Friday, July 27, 2012

Iftar Day 6 ~Rajinnya Arini~



Assalamualaikum...

Alhamdulillah, selesai berpuasa untuk hari keenam.  Semalam tak ada la post tentang menu berbuka kerana semuanya beli dari bazaar Ramadhan.  Ita demam dari balik sekolah.  Entahla, mudah sangat demam sekarang.  

Arini anak-anak dan suami request nak makan bubur durian.  Orang Kedah sebut "seqawa duqian".  Hehe...  Tetiba tringat pulak, sedap jugak kalau makan bubur durian ni dengan roti jala kan teringin sebab adik citer mak wat roti jala ngan seqawa droyan.  Apa lagi... Cancel dulu menu lain yang tengah tunggu turn. macam la banyak sangat menu nak masak


Selalunya roti jala sedap di makan dengan kari.  Tapi disebabkan teringin nak makan ngan bubur durian so, Ita pun try jugak wat.  1st time makan.  Sedap la. huhuhu angkat bakul sendiri nampak.  

Bubur Durian

Bahan-bahan:

1 biji durian
1 biji kelapa
1/2 cawan gula
garam secukup rasa
3 camb sagu (ikut suka hati yer yang ni)
daun pandan

Cara-cara membuatnya:

1.  Masakkan santan dengan api sederhana bersama durian dan daun pandan.

2.  Kacau perlahan-lahan.

3.  Apabila mendidih masukkan gula, garam dan sagu.

4.  Da siap pun.. Senang jer kan.




ROTI JALA....

Resepi: Cik Mat Gebu
Ita guna resepi dari blog CMG.  Tq yer, Ita copy paste resepi kat sini.

BAHAN-BAHAN ROTI JALA :-)
2 cawan tepung gandum
1/2 camca teh baking powder (kalau tak letak pun takpe)
1 1/2 cawan air
1 cawan susu segar (atau boleh ganti dengan air)
3 - 4 titik pewarna kuning makanan (boleh ganti dengan sedikit serbuk kunyit)
4 camca besar mentega, cair dan sejukkan (boleh ganti dengan minyak masak)
1 biji telur gred A
Garam secukup rasa
Air jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Satukan tepung dan baking powder dan ayak ke dalam bekas, kacau rata dan buat lubang ditengah2 tepung, masukkan telur yang dipukul sedikit, kacau rata. 

2.Tuang susu dan kacau perlahan. Tambah air dan kacau lagi hingga licin dan tidak berbintil2. 

3. Masukkan mentega cair atau minyak masak, pewarna kuning (atau serbuk kunyit) dan juga garam secukup rasa. 

4. Kacau rata dengan whisk, tapis adunan tapi dan ketepikan sebentar. Kalau pekat boleh tambah sedikit lagi air dalam 1- 2 camca besar....(kalau nak cepat, kisar guna blender).

5. Panaskan non-stick pan bersaiz 10 inci atau apa juga jenis kuali yang anda ada. Kacau bancuhan roti jala dan masukkan ke dalam acuannya. 

6. Kemudian kirai atas kuali tadi, pastikan ia bercantum antara satu sama lain, masak guna api sederhana. 

7. Bila permukaan roti jala nampak pucat, boleh lah anda lipat atau gulung. Buat kaedah sama untuk baki adunan hingga siap....




Tangan tak berbedung sedang membuat roti jala.  Hehehe... Abaikan yang comot-comot tu yer.




Lauk Ita arini pulak ialah Sambal tumis siput Kayam.  Erm...  sebenarnya Ita pun xtaw kayam ni.. Once upon a time... eh silap channel la pulak... One day tu makan di kantin, pastu Ita rasa sedapnya siput ni.. Pastu apa lagi, terus la cakap, "next time kalau mak tam order siput ni, order kat saya sama yer" tak sopan betui cikgu ni bagi arahan no. Sib baik la, maktam tu dah paham.  Kalau tak alamat naya kena marah. Hehehe...




Inilah rupa Siput Kayam tu.  Jenis macam ni ada dua.  Yang satu jenis tu xberapa sedap sebab isinya berlendir.  Tapi kayam ni memang sedap.


Sebenarnya, kayam ni sedap juga kalau direbus sahaja masukkan serai dititik, bawang merah dimayang halus, cili padi dibelah.  Memang sedap....

p/s:  ada petua

No comments:

Post a Comment