Sunday, March 24, 2013

Butter Prawn


Assalamualikum...

Dah beberapa hari Ita menyepi dari blog ni dan jugak fb... entahla... rasa macam malas dah aktif macam dulu... Maybe... dah rasa down sesangat....

Yang penting, buka buku baru dan tutup buku lama... I will... menjadi Ita yang baru... Doakan yang terbaik untuk Ita yer...


Resepi butter prawn ini adalah kegemaran Ita n family...  Masih banyak yang boleh diperbaiki lagi...


Butterprawn

Udang 10 ekor

2 camb butter

2 camb minyak masak

1 biji telur

2 camb susu segar

2 tangkai daun kari

4 biji cili padi dipotong runcing



Cara-cara:

Gorengkan udang yang dilumur dengan garam dan kunyit.

minyak yang digoreng udang tadi... dicampur dengan butter.

kacau susu dan telur hingga rata... Tuang dalam minyak dan kacau.   

Masukkan cili potong dan daun kari...

Masukkn udang dan angkat...  Toskan...


Resepi yang simple... Main campak2 jer... hehehe...

Akhirnya siaapppp

Selamat mencuba....


Friday, March 1, 2013

Nasi Ayam Panggang


Assalamualaikum...

Arini rajin pulak Che Ta ni update N3... Huhuhu... Sebenarnya memang sibuks sesangat... Tetapi atas tekanan yang sangat banyak hanya ini saja jalannya untuk menghilangkan tekanan...

Terkadang, tanpa sedar kita diuji dengan ujian yang tak terdaya dipikul.. Namun, bila kita lihat lebih banyak orang yang lebih berduka dan tertekan berbanding kita, bersyukurlah.. Kita masih lagi mampu tersenyum...

Setiap hujung minggu adalah wajib bagi Ita menemani anak teruna yg di asrama... Melihat dan menyemak semua kerja sekolahnya di tepi kantin... Berbekalkan sebidang tikar dan makanan untuk melapik perut, kami dua beranak akan mula belajar seperti Ita jugak student skolah tu... Hehehe... mula2 dulu memang rasa segan pada sekeliling kerna karenah kami dua beranak belajar ibarat perbincangan dalam kumpulan...

Alhamdulillah, apa sahaja yang dapat mama bantu mama akan bantu walaupun terkadang keletihan menghambat perasaan... Rasa mahukan sedikit waktu untuk rehat di hujung minggu namun semua dikorbankan buat permata hati tersayang...


Pagi2 lagi Ita dah sediakan bahan untuk memasak nasi ayam.  Nasi ayam adalah kegemaran anak teruna Ita. Dia lebih gemarkan nasi ayam dihidangkan dengan ayam panggang... Ita suruh MIH carikan salad namun takda rezeki sebab dia terlupa... hehehe... Jadi nasi ayam bujang dengan timun jer la...



Resepi Nasi Ayam :  Rozita Hasan

4 cawan beras basmathi (basuh dan rendam 30 minit)
6 cawan air rebusan ayam
2 kiub stock ayam
garam secukup rasa
sedikit kunyit/pewarna kuning

Bahan tumis:
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
5 tangkai daun kari
seinci halia 
2 camb minyak sapi
2 camb minyak masak
1 kuntum bunga lawang
1 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 batang kayu manis

Cara-cara memasak:

Panaskan minyak sapi dan minyak masak.  Tumiskan  bahan tumis hingga garing.
Masukkan garam, air rebusan ayam dan kiub stock ayam. Tutup api.  Masukkan beras.  Gaul rata.
Masukkan ke dalam rice cooker.  Tanak seperti biasa.




Bahan Untuk Sos:

1 labu bawang putih
15 biji cili merah (dibuang biji)
1 camca teh cuka 
1 camca besar sos cili
garam
gula

Cara membuatnya:

Rebus bawang putih dan cili merah.  Kisar bawang putih dan cili merah.  Masukkan semua bahan dan masak atas api perlahan sehingga pekat.

Resepi Ayam Panggang

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (potong 4 direbus - air rebusan digunakan untuk nasi)
1 camca besar sos tiram
1 camt kicap
mix herb
gula
garam

Cara-cara:

perap ayam yg ditoskan dengan semua bahan selama 30 minit.

Panggang selama 15 minit.




Hilang penat kalau tengok anak-anak makan... Alhamdulillah... Walaupun penat, dah semua tu sememangnya tugas mama jadi mama akan sentiasa cuba buat yang terbaik untuk anak-anak mama.

Along sempat cakap, dalam banyak2 benda yang along rindu kalau dok asrama adalah along rindu nak makan dengan Mama... huhuhu... touchingggg.... Mama pun begitu...