Monday, October 24, 2011

Roti Sandwich Loaf..........

Salam semua....

Ari yang agak sibuk, kat sekolah arini ada karnival 1 Murid 1 sukan.... Tadi eita turun padang kejap je tapi pastu kena naik office... Bersama2 ngan PK1 menyemak susunan guru tahun 2012... Walaupun bukan orang penting, tapi sekadar membantu beliau sahaja.... So, keputusan beliau yang buat, eita cuma tolong semak sahaja....

Balik umah, ingatkan nak tido sebab da penat sesangat tetapi macam biasa la susah sgt nak tido sekarang ni.... Huhuhu.... So, dok pikir2 la nk wat apa nih,.... tetiba teringat la pulak, kalau wat roti pastu cicah sardin sedap jugak kan... So, apa lagi campak2 bahan pastu jadik la macam kt bawah ni.... Ni versi belum potong sebab masih panas.... Fresh from oven taw.... So, sekarang ni da xbeli lagik roti gardenia... Hihihi... Time rajin mmg camtu, kalau malas rembat jua gardenia pun.....


Inilah rupanya... Masih di atas redai sebab still hot from oven.....

Resepinya:

Roti Sandwich Loaf..

300 g tpg roti,
80 g gula kastor
20 g susu tepung
1 biji telor
1 camt yis
1 camb marjerin
1/2 camt bread softener
1/2 camt bread improver

Cara2:

1. Tepung + gula + susu tepung + bread improver digaul sebati.
2. Lubangkan tengah dan masukkan telor.
3. Masukkan marjerin.
4. Gaul rata kemudian masukkan yis + air
5. Uli kemudian masukkan bread softener.
6. perap doh 1 jam.
7. Bakar 20 minit suhu 180c
8. Bila dah masak, gliskan dengan marjerin.

*eita tak ikut step ni sebab eita main campak dalam breadmaker jer....


Angah tengah posing depan roti, tak sabar2 nak makan..... Tapi mama cakap jangan!!!!! kena tunggu sejuk dulu baru boleh potong...... Hihihihi






No comments:

Post a Comment