Thursday, July 26, 2012

Bicara Hati ~Deritanya Mereka di Rohingya~


Assalamualaikum...

Selamat pagi buat semua umat Islam yang membaca hasil nukilan Ita ini... Moga kita semua berada di bawah hidayah Allah.  Ita pun tak tahu, kenapa semenjak dua menjak ni Ita mudah mengalirkan air mata.

Hati cepat jadi sebak dan sayu.  Kadang-kadang perasaan tu datang tanpa sedar.  Mana Ita yang tabah dan kuat,...  Insyaallah, mengalirlah airmata untuk kebaikan seorang hamba kepada penciptanya, menangis kerna rindu seorang hamba kepada Rasulallah s.a.w

Pagi ni, Ita tengok fb kawan Ita, Mimie... penderitaan rakyat Rohingya.  Masyaallah, deritanya mereka.  Sedangkan Ita kadang-kadang baru ditimpa sedikit masalah pun sudah tidak dapat bersabar.

Ya Allah, sabarnya mereka ini.  Tempatkanlah mereka di kalangan orang-orang yang beriman ya Allah.


Hati Ita jadi marah dan geram tengok gambar ni.  Ita tengok di fb kawan Ita (kak Mariyam Thaniah).  Anak-anak kecil tak berdosa di layan sebegini rupa.  Mereka diikat dan dibunuh dengan kejam.  Mayat mereka masih terikat dengan tali.  Ya Allah apalah dosa mereka ini.  Sampai hati, ternyata pelakunya persis hati batu.

Ini antara bait2 rayuan yang ada di fb...

RAYUAN: Di bulan puasa Ramadan ini banyak tempat makbulnya doa. Malah, janji Allah doa orang yang berpuasa itu sendiri makbul. Bayangkan kalau mesej ini tersebar dan di SHARE kepada berjuta umat Islam dan semuanya berdoa. Insya Allah kita dapat bantu saudara se Islam kita di Rohingya, Myammar yang sedang ditindas dan dibunuh itu dengan doa kita semua. Doakan umat Islam di sana diberikan kekuatan dan kemenangan serta sedekahkan bacaan Al-Fatihah buat mereka semua, baik yang hidup atau mati.

Dalam gambar di atas, anak-anak kecil yang tidak berdosa mati dengan tangannya masih terikat rapi. Saya sedih.. pilu.. marah... anda bagaimana?


Ita juga sedih... pilu... marah...  Marilah sama-sama kita sedekahkan al-fatihah kepada semua mangsa di sana.

Ini pulak petikan ayat daripada fb....


Apakah nasib mereka?

Umat Islam Rohingya telah dinafikan daripada hak-hak asasi kemanusiaan dan sentiasa terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia secara konsisten oleh pihak juta tentera Myanmar.

Di antara kekejaman yang dilakukan ke atas mereka :

a) Tidak mengiktiraf kerakyatan mereka, dinafikan sijil kelahiran mahupun sijil perkahwinan mereka.

b) Perampasan tanah-tanah milik mereka bagi meneruskan projek pembinaan saluran paip gas dan minyak yang merentasi wilayan Arakan

c) Menjadi mangsa perhambaan moden sebagai buruh paksa seperti bekerja tanpa gaji di tapak pembinaan jalan raya, kereta api, dan bangunan berek tentera.

d) Sekatan makanan sehingga mereka hidup di dalam keadaan kebuluran

e) Sekatan ekonomi, kemudahan kesihatan dan kemudahan asas pendidikan

f) Wanita-wanita dan remaja perempuan mereka dirogol secara beramai-ramai oleh tentera Myanmar

g) Penyembelihan secara beramai-ramai seumpama tragedi 1942 apabila lebih 100,000 orang di kalangan mereka yang telah dibunuh
 — with Dato' Seri Jamil Khir.

Catatan:  Nyata ujian mereka lebih hebat dari ujian yang Ita lalui selama ini.  Kerdilnya Ita disisiMu ya Allah. Dugaan kecil pun dah tertanggung bebannya.  Sama-samalah kita panjatkan doa, moga nasib mereka akan  berubah.




Ita suka dengar nasyid ni, memang meruntun hati.  Sekiranya Rasulallah masih ada, dah tentu dunia tidak akan jadi begini.

Tepuk dada tanya hati, dimanakah letaknya kita disisi Allah sekarang.  Huhuhu, Ita masih jauh, bila mengingati mati membuatkan Ita terpikir.  Cukupkah bekalan... Layakkah kita mencium syurga nanti.. Namun, kita tentu tak sanggup dengan siksa nerakaMu ya Allah... Berikan petunjuk dan hidayah pada Ita..


Bicara Hati ~Tips Lulus Matematik~

Assalamualaikum.

Selamat pagi semua, nyatanya di subuh yang hening ni dengan rasa tidak berapa sihat dengan demam yang berpanjangan hati yang tidak tenang dan serabut dengan pelbagai masalah.  Ingatan Ita terbang melayang pada seorang murid di kelas Ita.  

Ita belum pernah mengajar anak murid ini, dia hanya masuk ke kelas Ita tahun ini.  Pada mulanya, Ita memang rasa tidak dapat untuk meng'handle' anak murid ini.  Kerana basicnya yang amat lemah dalam Matematik.  Pelbagai sindiran pernah Ita dengar, "alaa guru cemerlang kan, takkan tak boleh bantu?".

Namun, Ita terfikir siapa aku untuk menilainya tanpa membantu dan membimbingnya.  Kenapa perlu Ita ikut akan desis-desis berita yang disampaikan.  Awatif begini, dia begitu.  Dengan sikapnya yang memang langsung tidak mahu berkomunikasi dengan sesiapapun.

Ah, Tecer Ita pernah putus asa.  Putus asa membantu.  Buntu idea. Pecah kepala.  Macam2 yang telah dicuba pada permulaanNya. Namun semua usaha tidak membuahkan hasil. Lantas Ita panjatkan doa, mohon Allah bantu Ita, untuk terus setia membantu anak ini.  


Hari-hari berbagai idea yang Ita perah dan cuba, dari selembut-lembut cikgu kepada segarang-garangnya.  Dan selalu saya tegaskan, "Tecer marah Awatif bukan sebab benci, tapi tecer sayang Awatif.  Tecer nak Awatif berjaya seperti kawan-kawan yang lain.... Tolong la tecer,tecer rayu Awatif".... 

Kadang-kadang tanpa sedar, memang mengalir air mata.  Kenapa aku tidak adil kepada dia, murid-murid lain semuanya semakin baik.  Tapi tidak dia.  Aduh, beratnya dugaan.  Bagaimana la beratnya dugaan Ustaz dan Uztazah yer, dalam mengajar ilmu agama.  Ita hanya seorang guru biasa pun rasa kadang-kadang tak tertanggung dugaan ini.

Mungkin Awatif sedar, tecer Ita tak pernah putus asa membantu.  Dia semakin meminati subjek Matematik. Alhamdulillah, syukur Ya Allah.  Dari minat mudah untuk Ita bimbing dia.

Kadang-kadang saya suka mengusik dia, "saya nak semua jadi macam Awatif. Tak pernah benci saya sebab selalu dimarah"... Tersenyum dia... Ya Allah, manisnya senyuman.... Akhirnya kau tersenyum anakku...

Apa yang Ita buat hanyalah memberinya banyak latihan kertas 2.Ita print sendiri, biarpun habis ink printer Ita beli semula.  Apalah sangat ink tu, berbanding kejayaan anak ini.

Hati sangat berdebar tatkala Ujian percubaan UPSR dijalankan.. Ya Allah, hanya Dia yang maha mengetahui.  Usai exam, saya lihat Awatif tersenyum.,.. Alhamdulillah,syukur Ita pada Allah.  Senyum tu membawa seribu makna.  Maksudnya dia dapat menjawab soalan itu... Amin...

Selesai menanda, gugur airmata. Terharu, terkilan... kenapa tidak dari dulu... kenapa baru sekarang... Sebenarnya kita tak layak menghukum... Biar siapapun dia, dia tetap layak untuk berjaya.

Daripada murid yang mendapat E dalam Matematik, akhirnya dia berjaya mendapat B. Subhanallah, perasaan yang tak dapat digambarkan.  Hati rasa tenang.  "Awatif, tahniah, saya minta maaf selama ni saya selalu marah kamu.. Tapi sebabnya, saya nak awak berjaya.  Masih ada masa sayang, usaha untuk dapatkan A, insyaallah tecer akan bantu selagi terdaya"

Tersenyum gembira dia... Selama ini, tidak pernah dia mendapat B dalam Matematik, bahkan lulus pun tidak.  Ita akan cuba membantunya, insyaallah dia akan tergolong di dalam kumpulan A Matematik.

Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk membantu anak ini.  Terima kasih Awatif, kerna memberikan tecer nikmat ini.. Tecer selalu doakan kejayaan kamu... Insyaallah..

Catatan:  Perkongsian ini bukan untuk membangga diri, hanya perkongsian ilmu sebagai panduan kita dalam mendidik anak-anak murid. 


Tuesday, July 24, 2012

Iftar Hari ke-4 ~Siakap Sweet & Sour~


Menu lauk untuk hari ini ialah, Siakap Sweet and Sour.  Lauk ini kegemaran Angah ngan Adik la.  Along makan daun salad ja.  Inilah lauk yang paling Ita suka wat untuk anak-anak.



Resepi sweet n sour ikan siakap...........

Bahan2....

1 ekor ikan siakap
2 camb tepung jagung

2 ulas bawang besar*
4 ulas bawang putih*
* dikisar halus

8 camb sos cili
2 camb sos tomato

mix vege
nanas
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Air


Cara-cara:
1. Lumurkan ikan dengan garam dan tepung jagung.
2. Goreng hingga kekuningan.  Angkat dan toskan.
3. Tumiskan bahan kisar hingga garing
4. Masukkan air, sos, garam dan gula
5. Kacau hingga pekat dan masukkan mix vege dan nanas.
6. Apabila siap, tuangkan atas ikan tadi...


Mudah jer kan.......... Selamat mencuba.....


Iftar Hari ke-4 ~Puding Roti Karamel~


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, sedar tak sedar dah 4 hari kita menunaikan ibadah puasa hari ini.  Seperti biasa, kita ibu yang sibuk di dapur memasak, memerah otak mencari idea apa la nak dijadikan hidangan hari ini.  Fokusnya pasti pada anak-anak kerana mereka yang perlu menghayati waktu berbuka.

Kadang-kadang timbul perasaan terharu, walau penat dan letih bersekolah seawal 7.30 pagi hingga 5.30 Angah tetap xberputus asa nak meneruskan puasa.  Tahniah anak mama.  Insyaallah, ganjaran pahala akan dikurniakan Allah kepada Angah.

Arini rasa nak makan puding.  Bahan-bahan dah memang ada dalam almari.  Tetiba teringat la, Ita pernah makan puding roti karamel sewaktu jamuan Hari Guru di sekolah Ita.  Adus, apa lagi...

Pak Cik Google help me!!!! Ita pun tengok banyak blog yang buat.  Ita campur dan gabung, tambah itu buang ini... Kira sesi menderhaka kepada resepi la.  Pastu sepatutnya bakar, tapi Ita kukus ja.  Malas nak panaskan oven.


BAHAN-BAHAN:


Karamel
-  1/4 cawan gula
-  1/4 cawan air suam

Hanguskan gula sehingga perang dan masukkan air panas.  Kacau segera supaya gula tidak berketul.  Kemudian ratakan pada loyang pilihan hati.  Sejukkan seketika.

Puding
3 keping roti sandwich (disiat-siat)
1 tin susu cair
1/2 cawan air suam
1/4 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla

3 biji telur (dikacau perlahan)

1.  Blend semua bahan kecuali telur

2.  Kemudian satukan dengan telur yang telah dipukul.

3.  Kacau perlahan-lahan. Kemudian tapis.

4.  Masukkan dalam loyang karamel tadi.

5.  Kukus selama 40-50 minit.

6.  Setelah masak sejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan.


p/s:  Selamat mencuba ye kengkawan.  resepi simple dan senang nak buat.  

Jalan-jalan dan perasan!!!!!

Assalamualaikum..


Erm.. pulau pandan jauh ketengah, gunung daik bercabang tiga, hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga.... Alaaaa salah pantun la... tapi dah taip kan terpaksa teruskan.... alasan la kan,sebab da nama pun cikgu matematik memang tak pandai pantun2 ni.  Nak cerita la, minggu lepas adalah minggu bersuka ria.. hepi menanti hadirnya Ramadhan yang mulia dan juga kehadiran adik Ita yang baru... Mak lain2  dan bapak asing2... diva comei tak datang, so kami ni bergaya sakan la amik gambaq sebab org yang ajaq xdak.  


Si kebaya merah...Manis betul adik emah ni bila berbaju kebaya... tampak sopan dan ayu...


Ni pulak picture ketika pergin bowling. Spent time kejap je la... Sebab adik emah ni pun balik kejap.  Sebenarnya tak puas la, sebab xdapat nak masak bagi adik makan.  Lain kali kita atur semula pertemuan.  Biar jauh di mata, tapi dekat di hati. Biar di mana pun kita, adab dijaga supaya disegani.


Khusyuk bebenor dua orang ney.... Sibuk dok tengok orang yang da pandai guna DSLR tu. Al maklumla kita ni mana la reti benda ni semua.. Orang kampung la katakan. sebenarnya orang bandar tau. Bandar Bukit Kayu Hitam.  Apapun, adik emah memang budak baik la, nak buat menantu, lambat lagi la... Tapi adik... Lain kali kita bawak la, kakak vogue kita tu... Sian dia dok teqeyak bawah meja tu... huk huk huk

p/s:  jangan amik ati yer, nanti takdak ati susah tau. 

Monday, July 23, 2012

Iftar 2012 ~ Hari ke-3~

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Tiga hari Ramadhan telah berlalu.  Hari ni memang hari yang sibuk dan meletihkan.  Tapi Alhamdulillah sebab sempat jugak untuk masak.  Masakan pun, hanya yang biasa-biasa sahaja.  Arini masak maggi goreng. dah lama Along Irfan request. Mama xsempat nak buat. So arini tunaikanlah.  Senyum la dia.


Daging goreng bersos tiram.  Mudah je resepi ni. Simple tetapi sedap dimakan.


Inilah juadah berbuka untuk Ita sekeluarga.  Arini Ita tak sempat masak kuih sebab kesibukkan.  Hehehe... Alhamdulillah ada rezeki yang dikirim oleh Mak... Terima kasih mak... Sayangggg makkkk....


Ini pulak terubuk masin sarawak.  Dikirim oleh adik Emah Razak dan Fazley Abdul.  Terima kasih yer.  Tapi kesian la kan... xdapat la akak nak ase kek lapis ngan kopi alaaaa Mimie t'Jamilah. Ceq xminum kopi sebab takut hitam.

P/s:  Adik Emah n Adik Fazley. Terima kasih la sebab ada jugak buah tangan.  Akak lawak ja, tapi sebab orang dah bagi. Rezeki jangan ditolak.  Hehehe... Mimie, ceq pun dapat jugak walaupun xdapat kek. huhuhu

Iftar 2012

Assalamualaikum.

Baru ada kesempatan nak meng'update' blog.  Kasihan blog ni dah berhabuk. Huhuhu. Entah kenapa malas ya amat ni.  Tetiba pulak rasa rajin nak update.  Kita bercerita la tentang Ramadhan 2012.  Alhamdulillah dipanjangkan umur untuk menghadapinya lagi.  Marilah kita sama-sama merebut pahala di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Hari pertama berbuka, Ita tak masak yang special pun.  Sebab nak anak2 ingat tentang kesusahan orang lain.  Menu simple saja seperti kampung.  Hehehe... Bukannye malas tau.  Padahal memang malas pun.


Inilah dia, sawi goreng campur fish ball dan fish cake.  Kegemaran anakanda Ita, Irfan.  Masakannya simple ja.  


Ikan goreng ni pulak kegemaran Danish dan Aqil. Ketiga-tiganya punya citarasa yang berbeza. Untuk Along Irfan, sudah disediakan sup tulang.  Tapi lupa nak snap picture.  


Dan yang last ni, telur masin.  Mak Ita wat sendiri.  Yang ni memang favorite Ita la time sahur atau berbuka.  Memang simple ja kan. Sebenarnya, memang nak masak macam2 tapi yang ni ja permintaan anak2. Jadi penuhi la dulu.  Anak2 request wat cucur udang.  Gambar xsnap sebab wat dah dekat nak berbuka.  

Alhamdulillah syukur dengan rezeki dari Allah.  


Saturday, June 16, 2012

Kepercayaan...

Assalamualaikum...
Dah lama tak update blog ni... Malas sangat... Tapi tiba2 arini terasa nak berbicara tentang kepercayaan...  Kepercayaan adalah satu perkara yang sangat2 sukar kita dapat... Kadang2 kita terlalu mempercayai namun kita akan dikhianati... Susah mencari insan yang boleh dipercayai dan jujur dengan kita... Terutama sekali setelah beberapa kali kita dikhianati... Mulut mengaku jujur namun sikap di belakang sebaliknya... Kita terlalu bodoh kerana terlalu mempercayai...  Belajar menilai dari hati... Susah mencari insan yang akan berubah sepenuhnya menjadi orang yang boleh kita percayai dengan kejujurannya...

Wednesday, May 2, 2012

Time to gain weight....

As salam...

Adus lama benar tak update blog ni... Nape la malas sesungguhnya... Xtaw la nak kata pa kat cikgu sorang nih... Hehehe... Erm... Lepas ni masa untuk menambahkan berat badan la pulak... Petang asyik ngantuk nak tido jer... Yang susahnya, malam pulak asyik berjaga pulak, xdapat nak lelap mata... Abis tu, kalau dah tak bole tido alamatnya keje nak ngadap tv jer la...

Apapun, arini happy la... sebab yang merajuk dah tak merajuk lagi... sbb tu la bertambah-tambah sayang... merajuk pun sayang pujuk jugak... :)
Dan yang bestnya, budak2 tahun 6 ni dah makin bagus result exam matematik... Alhamdulillah... yang dapat A pun dah bertambah... Got to go...

Sunday, February 19, 2012

Welcome back....


Assalamualaikum....

Lamanye xselongkar kat blog nih... tak tahu la nape kan... Big 'M' da berjaya menguasai diri.... Arini jalan2 g Jitra... Konon nak g selesaikan untuk tukar kad pengenalan baru la kan... Aduss ramainya manusia... Berpeluh juga la menunggu....

Tetiba lak, si kecik cakap... Ala mama jom la tangkap gambar... xyah amik gambar along sebab along hitam... hehehe... Nak tergelak pun ada... Perasan sangat la konon2 dia la yang paling putih kan... Ikut je la cakap dia kan... Hehehe....


Mama ngan aqil bab posing tetap juara bertahan.....

On the way balik, dia sibuk pulak tanya, eh mama mana kek besday aqil nih... Aik... ingat la pulak besday dia nih, ok2 nanti malam kita potong kek yer.... Hehehe....
Hepi besday yang keempat yer sayang.... n hepi belated besday untuk angah juga, dah celebrate tapi lupa snap gambo... muah muah... Sayang anak2 mama.......

Macam biasa la kan.... kat sekolah keje tetap banyak... Malas sangat2 tp proses p n p tetap berjalan dengan jayanya... Anak2 murid tetap diutamakan... Sbb tu la, ada orang cakap keje satu2 tempat tu xbole lama2 nanti macam2 masalah timbul kan... Kalau masalah tak timbul alamatnya kita la yang tenggelam.... Hehehe....

Whatever it is... Life must go on... Kat mana pun kita, yang penting kita buat hal sendiri jangan sibukkan hal orang lain... Kekadang kalau terlalu menyibukkan hal orang pun susah, bak kata pepatah jaga periuk nasi sendiri yer.... Eh betul ke pepatah ni... Hahaha... Cikgu Matematik kalau berbahasa hancuss la jawabnya....

Anyway minggu ni amatla menggembirakan hati.... Walaupun kt tempat keje ase mcm xde semangat... sebabnya.... Khamis 16hb sekolah cuti... ehem ehem... Seronok sgt yer cuti kali ni... Time to cheer up.... hihihi... Mesti yang baca tak paham kan, ala buat2 la paham... Sbb susah nk explain... hehehe... Merah itu tetap menawan.... Laa tetiba pulak masuk cita pasal warna nih... ok la, nanti sy bagi satu teka-teki ttg gajah masuk peti sejuk yer... hehehe... Tunggu......