Tuesday, September 13, 2011

Blueberry cheese tart

As salam semua........... Arini nak masukkan N3 tentang blueberry cheese tart ni......... first time cuba dulu masa nak hari raya.... pastu da kelam kabut so tak sempat la nak mendeco kat atas cheese tart tu...........

Tapi, semalam da terlebih rajin.......... Apa lagi, tangan yang tak brapa nak kreatif pun mendeco la cheese tart tu..... Tadaaaa............... Cantik tak??? Hehehehe..................




Nanti eita uploadkan resepinyer yer........... sebab eita tengah sibuk tunggu anak2 murid eita nak exam UPSR nih..............

Apapun, resepi ni eita selongkar dari dapur Kak Azlita Aziz yang comel tu........... Akak ni memang kreatif tahap gaban la...... Sebab apa saja masakan dia pasti comel2 macam tuannyer jugak........... Hehehe...........




Updated:

Bahan2...

Crust
170 g butter
50 g gula icing
1 biji telur
290 g tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara2:
Pukul butter dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar terlalu lama.
Masukkan telur dan esen vanilla.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut.
Ambik sedikit doh dan tekan dalam acuan tart. Cucuk dengan garfu.
Bakar 15 - 20 minit pada suhu 170 C


Filling :
250 cream cheese (keluarkan 20 minit dari peti sejuk- jgn terlalu lama terdedah suhu bilik)
50 g gula kastor
1 biji telur
1/2 camt esen vanilla

Cara2:
Putar cream cheese dan gula hingga betul2 kembang
masukkan telur dan esen vanilla.
Putar lagi.
Masukkan blueberry filling dan lapiskan dengan cream cheese. Untuk memudahkan memasukkan cream cheese, guna plastic piping.
Bakar selama 15 minit. Sentuh cheese, sekiranya tidak melekat, tart telah masak yer...
Simpan dalam bekas kedap udara dan masukkan ke dalam peti sejuk..

Selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment