Tuesday, September 11, 2012

Roti Sosej Ayam...


Assalamualaikum...

Hari yang sangat mendebarkan sebab harini UPSR. Tekanan amat terasa harini kerana anak sendiri dan anak didik ita akan menduduki peperiksaan sebenar..  Ya Allah... Sesungguhnya, inilah yang dirasakan oleh waris-waris selama ini.

Hehehe... Haaa baru la rasa kan.. Bila dah kena batang hidung sendiri, baru tau... hahaha...




Pagi ni, anak teruna Ita memang dah pesan suruh mama kejutkan dia lebih awal.. Jadi seawal 5.30 pagi Ita dah kejutkan dia... Hari ni dia sempat lah baca yasin bersama-sama abahnya..  Alhamdulillah... Harap-harap semuanya dipermudahkan.


Pada pagi ni, Ita sediakan sarapan roti sosej sebagai sarapan anak-anak.. Anak-anak memang suka sangat roti sosej..  Angah hari-hari request, mama bila nak masak donut ball.. Haritu angah sempat makan dua ja... Huhuhu... 

Kesiannya, malam tu anak-anak murid mama kan ramai... Jadi share lah sorang sikit kan...  Nantilah yer, bila mama sempat mama buatlah untuk angah...




Roti Sosej

Bahan-bahannya:

4 batang sosej (dicelur)

4 keping roti Gardenia

2 biji telur

garam

minyak untuk menggoreng


Cara Membuatnya:

1.  Canaikan roti.  Gulungkan sosej dalam roti yang dicanaikan tadi.

2.  Ulang hingga selesai 4keping roti tersebut.

3. Celupkan roti yang telah digulung ke dalam telur. 

4.  Masukkan ke dalam kuali yang telah dipanaskan minyak.  Goreng menggunakan api sederhana.  

5.  Angkat, toskan  dan hidang..




Sangat sedap kalau dimakan dengan cheddar cheese... hehehe.,... Nak tambah berat la nih......


Anak-anak murid yang sedia dan mengaminkan doa sebelum menjawab UPSR.  Hadoiiii mama yang sakit perut....huhuhu


Pagi ni, ada cikgu-cikgu yang baik hati bawa makanan untuk dikongsi... Sedap sangat roti ni... Roti Bom bersalut telur...  Tapi Ita cakap, roti bom pattaya... hahaha... sebab kan dah balut telur tu... sama la dengan nasi goreng pattaya kan... hehehe... 

Roti Bom Pattaya ni, cikgu Izham beli di Sintok... Dekat rumah Ita... tapi... ahahaha.... Ita pun xtaw kat mana kedainya... 


Lagi satu, cma ada bawak lasagna dia... memang sedap... tapi tak sempat snap picture... hehehe... cma ni memang pakar memasak kat sekolah Ita... dah buka bakery kat umah pun... hehehe

Apapun, dengan rasa rendah hati Ita ucapkan terima kasih kepada semua warga pendidik SKFBT yang telah mengajar dan membimbing Irfan sehingga sekarang.. Jasa anda semua tetap akan dikenang... Terima Kasih cikgu...  Tanpa anda semua siapalah Irfan... Bantuan guru-guru SKFBT memang terbaik... 

Lepas ni, Ita pasti rindukan suasana di sekolah ni... huhuhu... tapi Ita terpaksa sebab rasanya perlu beralih angin... sebab dah lama dah kat sekolah ni...

Insyaallah... Guru-guru lain yang masih ada terbaikk untuk anak-anak semua...

No comments:

Post a Comment