Saturday, August 25, 2012

Almond London


Assalamualaikum.

Nape la Cikgu Ita ni, dah lepas raya baru nak post N3 almond london ni.  Sebenarnya tujuan untuk rujukan sendiri pada masa akan datang.  So, bukan saja-saja nak post yer.  Hehe... 

Masih dalam mood raya, agak meriah tahun ni, sebab rezeki dari Allah yang datang setelah melalui pelbagai dugaan dan cabaran, namun di sebalik semua tu ternyata Allah mengurniakan sesuatu yang buat Ita rasa bersyukur.





Resepi ni, Ita dapat dari blog Kak Ita Masam Manis.  Kakak ni sememangnya kreatif dalam menghias kuih muih dan kek.  Ita cuba jugak cuma tak secantik kak Ita Masam Manis.






Biskut Almond London
Resepi:  Azlita Masam Manis

250 gm butter
450 gm tepung gandum
2 sudu kecil emplex
140 gm gula icing
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
150 biji badam - dpanggang

Untuk Menyalut Biskut:
Paper cup
Coklat masakan

Panaskan oven dan bakar badam dengan suhu 170 C selama 15 - 20 minit atau sehingga badam masak sempurna.
Ayak tepung dan emplex.  Ketepikan.
Pukul Butter, gula icing dan esen vanilla hingga lembut.
Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul lagi hingga adunan bergaul sempurna.
Masukkan tepung dan uli doh hingga menjadi doh yang lembut.
Bulatkan doh seberat 6 gm.  Letakkan sebiji badam di dalamnya dan bulatkan membujur.
Buat hingga habis dan susun dalam loyang.
Panaskan oven 150 C dan bakar biskut selama 25 - 30 minit atau hingga biskut masak sempurna.
Keluarkan biskut dan sejukkan atas redai.

Cairkan coklat secara double boiler.  Celupkan biskut dan letakkan dalam paper cup.
Hiaskan dan biarkan coklat mengeras.
Simpan dalam bekas kedap udara.




No comments:

Post a Comment