Thursday, June 30, 2011

Kem Akademik Perdana

Arini kejap je lagi, eita kena g sekolah sebab ada Kem Akademik Perdana bersama-sama Guru Cemerlang 2011. Huhuhu kena bermalam di sekolah la jawabnya.... Sian anak manja mama sebab kena tinggal malam ni. Inilah anak manja kesayangan eita yang tak boleh berenggang.

Kemana-mana pun mesti nak berkepit ja... Siap jeles lagi, jadi Along n Angah takda peluang nk duduk dekat mama la jawabnya.


Berjaya Akhirnya....

Assalamualaikum....

N3 arini nk menceritakan betapa hepinya eita sebab akhirnya nampak jua kesungguhan anak-anak didik yang bakal menduduki peperiksaan UPSR nanti. Hiba dan sayu rasanya, sebab sebelum ini semuanya masih malas dan tak berminat dengan subjek MATEMATIK.

Pelbagai usaha dah cuba eita lakukan untuk mendapatkan hasil seperti ni. Bayangkan murid yang tak berapa pandai membaca pun dah berminat dan datang untuk mendapatkan bimbingan dari eita. Mengalir jua airmata tecer nih, sebab tak sangka akhirnya anak2 ini nampak pengorbanan yang telah tecer cuba buat untuk mereka semua.... Masa dan waktu lapang sendiri pun dikorbankan untuk mereka...

Bukan wang ringgit yang dipinta, cukuplah dengan menghadiahkan keputusan yang baik untuk peperiksaan UPSR nanti... Semoga semua anak2 tecer akan lulus dengan cemerlang...

Alhamdulillah dan bersyukur sangat2 pada Allah sebab membuka hati anak2 eita untuk menuntut ilmu...

Wednesday, June 29, 2011

Mengapa Harus Ada Kesal.....

N3 arini eita ambik dari blog Doa Buat Alanna..... Blog ni sememangnya amat menyayat ati pada sesiapa yang selalu menziarahi blog ini.... Apapun eita amat tertarik dengan N3 ini sebab perasaan begini selalu ada dalam diri kita... Namun kita hanya akan sedar selepas kita kehilangannya....



Awak tahu tak?

Awak tahu tak bila awak benci kerana cemburu terhadap seseorang, itu bermakna awak sebenarnya sukakan dia, tapi awak tak boleh terima?

Awak tahu tak sesiapa yang kelihatan seolah-olah sangat kuat, sebenarnya mereka ini mempunyai sekeping hati yang 'emotional' dan terlalu mudah tersinggung??

Awak tahu tak sesiapa yang selalu melindungi orang lain, dia juga sebenarnya amat memerlukan seseorang untuk melindunginya?

Awak tahu tak sesiapa yang suka menyelami perasaan dan membantu orang lain, sebenarnya ingin berkongsi sesuatu dan membantu dirinya sendiri?

Awak tahu tak, sesiapa yang sangat-sangat memerlukan awak, sebenarnya kelihatan seperti tidak bermakna langsung pada diri awak?

Awak tahu tak 3 perkara yang paling sukar untuk diucapkan adalah;
Saya Sayang awak, Maafkan saya dan TOLONG SAYA ??

Awak tahu tak orang yang paling sedih dalam dunia ini adalah orang yang kesal dan menyesal kerna tidak sempat melakukan sesuatu....


Andaikata dunia ini dikhabarkan akan hancur dalam masa 24 jam lagi, semua talian telefon, semua kandungan email, dan semua perbualan maya, akan dibanjiri dengan pesanan ini;

"Maafkan saya, Ibu...."
"Maafkan saya, Ayah...."
"Maafkan saya abang...."
"Maafkan saya, awak..."
"Saya sayangkan awak....
"Maafkan segala kesalahan saya..."
"Maafkan, kerana saya selalu menyakiti awak..."
"Saya selalu menyayangi awak, namun saya tidak pernah mengucapkannya..."
.
.
.
.
.
.
.

-MASIH BELUM TERLAMBAT-

Ayam Seri Harum

Assalamualaikum....

Arini mood rajin dah datang. Apa lagi, eita pun gali-gali la cari resepi apa nk masak untuk lunch arini. Dalam esbok cuma ada ayam dan ikan saja. Akhirnya terjumpa resepi Ayam Seri Harum ni dekat blog Kak Nor. Terima kasih yer Kak Nor, resepi ni memang sedap sangat, tapi disebabkan ada beberapa bahan yang tak ada kt umah so, eita telah mengedit beberapa bahannya.... Jangan marah ye Kak Nor..



Inilah hasilnya setelah siap dimasak, dan sebelum habis dikerjakan oleh MIH and anak2 semua.


AYAM SERI HARUM
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
3/4 ekor ayam ~ dipotong kecil
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit

2 sudu besar cili mesin (cili serbuk)
1 biji bawang besar *
3 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1in halia*
1 in kunyit hidup* (* diblend)
2 batang serai ~ diketuk
1/2 cawan santan pekat (xletak)
1 cawan air
3 kpg asam keping
3 helai daun limau purut ~ dicarik
garam dan gula (xletak)
1/2 kiub pati ayam
minyak

Cara:
Gaul ayam dgn garam dan serbuk kunyit. Goreng 1/2 masak, angkat dan ketepikan. (kalau tak nak goreng pun boleh, terus aje masukkan dalam kuali)
Tumis cili mesin hingga garing, masukkan serai. Goreng sekejap, masukkan bahan2 yg diblend.
Goreng sehingga pecah minyak (jika tak pecah minyak masukkan 1/2 cawan air dan goreng hingga pecah minyak)
Masukkan santan, air dan asam keping.
Masak hingga mendidih, masukkan ayam, daun limau, garam dan gula secukup rasa dan kiub pati ayam.
Masak hingga ayam masak dan kuah pekat mengikut citarasa masing2.

Tuesday, June 28, 2011

Minggu yang sibuk...

As Salam....

Aduss minggu ni adalah minggu yang teramat sibuk..... Banyaknya benda nk kena selesaikan.... Proposal nak adakan kem akademik perdana untuk murid-murid tahun 6 telah disiapkan selepas melalui beberapa kali proses pemurnian......

Anyway.... sok cuti.... dapatla merehatkan diri sehari..... but.... Khamis akan kembali busy dengan pelbagai keja dan bermulanya kem dimana semua murid akan tidur di sekolah.....

Aku tetap seperti aku, sebanyak mana n seberat mana pun kerja.... insyaallah akan diselesaikan jua.... da tinggal beberapa hari ja lagi, anak2 didikku akan menduduki UPSR.....

Harap2, berbaloilah apa yang aku dan kawan2 cuba lakukan utk menambahkan minat mereka utk belajar....

Monday, June 27, 2011

Jalan-jalan Singapore...

N3 kali ni nak cite pasal aku g jejalan kt Singapore... Walaupun dah lama pergi sana tp xsempat nk update kt sini sbb da lama tak berblog kan....

Bergaya ngan topi witches...

Ni pulak dengan actor nama apa ntah.... da lupa la pulak


Konon2 macam holiday kt overseas la kan.......


With my best fren liya n kak mah yang sangat sporting nih.....



Lagu CT laaa..........

Purnama Merindu

Bermaknakah tiap baris kata-kata
Ataukah hanya dibibir saja
Bersungguhkah rindu yang engkau pamerkan
Ataukah sekadar hanya lakonan

Rindu... telah melekat dalam hatiku
Walau awan berlalu
Rinduku... tak berubah... arah

Purnama mengambang... cuma berteman
Bintang berkelipan dan juga awan
Siapa tahu...
Rindu yang mencengkam di hatiku

Aku meminta pada yang ada
Aku merindu pada yang kasih
Aku merayu padamu yang sudi... merindu ku

Purnama mengambang berbagai warna
Bila embun pun datang bintang purnama
Tinggallah aku sendirian bertemankan malam sepi

Aku meminta pada yang ada
Aku merindu pada yang kasih
Aku merindu padamu yang sudi memujuk

Hiaskanlah cinta di jari manisku
Sinarkan bagai gemerlap kencana
Tandakanlah kasih dimercu kalbu
Serikanlah purnama yang merindu

Lamanya....

As Salam....

Erm... da lama sangat aku tinggalkan blog nih...... da penuh dengan sawang pun...
Now I'm back..... Sekarang ni agak bz almaklumla da dekat nak UPSR jadi banyak program dan aktiviti ada dalam kepala nk dijalankan pada anak2 murid....

Harap2 mereka akan bermotivasi lepas ni..... Da macam2 cara aku buat utk menambahkan minat murid2 nih..... Nampaknya ada jua yang semakin baik dari sebelumnya....