Thursday, July 26, 2012

Bicara Hati ~Tips Lulus Matematik~

Assalamualaikum.

Selamat pagi semua, nyatanya di subuh yang hening ni dengan rasa tidak berapa sihat dengan demam yang berpanjangan hati yang tidak tenang dan serabut dengan pelbagai masalah.  Ingatan Ita terbang melayang pada seorang murid di kelas Ita.  

Ita belum pernah mengajar anak murid ini, dia hanya masuk ke kelas Ita tahun ini.  Pada mulanya, Ita memang rasa tidak dapat untuk meng'handle' anak murid ini.  Kerana basicnya yang amat lemah dalam Matematik.  Pelbagai sindiran pernah Ita dengar, "alaa guru cemerlang kan, takkan tak boleh bantu?".

Namun, Ita terfikir siapa aku untuk menilainya tanpa membantu dan membimbingnya.  Kenapa perlu Ita ikut akan desis-desis berita yang disampaikan.  Awatif begini, dia begitu.  Dengan sikapnya yang memang langsung tidak mahu berkomunikasi dengan sesiapapun.

Ah, Tecer Ita pernah putus asa.  Putus asa membantu.  Buntu idea. Pecah kepala.  Macam2 yang telah dicuba pada permulaanNya. Namun semua usaha tidak membuahkan hasil. Lantas Ita panjatkan doa, mohon Allah bantu Ita, untuk terus setia membantu anak ini.  


Hari-hari berbagai idea yang Ita perah dan cuba, dari selembut-lembut cikgu kepada segarang-garangnya.  Dan selalu saya tegaskan, "Tecer marah Awatif bukan sebab benci, tapi tecer sayang Awatif.  Tecer nak Awatif berjaya seperti kawan-kawan yang lain.... Tolong la tecer,tecer rayu Awatif".... 

Kadang-kadang tanpa sedar, memang mengalir air mata.  Kenapa aku tidak adil kepada dia, murid-murid lain semuanya semakin baik.  Tapi tidak dia.  Aduh, beratnya dugaan.  Bagaimana la beratnya dugaan Ustaz dan Uztazah yer, dalam mengajar ilmu agama.  Ita hanya seorang guru biasa pun rasa kadang-kadang tak tertanggung dugaan ini.

Mungkin Awatif sedar, tecer Ita tak pernah putus asa membantu.  Dia semakin meminati subjek Matematik. Alhamdulillah, syukur Ya Allah.  Dari minat mudah untuk Ita bimbing dia.

Kadang-kadang saya suka mengusik dia, "saya nak semua jadi macam Awatif. Tak pernah benci saya sebab selalu dimarah"... Tersenyum dia... Ya Allah, manisnya senyuman.... Akhirnya kau tersenyum anakku...

Apa yang Ita buat hanyalah memberinya banyak latihan kertas 2.Ita print sendiri, biarpun habis ink printer Ita beli semula.  Apalah sangat ink tu, berbanding kejayaan anak ini.

Hati sangat berdebar tatkala Ujian percubaan UPSR dijalankan.. Ya Allah, hanya Dia yang maha mengetahui.  Usai exam, saya lihat Awatif tersenyum.,.. Alhamdulillah,syukur Ita pada Allah.  Senyum tu membawa seribu makna.  Maksudnya dia dapat menjawab soalan itu... Amin...

Selesai menanda, gugur airmata. Terharu, terkilan... kenapa tidak dari dulu... kenapa baru sekarang... Sebenarnya kita tak layak menghukum... Biar siapapun dia, dia tetap layak untuk berjaya.

Daripada murid yang mendapat E dalam Matematik, akhirnya dia berjaya mendapat B. Subhanallah, perasaan yang tak dapat digambarkan.  Hati rasa tenang.  "Awatif, tahniah, saya minta maaf selama ni saya selalu marah kamu.. Tapi sebabnya, saya nak awak berjaya.  Masih ada masa sayang, usaha untuk dapatkan A, insyaallah tecer akan bantu selagi terdaya"

Tersenyum gembira dia... Selama ini, tidak pernah dia mendapat B dalam Matematik, bahkan lulus pun tidak.  Ita akan cuba membantunya, insyaallah dia akan tergolong di dalam kumpulan A Matematik.

Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk membantu anak ini.  Terima kasih Awatif, kerna memberikan tecer nikmat ini.. Tecer selalu doakan kejayaan kamu... Insyaallah..

Catatan:  Perkongsian ini bukan untuk membangga diri, hanya perkongsian ilmu sebagai panduan kita dalam mendidik anak-anak murid. 


No comments:

Post a Comment