Assalamualaikum...
Selamat pagi buat semua umat Islam yang membaca hasil nukilan Ita ini... Moga kita semua berada di bawah hidayah Allah. Ita pun tak tahu, kenapa semenjak dua menjak ni Ita mudah mengalirkan air mata.
Hati cepat jadi sebak dan sayu. Kadang-kadang perasaan tu datang tanpa sedar. Mana Ita yang tabah dan kuat,... Insyaallah, mengalirlah airmata untuk kebaikan seorang hamba kepada penciptanya, menangis kerna rindu seorang hamba kepada Rasulallah s.a.w
Pagi ni, Ita tengok fb kawan Ita, Mimie... penderitaan rakyat Rohingya. Masyaallah, deritanya mereka. Sedangkan Ita kadang-kadang baru ditimpa sedikit masalah pun sudah tidak dapat bersabar.
Ya Allah, sabarnya mereka ini. Tempatkanlah mereka di kalangan orang-orang yang beriman ya Allah.
Hati Ita jadi marah dan geram tengok gambar ni. Ita tengok di fb kawan Ita (kak Mariyam Thaniah). Anak-anak kecil tak berdosa di layan sebegini rupa. Mereka diikat dan dibunuh dengan kejam. Mayat mereka masih terikat dengan tali. Ya Allah apalah dosa mereka ini. Sampai hati, ternyata pelakunya persis hati batu.
Ini antara bait2 rayuan yang ada di fb...
RAYUAN: Di bulan puasa Ramadan ini banyak tempat makbulnya doa. Malah, janji Allah doa orang yang berpuasa itu sendiri makbul. Bayangkan kalau mesej ini tersebar dan di SHARE kepada berjuta umat Islam dan semuanya berdoa. Insya Allah kita dapat bantu saudara se Islam kita di Rohingya, Myammar yang sedang ditindas dan dibunuh itu dengan doa kita semua. Doakan umat Islam di sana diberikan kekuatan dan kemenangan serta sedekahkan bacaan Al-Fatihah buat mereka semua, baik yang hidup atau mati.
Dalam gambar di atas, anak-anak kecil yang tidak berdosa mati dengan tangannya masih terikat rapi. Saya sedih.. pilu.. marah... anda bagaimana?
Ita juga sedih... pilu... marah... Marilah sama-sama kita sedekahkan al-fatihah kepada semua mangsa di sana.
Ini pulak petikan ayat daripada fb....
Apakah nasib mereka?
Umat Islam Rohingya telah dinafikan daripada hak-hak asasi kemanusiaan dan sentiasa terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia secara konsisten oleh pihak juta tentera Myanmar.
Di antara kekejaman yang dilakukan ke atas mereka :
a) Tidak mengiktiraf kerakyatan mereka, dinafikan sijil kelahiran mahupun sijil perkahwinan mereka.
b) Perampasan tanah-tanah milik mereka bagi meneruskan projek pembinaan saluran paip gas dan minyak yang merentasi wilayan Arakan
c) Menjadi mangsa perhambaan moden sebagai buruh paksa seperti bekerja tanpa gaji di tapak pembinaan jalan raya, kereta api, dan bangunan berek tentera.
d) Sekatan makanan sehingga mereka hidup di dalam keadaan kebuluran
e) Sekatan ekonomi, kemudahan kesihatan dan kemudahan asas pendidikan
f) Wanita-wanita dan remaja perempuan mereka dirogol secara beramai-ramai oleh tentera Myanmar
g) Penyembelihan secara beramai-ramai seumpama tragedi 1942 apabila lebih 100,000 orang di kalangan mereka yang telah dibunuh

— with Dato' Seri Jamil Khir.
Catatan: Nyata ujian mereka lebih hebat dari ujian yang Ita lalui selama ini. Kerdilnya Ita disisiMu ya Allah. Dugaan kecil pun dah tertanggung bebannya. Sama-samalah kita panjatkan doa, moga nasib mereka akan berubah.
Ita suka dengar nasyid ni, memang meruntun hati. Sekiranya Rasulallah masih ada, dah tentu dunia tidak akan jadi begini.
Tepuk dada tanya hati, dimanakah letaknya kita disisi Allah sekarang. Huhuhu, Ita masih jauh, bila mengingati mati membuatkan Ita terpikir. Cukupkah bekalan... Layakkah kita mencium syurga nanti.. Namun, kita tentu tak sanggup dengan siksa nerakaMu ya Allah... Berikan petunjuk dan hidayah pada Ita..
sedih...T_T
ReplyDelete