Saturday, January 26, 2013

Sizzling Mee


Assalamualaikum...

Amboi2 Che Ta arini... dua kali update blog dia...  Alhamdulillah, blog Ita dah tak merajuk lagi dah... Tengah hari ini Ita buat yee mee sizzling untuk anakanda yang memang suka sangat makan.  Jadi nak mengomel panjang dalam blog tak sempat la pulak...  Nanti bila ada free2 time Ita update lagi... Banyak sangat entry tertunggak... hikhik


Resepi ni Ita skodeng daripada kawan fb Ita... Nampak sangat menarik tertarik... Jadi jom rajin2 kan diri cuba memasak yer... 


Bahan-bahannya

5 keping yee mee (rendam sekejap dan toskan)
4 ulas bawang putih (ketuk dan cincang halus)
4 camb sos tiram
3 camb sos manis
3 biji cili kering (potong)
isi ayam
cendawan hitam
Telur
serbuk lada hitam
gula dan garam
1 camb tepung jagung (bancuh dengan air)
air secukupnya untuk kuah
Minyak untuk menumis

Bahan Penting
HOT PLATE

Cara-caranya
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang sehingga kekuningan.  Masukkan cili kering.  Masukkan ayam.  Kacau seketika.

Masukkan sos tiram dan kicap.  Masukkan air dan cendawan.  Masukkan gula dan sedikit garam.  Masukkan bancuhan tepung.  kacau sehingga sedikit pekat.  ketepikan.

Panaskan hot plate.  masukkan yee mee.  masukkan kuah.  Pecahkan sebiji telur ke atasnya.  Boleh dihidangkan.


Tadaaaa dah siap pun... Jom2 makan... Untuk yang guna hot plate sekali nak makan baru letak yer.. panas2 baru sedap... Kalau yg takda hot plate, guna ja kuali biasa... sedap jugak lah... Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment