Friday, September 7, 2012

Vanilla Muffin


Assalamualaikum....

Malam-malam yang sejuk kerna hujan mencurah-curah diluar, menyebabkan perut menyanyi keroncong buat ana... hehehe...  Merapu pulak cikgu Ita ni...

Memang Ita dah pendam lama niat, nak membuat muffin... Keyakinan pernah pudar sebab dah banyak kali cuba tetapi hampa belaka...

Kusangka muffin selembut muffin kenny rogers ternyata tidak... Banyak resepi Ita dah cuba dari pelbagai sumber... Tapi tetap sama resultnya... Ah, terputus asa seketika...


Nasib baik dapat kenalan baru... Kak Aliza Awang... Kawan kepada kawan Ita Mimie Jamilah yang meletop tu...Tq Mimie sebab kenalkan Ita dengan seorang lagi kawan yang banyak ilmu dan sudi share dengan kawan-kawan.

Kak Ja memang terror bab muffin sebab dia buat hanya masukkan campak-campak dah jadi... Kalau Ita campak-campak,alamat nanti tong sampah yang kenyang... Huhuhu... Memang xpandai la...


Berdasarkan petua dan nasihat dari kak Ja... Ita pun godek2 resepi dari dapur Che Mat Gebu... pastu tengok ada persamaan dengan bahan yang kak ja bagi... Hadoii... rezeki la tu... dapat la cuba...



Muffin ni Ita buat perisa vanilla saja, kerna percubaan pertama... Nanti dah terror tu boleh pelbagaikan.. Macam kak ja cakap, bahan asas sama saja... kena pandai pelbagai... Tq kak ja... Terus semangat la nak membuat muffin...

Alhamdulillah, muffin kali ni memang menjadi... Sedap sangat...Ceh perasan mek ta ni, macam pandai sangat.  Tapi memang ikhlas... sedap muffin ni... teksturnya sangat gebus gebas... aroma vanilla memang menambahkan aura lapaq tu... hehehe....


Ita cuba resepi ni, hasilnya dalam 9 biji muffin saiz sederhana...  Ita hiaskan atasnya mengikut permintaan....  Yang ada chocolate chip tu utk Angah, yg ada badam tu untuk Mama dan Along... Yang ada badam cincang tu untuk Abah dan Aqil...  

Angah ulang alik ke dapur asyik sibuk nak makan...  Almaklumla tak pernah makan yang mama watkan...

Resepinya sangat mudah... Sesiapa yang minat muffin boleh mencuba yer....


Vanilla Muffin

Resepi:Che Mat Gebu (atas tunjuk ajar Kak Aliza Awang)

Bahan-bahan:

90 g mentega
70 g gula halus (pasni nk kurangkan kpd 55g)
110 g tepung gandum *
1 camt baking powder* (*digaul rata dan diayak)
1 biji telur gred A
50 ml susu segar
3/4camt esen vanilla (Ita pakai vanilla paste)

Hiasan ikut citarasa

Cara Membuatnya:

Panaskan oven padasuhu 180C,alas acuan muffin dan ketepikan.

Putar mentega dengan gula halus hingga sebati.. Masukkan telur dan terus memutar hingga putih dan kembang. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang dengan susu segar.  Putar hingga sebati.

Akhir sekali masukkan esen vanilla.  Kacau rata.  Sudukan 3/4 penuh ke dalam cup.  Tabur hiasan ikut kreativiti.

Bakar 20-25 minit atau hingga kuning keemasan.

Sejukkan atas redai... Selamat mencuba...

P/s:  Pasni nk cuba buat muffin coklat pulak...

Wednesday, September 5, 2012

Kuih Talam Keladi.. Eh cik ta mana keladinya nih???


Assalamualaikum...

Apasal lak tetiba cikgu Ita ni rajin sangat la arini...  Bukan pa, bila ada mood memasak... Pa lagi kira nak  memasak jer la...

Nak crita la,kuih ni mmg jadi feberet Ita sebenarnya.. Huhuhu tapi Ita memang xboleh makan ubi keladi... Nanti sejuk... Tapi, aritu masa pergi kenduri umah bapa sedara, Ita bantai makan juga.. Sebab teringin,.. Pastu, mak Ita pun sound... Kalau dah suka, cuba la buat, tak payah letak ubi keladi... Makan la brapa talam pun...huhuhu... Cabaran yer...


Jadi, dengan kepakaran yang tak seberapa... hehehe... balik tu, terus la singgah kedai barang-barang kek...  Capai la apa yg patut...  Betul ke tak betul bahan2 tu blakang kira... Semangat nk makan nih... Hehehe.. Buruk benor perangai cikgu sorang ni....


Kuih Talam Keladi
Resepi:  Emak Cik Tom (derhaka sikit2 yer)

Bahan A (lapisan putih bawah):-

250 g tepung beras
30 g tepung ubi
1/2 camt garam
100 ml santan
700 ml air

Bahan B (Lapisan Atas)

230 g tepung gandum
20 g tepung ubi
250 g gula
3 biji telur gred A
300 ml santan
500 ml air
1 camb pewarna ungu violet
2 camb yam paste




Cara Membuatnya:-

Satukan bahan A dalam periuk dan kacau atas api sederhana..  Kacau hingga pekat.. 

Masukkan dalam loyang dan kukus selama 15 minit.

Masukkan bahan B dan blend semuanya...

Kacau atas api sederhana hingga pekat

Tuang ke dalam loyang perlahan-lahan dan kukus lagi selama 45 minit.



p/s:  Tengok macam susah ja nak buat... huhuhu... rupanya senang ja... Ishhhh nape la xpikior sebelum ni.. Mak cakap dah lulus la ni, cuma buat lebih pasni... utk testing ni, dapatla jiran2 pun rasa sepotong dua...

Cucur Badak ker? Tak nampak badak pun... Hadoiii Aqil....


Assalamualaikum....

Arini memang sangat-sangat tak sihat... Bukan sekadar tak sihat jasmani bahkan rohani juga...  Entahlah mungkin ada yang hairan kenapa selalu sangat sakit cikgu Ita ni...  

Itulah hakikatnya... mungkin sebab dah memang ditakdirkan Ita selalu sakit sekarang... Tapi Ita redha.. Ini ujian untuk Ita sekarang... Ita tak merayu mana-mana simpati... 



Berbalik pada menu petang ni... Sememangnya, dah memang menjadi kegemaran Ita dan anak-anak dengan cucur badak... Jadi petang ni, digagahkan juga Ita memasaknya... Sebab kadang-kadang beli tak sesedap mana.. Hehehe... Macam la pandai masak sangat...

Bahan-bahan:-  
500g ubi keledek merah
3/4 cawan tepung gandum

Bahan-bahan untuk inti:-
1/3 biji kelapa parut
1 btg serai
2 camb udang kering
2 camb udang basah
3 tangkai cili kering
1 camb gula
garam

Cara-cara:-
Rebus ubi sampai empuk, angkat dan toskan, terus lecek2.  Masukkan tepung dan gaul rata.

Bulatkan doh,kemudian leper dan masukkan inti.

Setelah siap, goreng dengan api sederhana.  Selalu balik-balikkan kuih supaya masak sekata.


Cara membuat inti:-
Kisar cili kering, serai, udang kering dan udang basah.

campurkan kelapa dengan bahan kisar. Masukkan gula dan garam.  Kacau dalam kuali hingga kering.

P/s:  Kalau doh melekat, takyah tambah tepung.  Gunakan minyak untuk membulatkan kuih.




Monday, September 3, 2012

Sosej Roll ~Fresh from oven~



Assalamualaikum..

Harapan semuanya dalam keadaan sihat hendaknya. Rasa macam malas nak masukkan N3 tapi rasa sayang juga kalau resepi ni tak dikongsi dengan kawan-kawan.  Bagi yang suka terima kasih, dan pada yang tak suka Ita minta maaf... Bukan tujuan mahu mempamerkan kelebihan diri tetapi sekadar berkongsi semoga dapat membantu ibu-ibu di luar sana...






Walaupun semalam badan tak sihat, keletihan dan selesema... Namun digagahkan juga menyediakan roti ni atas permintaan anak2... Almaklumla... anak2 Ita semuanya lelaki... Makan mmg jadi rutin mereka la...  Malas mmg malas, tapi... huhuhu... dalam keterpaksaan.... hahaha...





Kadang-kadang memang nampak macam mudah... tapi masa tak cukup... hahaha nak bagi alasan jugak tu... Bahan-bahan untuk kek dan roti ni memang insyaallah sedia ada kat umah Ita... Bukan apa, takut kadang-kadang tetamu datang mengejut ada la bahan nak buat kan....




Roti sosej roll ni memang jadi kegemaran anak-anak Ita.  Yang sulung suka sangat sosej blossom... Tapi  almaklumla... mama malas la Along... jadi, makan jer yang ini kan... Angah memang tersengih la... menang juga dia arini... roti dia saja yang tersedia....



Resepi ni, ita selongkar dari dapur Che Mat Gebu... Mmg rotinya segebu nama tuannya... Trima kasih daun keladi Mat Gebu, sebab berkongsi resepi yang sangat sedap....


Ita minta izin copy resepi disini yer...

Sosej Roll

Bahan-bahan:
250 g tepung roti
50 g gula halus
1/2 camt garam
a camb susu tepung
1/4 camt bread improver
1/4 camt bread softener
30 g telur (pukul dan timbang)
6 g instant yeast
30 g mentega
125 ml air suam

14 batang sosej (direndam di dalam air panas dan dilap)


Untuk Doh:

Dalam air suam, masukkan instant yeast dan 1 camt gula.  kacau rata dan biarkan berbuih.

Satukan bahan-bahan lain... kecuali mentega..  Gaul rata dengan bancuhan yeast tadi... Uli hingga menjadi doh elastik.

Tambahkan mentega dan uli lagi sehingga kenyal dan tidak melekat.

Perap doh selama 50 minit.



Cara membuatnya:

Canai doh roti tadi dalam bentuk segiempat.  Potong kepada 14 bahagian.  Ambik satu bahagian dan lilitkan pada sosej.

Biarkan selama 45minit.Panaskan oven pada suhu 190 C sekurang-kurangnya 10 minit.  Sapu roti tadi dengan air dan tabur bijan.

Bakar hingga perang keemasan.

Setelah masak, gliskan dengan marjerin supaya berkilat. Sejukkan atas redai..


Untuk mendapatkan roti yang gebu dan lembut, doh perlu diuli sehingga elastik dan anjal... kalau tidak roti tidak akan jadi gebu gebas yer....




Ita suka kalau roti tidak berapa garing keperangan tu... hehehe... sebab tu warnanya agak pudar....


Memang sesuai untuk anak2... sebab sosej adalah feberet anak2 kecil... selamat mencuba....

Saturday, September 1, 2012

Apam Polkadot Vs Ladybird



Assalamualaikum...

Dah beberapa hari nak masukkan resepi ni di dalam blog.  Tapi disebabkan ada beberapa hal yang perlu diselesaikan, terpaksalah Ita masukkannya arini.

Hari Khamis, busy dengan jamuan hari raya di sekolah.. Lepas tu Ita ke rumah bapak saudara Ita di Kuala Ketil kerana ada kenduri sempena kenduri kesyukuran anak sulungnya yang akan ke Jordon 9 september ni.




Kuih apam polkadot ni Ita buat untuk anak Ita yang kecik.  Juadah ni, Ita buat sempena majlis hari raya tadika cilik.  Hehehe... walaupun busy, digagahkan jua la buat...






Inilah rupa apam polkadot vs ladybird... ada juga angry bird yang xbrapa angry.. Huhuhu... Bukan pa, sebab dah penat dan tak berdaya tu yang jadi la angry bird macam ni.



Apam Polkadot
Resepi:  Nely's Kitchen

Bahan-bahan:
3 biji telur Gred B - guna telur sejuk
220 gm  gula (Ita guna 150 g)
1tsp ovalette
150 g susu segar (Ita guna susu strawberi)
275 g tepung gandum* - diayak
3 tsp baking powder* - diayak
1 tsp Esen Vanilla

Bahan-bahan lain;
Filling - blueberry/coklat
pewarna - coklat , merah




Cara membuatnya:

Pukul semua bahan-bahan hingga putih dan pekat.

Bahagikan dan masukkan pewarna.

Masukkan dalam piping bag.

Lukis ikut citarasa sendiri yer..

Panaskan kukusan... Kukus selama 15 minit.





Puas hati bila dapat buat ladybird ni walaupun tak secantik mana.  Insyaallah akan datang Ita akan buat versi angrybird yang lebih cantik..Huhuhu... Kalau rajin yer...




Rupa ladybird sebelum dikukus.





Sebab warna hitam tak ada, so Ita guna warna coklat ja... Hehehe... 


Wednesday, August 29, 2012

Pau Gebusss




Assalamualaikum...

Tetiba malam ni, semangat betul nak mengedit picture dan upload kan dalam blog kesayangan hamba.  N3 yang bakal dipaparkan bukan untuk bermegah tentang kelebihan yang ada, namun berkongsi seikhlas hati.. Setiap resepi yang dicuba dan berjaya, insyaallah Ita akan kongsikan dengan semua pengunjung blog ni.







Ramadhan yang berlalu, memberikan seribu makna.. Pengalaman dan pengajaran untuk Ita menginsafi diri.  Belajar mengenali sekeliling... Bermunajat pada Allah agar ditunjukkan jalan bagi kesukaran.  Alhamdulillah dipermudahkan.  




Pejam celik, dah hampir 6 tahun berada di sekolah sekarang.  Banyak pahit manis yang dilalui.  Sabar, tabah, mengalah, menangis, tertipu, dikhianati dan sebagainya.  Alhamdulillah semua tu, tak mengurangkan sedikit pun senyuman di bibir.  Semua tu, Ita anggap pelengkap kehidupan.




Terlalu mempercayai walaupun dikhianati berkali-kali, kadang-kadang buat kita sedar.  Tak guna memberi peluang lagi.  Cukuplah, letakkan noktah disini.  Dia tidak akan berubah.  





Berbalik kepada resepi untuk hari ni, hujan yang menyapa dari pagi hingga petang... Membuatkan perut senantiasa membuat permintaan untuk dipenuhi.  Ah, malasnyer.... Tapi memandang wajah anak-anak yang penuh harapan... Mama mengalah... 
Angah hepi sangat, akhirnya mama rajin.... Tapi permintaan pulak mengada-ngada... Pau mesti ada macam-macam inti yer... 

Huk huk... Ikut jer la... Kebetulan inti yg dah siap tu ada... Hehehe... Ingat mama malas ker.... Walaupun hakikatnya malas bebenor...






Ita buat pau kali ni, dengan mencuba resepi dari blog Mat Gebu.

Bahan-bahan:

240 g tepung pau
1 camca teh "Double Acting Baking Powder"
25 g lemak sayuran (shortening)
1 camt yis
1/2 camt garam halus
100 ml air suam*
30 g gula halus*
1/2 camt cuka makan* (* disatukan dan kacau rata)








Cara Membuatnya:

Ayak tepung bersama DA Baking powder.  Masukkan garam dan yis.  Putar hingga rata.

Tambah shortening dan putar hingga menjadi serbuk roti.

Pada kelajuan perlahan, masukkan bancuhan air + cuka + gula sedikit demi sedikit.

Putar 1-2 minit.

Perap 45 minit - 1 jam.

Keluarkan doh, tumbuk untuk buang udara.  Bahagikan doh kepada 10 bahagian.

Isikan inti dan tutup kemas dengan doh.  Perap 15 - 20 minit.

Kukus 12 minit dalam kukusan yang dipanaskan.  Guna api besar.







Bila dah siap tu... Tadaaaaa dah boleh makan.... kejap je licin.... Anak-anak memang suka sangat....









Saturday, August 25, 2012

Kek Gula Hangus



Ini adalah kek kegemaran family.  Dah lama tak buat.  Masa buat ni, lupa la pulak nak kurangkan gulanya..  Huhuhu manis la sayang...




Kek Gula Hangus
Resepi: Family sendiri punyer la

Bahan-Bahan

Gula hangus
1/2 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega

4 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 sudu teh soda bikarbonat



Cara menyediakannya:

1.  Kacau gula hingga hangus.

2.  Masukkan air panas.  Masukkan marjerin.

3.  Sejukkan.




Putar telur hingga kembang.

Masukkan susu dan kacau perlahan.

Masukkan tepung yang diayak bersama dengan soda bikarbonat.

Masukkan gula hangus yang telah disejukkan.

Bakar selama 1 jam suhu 170 C.



Selamat mencuba.

Almond London


Assalamualaikum.

Nape la Cikgu Ita ni, dah lepas raya baru nak post N3 almond london ni.  Sebenarnya tujuan untuk rujukan sendiri pada masa akan datang.  So, bukan saja-saja nak post yer.  Hehe... 

Masih dalam mood raya, agak meriah tahun ni, sebab rezeki dari Allah yang datang setelah melalui pelbagai dugaan dan cabaran, namun di sebalik semua tu ternyata Allah mengurniakan sesuatu yang buat Ita rasa bersyukur.





Resepi ni, Ita dapat dari blog Kak Ita Masam Manis.  Kakak ni sememangnya kreatif dalam menghias kuih muih dan kek.  Ita cuba jugak cuma tak secantik kak Ita Masam Manis.






Biskut Almond London
Resepi:  Azlita Masam Manis

250 gm butter
450 gm tepung gandum
2 sudu kecil emplex
140 gm gula icing
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
150 biji badam - dpanggang

Untuk Menyalut Biskut:
Paper cup
Coklat masakan

Panaskan oven dan bakar badam dengan suhu 170 C selama 15 - 20 minit atau sehingga badam masak sempurna.
Ayak tepung dan emplex.  Ketepikan.
Pukul Butter, gula icing dan esen vanilla hingga lembut.
Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul lagi hingga adunan bergaul sempurna.
Masukkan tepung dan uli doh hingga menjadi doh yang lembut.
Bulatkan doh seberat 6 gm.  Letakkan sebiji badam di dalamnya dan bulatkan membujur.
Buat hingga habis dan susun dalam loyang.
Panaskan oven 150 C dan bakar biskut selama 25 - 30 minit atau hingga biskut masak sempurna.
Keluarkan biskut dan sejukkan atas redai.

Cairkan coklat secara double boiler.  Celupkan biskut dan letakkan dalam paper cup.
Hiaskan dan biarkan coklat mengeras.
Simpan dalam bekas kedap udara.