Sunday, September 23, 2012

Donut Inti Coklat




Assalamualaikum...

Seperti biasa, apa khabar semua... Ita harap semuanya sihat sejahtera hendaknya.. Da banyak hari tak sempat nak update blog ni... Terasa rindu pulak...  Jap yer nak lapkan debu-debu yang hinggap...

Hehehe... Apa kena cikgu sorang ni... Mamai kot... Nak bergumbira sekali sekala apa salahnya kan... Minggu lepas adalah minggu yang sangat sibuk bagi Ita... Macamlah kita ni wakil untuk pilihanraya kan... Hik hik... Bukan pa... Last week ita kena hadiri Kursus Pembangunan Profesionalisme Guru bersama-sama Petrosains..  





FYI, kursus yang Ita attend ni memang best... Sebab dapat berkongsi idea2 yang hebat dengan orang2 yang banyak pengalaman... 



Donut Mayo Gebus

Resepi : rosmarina@jintanmanis.com

Bahan-bahan
330 g tepung gandum (Ita guna 150 g tepung gandum + 180 g tepung superfine)
1 1/2 tbs mayonis
1 tbs susu tepung
1biji telur (dipukul sedikit menggunakan garpu)
140 ml air suam
1 1/2 tbs marjerin
3 tbs gula
4 g yis (1 1/2 tsp)

gula icing (salutan donut)

Cara-caranya:

1.  Buat Doh: Kaedah 1, Penggunaan BM.  Masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan start.  tunggu sampai siap diuli dan terus ke langkah 4 dibawah.

2.  Kaedah 2, jika uli guna tangan,masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan.  Tips untuk dapatkan doh yang lembut, ambil plastik bersih dan letakkan doh di dalam plastik itu.. Ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3.  Perap dan tutup bekas dengan plastik dan biar doh naik dua kali ganda.  Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin..

4.  Canaikan doh dan terapkan bentuk bulat dan rehatkan hingga naik dua kali ganda..

5.  Goreng dengan api perlahan.  Setelah kekuningan, angkat dan toskan...

6.  Gunakan chopstick untuk membuat lubang.  Jangan sampai tembus yer...

7.  Piping kan inti coklat atau apa2 filling yang anda suka yer.... Salut dengan gula icing...





Apapun, memang senang dan mudah donut ni... Kalau lagi rajin, boleh la celup dengan coklat ataupun tabur choc rice... hehehe... 


Abah Ita suka makan donut ni cicah kuah kari... hehehe... tu la feberet dia... 


No comments:

Post a Comment