Tuesday, September 20, 2011

Terharu!!!!!!! Thanks sesangat!!!


N3 ni khas buat x-students eita, terima kasih sesangat sebab sudi mencelebrate birthday eita hari sabtu lalu... Thanks sebab beri kejutan ni yer..... Tima kasih sgt2 buat isyrah, tasya dan muna atas ingatan dan juga hadiah yer....

Tadaaaa ni kek yang diaorang tempah,..... Sedap taw............




Yang pusing belakang tu isyrah, memang malu2 nk berposing........... Thanks semua yer.........






Yogurt Steam Cupcake



Assalamualaikum semua................

Kembali bersiaran selepas sibuk beberapa ari ni..... N3 kali ini nak tayang resepi yang eita cuba wat kali pertama, dan alhamdulillah menjadi... Kek ni sedap sangat, sebab tekstur sgt gebu dan sedap.... Resepi ni, eita amik dari dapur Kak Azlita Aziz dan juga Kak Nor (secubit Garam).... Tapi eita minta maaf yer, sebab ada menderhaka kan beberapa bahannya.....


Resepinya:

BAHAN2

1 cawan yogurt asli
1 camt ovelette
2 cawan tepung
1 cawan gula
2 biji telur
1/2 camt double acting baking powder
1 camt serbuk koko
1 camt choc emulco
1 camt esen vanilla

Cara2:
Putar semua bahan hingga bertanduk...
Simpan sedikit adunan untuk coklat....
Masukkan serbuk koko dan choc emulco dalam adunan coklat tadi.
Masukkan adunan putih separuh cup, dan letakkan sedikit adunan coklat di atas.
Kukus selama 15-20 minit....

Selamat Mencuba yer.........


Tuesday, September 13, 2011

Blueberry cheese tart

As salam semua........... Arini nak masukkan N3 tentang blueberry cheese tart ni......... first time cuba dulu masa nak hari raya.... pastu da kelam kabut so tak sempat la nak mendeco kat atas cheese tart tu...........

Tapi, semalam da terlebih rajin.......... Apa lagi, tangan yang tak brapa nak kreatif pun mendeco la cheese tart tu..... Tadaaaa............... Cantik tak??? Hehehehe..................




Nanti eita uploadkan resepinyer yer........... sebab eita tengah sibuk tunggu anak2 murid eita nak exam UPSR nih..............

Apapun, resepi ni eita selongkar dari dapur Kak Azlita Aziz yang comel tu........... Akak ni memang kreatif tahap gaban la...... Sebab apa saja masakan dia pasti comel2 macam tuannyer jugak........... Hehehe...........




Updated:

Bahan2...

Crust
170 g butter
50 g gula icing
1 biji telur
290 g tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara2:
Pukul butter dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar terlalu lama.
Masukkan telur dan esen vanilla.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut.
Ambik sedikit doh dan tekan dalam acuan tart. Cucuk dengan garfu.
Bakar 15 - 20 minit pada suhu 170 C


Filling :
250 cream cheese (keluarkan 20 minit dari peti sejuk- jgn terlalu lama terdedah suhu bilik)
50 g gula kastor
1 biji telur
1/2 camt esen vanilla

Cara2:
Putar cream cheese dan gula hingga betul2 kembang
masukkan telur dan esen vanilla.
Putar lagi.
Masukkan blueberry filling dan lapiskan dengan cream cheese. Untuk memudahkan memasukkan cream cheese, guna plastic piping.
Bakar selama 15 minit. Sentuh cheese, sekiranya tidak melekat, tart telah masak yer...
Simpan dalam bekas kedap udara dan masukkan ke dalam peti sejuk..

Selamat mencuba!!!

Tuesday, September 6, 2011

Sambutan Hari Raya.......


As Salam......

Selamat Hari Raya semua yer...... Arini nk le cite tentang sambutan raya kat sekolah eita nih....... Aduss waktu ni memang la best sangat.... Abih la diet sebulan gara2 makan tak ingat dunia..... Apapun......... pasni nak kena tambah usaha lagi untuk budak2 tahun 6 yang nak amek upsr lagi beberapa hari jer lagi......



cikgu2 kalau bab nk amek gambar kalah model antarabangsa....... He3




Friday, August 26, 2011

Abuk2 @ Tepung Gomak...


Dah lama betul tak menyediakan kuih ni..... Kuih ni memang feberet my B.... So, dia asyik perli2 sebab puasa dah dekat nak habis tapi eita masih tak buatkan kuih ni untuk dia kan... So apa lagi kena la buatkan juga...




Resepi Tepung Gomak @ abuk2

BAHAN-BAHAN

Inti:

1 biji kelapa parut
1 cawan gula merah
2 camb gula pasir
1/2 cawan air
1 camb tepung pulut

Cara-cara:
1. Masakkan gula merah, gula pasir dan air hingga mendidih.
2. Masukkan kelapa parut dan kacau hingga kering.
3. Masukkan tepung pulut.
4. Tutupkan api dan sejukkan.
5. Bentukkan bulat2.

Kulit:
600 g tepung pulut
1 cawan air
secubit garam


Cara-cara:
1. Didihkan air di dalam periuk.
2. Di dalam mangkuk, masukkan tepung dan garam.
2. Gaulkan bersama-sama air sehingga menjadi doh.
3. Leperkan dan masukkan inti dan bentukkan bulat.
4. Masukkan doh ke dalam air yang telah dididihkan.
5.Apabila doh timbul, angkat dan toskan doh tadi.
6. Golekkan di atas serbuk biskut meri tadi.
7. Dah boleh dimakan.

Bagi sesetengah orang, kuih ni disalut dengan tepung kacang, tetapi eita lebih suka disalut dengan serbuk biskut meri sebab lebih lemak manis.... Terpulang pada selera masing-masing.

Biskut samperit...... Bukan la, biskut dahlia...........



Wah2............ N3 arini nak tunjukkan biskut pertama yang berjaya disediakan oleh eita.......... Biskut ni kalau di kawasan utara dipanggil samperit tapi sesetengah orang panggil dahlia........ Mana2 jer la labuuuu............ Yg penting rasanya sama jer kan............

Resepi ni eita amik dari dapur CMG kita........... erm memang sedap la.......... Arini tengok dah hilang separuh dikerjakan dek anak2 teruna ni...........

Resepi Biskut Samperit @ dahlia
Sumber : Dapur Tanpa Sempadan (CMG)

BAHAN-BAHANNYA:

300 g mentega
160 g gula icing
2 kuning telur
1 camt esen vanilla
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*
* digaul dan diayak
ceri merah dipotong kecil untuk hiasan

CARA-CARA MEMBUATNYA:
1. Putar mentega dan gula icing hingga bersatu (jangan sampai kembang), masukkan kuning telur dan esen vanilla dan putar hingga sebati.
2. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit.
3. Tekan doh atas dulang pembakar yang telah dilenser.


4. Hias dengan ceri.
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suku 170C selama 20 minit.
6. Biarkan biskut sejuk sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.




Sweet n Sour paling simple.........



As Salam semua.........

Pejam celik dah dekat nak sambut lebaran........ Huhuhu eita pulak, masih tak kesempatan nak mengukis lagi nih.......... Arini nak share kan resepi paling mudah nak sediakan......... Menu ni menjadi wajib untuk berbuka sebab anak eita yang kedua tu, minat sangat dengan ikan sweet n sour ni.......




Resepi sweet n sour ikan bawal...........

Bahan2....

1 ekor ikan bawal
2 camb tepung jagung

2 ulas bawang besar*
4 ulas bawang putih*
* dikisar halus

8 camb sos cili
2 camb sos tomato

mix vege
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Air


Cara-cara:
1. Lumurkan ikan bawal dengan garam dan tepung jagung.
2. Goreng hingga kekuningan
3. Tumiskan bahan kisar hingga garing
4. Masukkan air, sos, garam dan gula
5. Kacau hingga pekat dan masukkan mix vege
6. Apabila siap, tuangkan atas ikan tadi...


Mudah jer kan.......... Selamat mencuba.....


Wednesday, August 24, 2011

Sedih.... Tersentuh Hati...

As Salam.....

N3 arini eita nak cite la, pasal semalam eita g berbuka puasa di rumah anak2 yatim di Perik, Kuala Nerang.... Sayunya hati tengok budak2 nih..... Waktu ni, eita rasa eita lagi bertuah berbanding diaorang sebab eita masih ada mak dan abah.... Huhuhu touching...... Menitis jua airmata sebab mereka semua memang sangat2 memerlukan kasih sayang........

Rasa cam nak peluk2 semua anak2 yang ada di situ.........

Perasaan insaf tu datang, dan secara tak langsung membuatkan eita rasa cepat berkecil hati dengan keadaan persekitaran yang kekadang seperti sengaja mewujudkan kesedihan....... rasa keseorangan..... dipinggirkan....... Ahhhhh............ Biarlah..... Semua ni hanya permainan dunia sahaja............ Apapun eita pasrah dengan semua...... Biarlah...... Terima seadanya.......... Apapun, yang penting, eita tidak pernah nak menyakiti hati orang lain............ Apa diaorang nak buat, lantaklah........ Itu diaorang punya hal.............. Buatlah apa pun, with or without me.......... I dont care...........

Tuesday, August 23, 2011

Kelam Kabut........ Wa Caaaa.....

Salam semua.............

Arini N3 nk citer pasal kelam kabutnya eita lam dua tiga ari nih......... Huhuhu tu la, sapa suh cari pasal kan dah penat..........

Tahun ni, dengan semangat konon2 rajin la kan, terima la pulak tempahan baju dari My Sister In Law kan....... Pastu, masa awal2 dia bagi, eita la plak malas nk menjahit..... Huhuhuhu, kalut nih.... Dalam masa sama, jiran emak la pulak minta tolong wat kan baju sepasang........ Tak nak terima tak sampai hati la pulak........ Aduss..... Tangan pulak dok menggatal jer nak mengukis nih......

Harap2 sebelum jumaat nih siap la semua baju2 tempahan dan baju eita sendiri yer.......... Hehehe..... Apapun Gud Luck to myself.......... Huhuhuhu

Monday, August 22, 2011

Sosej Blossom yang cute!!!

As Salam....... N3 arini nak tayang pulak roti sosej blossom yang menjadi kegemaran anak2 eita..... Hehehe roti nih kalau wat, musti kena banyak2 sebab nanti tak cukup la pulak.....


Ni lah picture sosej blossom yang telah siap dimasak..................



Ni pulak versi sebelum masuk ke dalam oven..... Eita tak letakkan mix vegetable sebab anak2 tak suka makan....... So.... Simple sangat2 roti nih.....

Resepi nih eita amik dari dapur Cik Mat Gebu la......... Banyak resepi sedap2 kat dapur dia... Eita letak resepi kat sini yer CMG..... Thanks sangat2 sbb sudi kongsi resepi yer........

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram tepung roti
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur
6 gram instant yeast
20 g mentega
125 ml air
10 batang sosej, celur sekejap, tos dan sejukkan
Mayonnaise secukupnya
Sos cili/sos tomato, secukupnya
Mix vege secukupnya


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal . Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar . Ambil satu bahagian, canai memanjang, letak 1 batang sosej ayam dan bungkus, kemudian kerat kepada 8 bahagian.
  3. Kemudian, bentukkan dengan menolak setiap bahagian keluar hingga keratan terakhir ditolak ketengah2 bahagian membentuk sebagai tampuk bunga. Tekan sedikit biar kelihatan kemas. Alih alam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap. Perap 45 minit.
  4. Sapu dengan baki telur tadi (30 gram) rata2. Tabur mix vege, kemudian paipkan sos cili/sos tomato dan juga mayonnaise. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan....