Assalamualaikum...
Apasal lak tetiba cikgu Ita ni rajin sangat la arini... Bukan pa, bila ada mood memasak... Pa lagi kira nak memasak jer la...
Nak crita la,kuih ni mmg jadi feberet Ita sebenarnya.. Huhuhu tapi Ita memang xboleh makan ubi keladi... Nanti sejuk... Tapi, aritu masa pergi kenduri umah bapa sedara, Ita bantai makan juga.. Sebab teringin,.. Pastu, mak Ita pun sound... Kalau dah suka, cuba la buat, tak payah letak ubi keladi... Makan la brapa talam pun...huhuhu... Cabaran yer...
Jadi, dengan kepakaran yang tak seberapa... hehehe... balik tu, terus la singgah kedai barang-barang kek... Capai la apa yg patut... Betul ke tak betul bahan2 tu blakang kira... Semangat nk makan nih... Hehehe.. Buruk benor perangai cikgu sorang ni....
Kuih Talam Keladi
Resepi: Emak Cik Tom (derhaka sikit2 yer)
Bahan A (lapisan putih bawah):-
250 g tepung beras
30 g tepung ubi
1/2 camt garam
100 ml santan
700 ml air
Bahan B (Lapisan Atas)
230 g tepung gandum
20 g tepung ubi
250 g gula
3 biji telur gred A
300 ml santan
500 ml air
1 camb pewarna ungu violet
2 camb yam paste
Cara Membuatnya:-
Satukan bahan A dalam periuk dan kacau atas api sederhana.. Kacau hingga pekat..
Masukkan dalam loyang dan kukus selama 15 minit.
Masukkan bahan B dan blend semuanya...
Kacau atas api sederhana hingga pekat
Tuang ke dalam loyang perlahan-lahan dan kukus lagi selama 45 minit.
p/s: Tengok macam susah ja nak buat... huhuhu... rupanya senang ja... Ishhhh nape la xpikior sebelum ni.. Mak cakap dah lulus la ni, cuma buat lebih pasni... utk testing ni, dapatla jiran2 pun rasa sepotong dua...
No comments:
Post a Comment