Wednesday, August 1, 2012

Iftar Hari ke-11 ~Bersemangat nak memasak~




Assalamualaikum...

Salam mesra untuk semua pengunjung yang membaca blog Ita... Terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi berkunjung ke teratak Ita yang tidak seberapa ni.  Ita bukannya tukang masak profesional, cuma amatur yang memasak untuk hidangan sekeluarga.  

Hari ni memang dah plan nak masak kerabu taugeh & kerang.  Balik sekolah tadi Ita rehat la dulu.. Sebab dah kepenatan sangat.  Badan juga mau rehat la... Betul kan... 

Kerabu Taugeh & Kerang

Taugeh - disangai separuh masak dan ditoskan.

Kerang - dibersihkan, direbus dan diambil isinya.

cili padi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1/4 biji kelapa parut
air asam jawa
semuanya dikisar

kerisik
garam
gula

Cara-cara membuatnya:

1.  Gaulkan bahan kisar bersama kerisik, garam dan gula.

2.  Masukkan isi kerang dan gaul rata.

3.  Masukkan taugeh.  Gaul rata dan hidangkan.

Inilah rupanya Kerabu Taugeh & Kerang.

Anak-anak Ita memang suka makanan yang berasaskan roti.  So, semalam dah masak Roti John d'palma. Arini jenuh perah otak,.. Pastu tengok dalam peti sejuk ada sosej. Apa lagi, buat ja la sosej roll kan.



Resepinya sangat mudah.  Masa menyediakannya juga hanya dalam beberapa minit dah siap.  

Sosej Roll

Bahan-bahannya:

4 batang sosej (dicelur)

4 keping roti Gardenia

2 biji telur

garam

minyak untuk menggoreng


Cara Membuatnya:

1.  Canaikan roti.  Gulungkan sosej dalam roti yang dicanaikan tadi.

2.  Ulang hingga selesai 4keping roti tersebut.

3. Celupkan roti yang telah digulung ke dalam telur. 

4.  Masukkan ke dalam kuali yang telah dipanaskan minyak.  Goreng menggunakan api sederhana.  

5.  Angkat, toskan  dan hidang..
Letakkan mayonis dan sos untuk lebih sedap dan yummyyyyy

Mesti ada yang tertanya-tanya, aik nape yer ada ulangan resepi. Sebenarnya, ada permintaan dari adinda. Nak makan abuk-abuk.  So, Ita tolong buatkan. Harap2 tu dapatlah menghilangkan keinginannya.  Hehehe... Siap posing dalam bekas nak antar kat dia lagi tu. 



Resepi Tepung Gomak @ abuk2

BAHAN-BAHAN

Inti:

1 biji kelapa parut
1 cawan gula merah
2 camb gula pasir
1/2 cawan air
1 camb tepung pulut

Cara-cara:
1. Masakkan gula merah, gula pasir dan air hingga mendidih.
2. Masukkan kelapa parut dan kacau hingga kering.
3. Masukkan tepung pulut.
4. Tutupkan api dan sejukkan.
5. Bentukkan bulat2.





Kulit:
600 g tepung pulut
1 cawan air
secubit garam


Cara-cara:
1. Didihkan air di dalam periuk.
2. Di dalam mangkuk, masukkan tepung dan garam.
2. Gaulkan bersama-sama air sehingga menjadi doh.
3. Leperkan dan masukkan inti dan bentukkan bulat.
4. Masukkan doh ke dalam air yang telah dididihkan.
5.Apabila doh timbul, angkat dan toskan doh tadi.
6. Golekkan di atas serbuk biskut meri tadi.
7. Dah boleh dimakan.

Bagi sesetengah orang, kuih ni disalut dengan tepung kacang, tetapi eita lebih suka disalut dengan serbuk biskut meri sebab lebih lemak manis.... Terpulang pada selera masing-masing.






Resepi Sotong Goreng Berempah

Bahan-bahan:

1/2 kg sotong

1 labu bawang besar (dimayang)

2biji bawang putih(dimayang)

5 biji cili padi (dibelah)

2 camb sos tiram

1 camb rempah kari daging

air asam jawa

Minyak untuk menumis.


Cara Menyediakannya:

1. Panaskan minyak.  Tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili padi.

2.  Masukkan sotong dan kacau hingga mendidih.

3. Masukkan sos tiram dan rempah kari daging.

4.  Masukkan air asam jawa dan garam.

5.  Apabila sotong telah masak.  Boleh dihidangkan.




Catatan:  Semakin lama berpuasa, semakin kurang berselera.  Mungkin sebab dah menjadi chef di dapur.. Justeru nak makan pun tak berapa berselera.

No comments:

Post a Comment