi sedikit hingga menjadi doh
4. uli doh hingga lembut
5. taburkan tepung gandum di atas dulang (utk elakkan donut dari melekat)
6. bentukkan donut ikut saiz yang anda mahu
7. apabila donut yang anda bentuk tadi dah naik, bolehla digoreng (guna api yang sederhana)
8. goreng hingga warnanya keemasan
9. biarkan hingga sejuk dulu donut yang dah digoreng, kemudian bolehla disalut dengan gula


No comments:

Post a Comment