Assalamualaikum...
Aduhai nasib... Hati gembira bukan kepalang... Hajat untuk mendapatkan tudung idaman akhirnya tercapai... Terima kasih kepada adik Emah Razak tersayang dan kawan saya yang cumel Mimie Jamilah yang sudi ke kedai tersebut...
Alhamdulillah... tercapai hasrat... Dalam kegembiran bukan kepalang, hati bagai rasa sesuatu... Ishhh kenapa susahnya nak puaskan hati orang-orang sekeliling... Diluah mati mak, ditelan mati bapak... Kalau hidup selalu mencari kesalahan orang beginilah jadinya...
Redha jerla... Biarlah apa tanggapan orang... Yang penting hidup kita tak mengganggu hidup orang lain... Sebab utama, Ita juga xpernah sibukkan hal orang keliling... Lepas ni, mind our own business... Biar menyendiri dari hidup menyakitkan hati orang...
Ishhh melalut pulak... N3 arini bukan nk crita buruk orang... Nk crita hal sendiri... Arini bawa pulang 3 orang anak murid, tidur di rumah.. Malamnya Ita adakan kelas di rumah...
Atas permintaan anak2 murid, Ita teruskan... walaupun sebenarnya kemampuan tu dah hilang... Tenaga dah diperah dengan sesungguhnya...
Dalam kepenatan, kesian tengok wajah mulus anak2 murid, Ita pun buat la donut ball... Kesian pulak kan.. Mereka mesti kelaparan...
Alhamdulillah, ternyata donut yang adik cma goda semalam, berjaya Ita cuba... Namun ada cerita ceriti di sebaliknya, tengah menggodak bahan-bahan nak membuat donut tiba-tiba alamakkkk tepung gandum habis... Camna nih... Belasah jer masuk tepung superfine... Wah... Lembutnyer donut nih... Jatuh cinta terus....
Pada yang mahu mencuba, pastikan doh diuli hingga kenyal supaya donut lembut walaupun telah sejuk... Amboi, macam chef la pulak cik ta ni...
Donut Mayo Gebus
Resepi : rosmarina@jintanmanis.com
Bahan-bahan
330 g tepung gandum (Ita guna 150 g tepung gandum + 180 g tepung superfine)
1 1/2 tbs mayonis
1 tbs susu tepung
1biji telur (dipukul sedikit menggunakan garpu)
140 ml air suam
1 1/2 tbs marjerin
3 tbs gula
4 g yis (1 1/2 tsp)
gula icing (salutan donut)
Cara-caranya:
1. Buat Doh: Kaedah 1, Penggunaan BM. Masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan start. tunggu sampai siap diuli dan terus ke langkah 4 dibawah.
2. Kaedah 2, jika uli guna tangan,masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Tips untuk dapatkan doh yang lembut, ambil plastik bersih dan letakkan doh di dalam plastik itu.. Ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Perap dan tutup bekas dengan plastik dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin..
4. Bahagikan doh kepada bebola kecil dan rehatkan hingga naik dua kali ganda..
5. Goreng dengan api perlahan. Setelah kekuningan, angkat dan toskan... Salut dengan gula icing...
Tak rugi mencuba resepi ni... Memang sedap... hehehe
Seronok mengaja budak-budak ni dalam keadaan santai... Yang seronoknya ada waris tanya, brapa nak kena bayar ni cikgu... Ishhhh xyah bayar-bayar la.. Ikhlas saya bantu...Sebab nanti insyaallah, anak saya juga akan dapat faedah yang sama....
No comments:
Post a Comment