Thursday, June 30, 2011

Berjaya Akhirnya....

Assalamualaikum....

N3 arini nk menceritakan betapa hepinya eita sebab akhirnya nampak jua kesungguhan anak-anak didik yang bakal menduduki peperiksaan UPSR nanti. Hiba dan sayu rasanya, sebab sebelum ini semuanya masih malas dan tak berminat dengan subjek MATEMATIK.

Pelbagai usaha dah cuba eita lakukan untuk mendapatkan hasil seperti ni. Bayangkan murid yang tak berapa pandai membaca pun dah berminat dan datang untuk mendapatkan bimbingan dari eita. Mengalir jua airmata tecer nih, sebab tak sangka akhirnya anak2 ini nampak pengorbanan yang telah tecer cuba buat untuk mereka semua.... Masa dan waktu lapang sendiri pun dikorbankan untuk mereka...

Bukan wang ringgit yang dipinta, cukuplah dengan menghadiahkan keputusan yang baik untuk peperiksaan UPSR nanti... Semoga semua anak2 tecer akan lulus dengan cemerlang...

Alhamdulillah dan bersyukur sangat2 pada Allah sebab membuka hati anak2 eita untuk menuntut ilmu...

No comments:

Post a Comment