Tuesday, July 31, 2012

Menu Iftar 2012 ~Spaghetti Bolognese & Roti John d'palma~


Assalamualaikum...

Malam bertandang, sedar tak sedar.. pejam celik pejam celik sudah 10 hari kita semua menjalani ibadah puasa tahun ini.  Alhamdulillah, semuanya berlalu dengan baik.. Sebarang yang tidak baik tu, pejam mata dan lupakan. 

Anggap saja semua insan tidak sempurna, Insyaallah mereka akan berubah.  Ita sendiri manusia yang tidak sempurna.  Apa yang dilakarkan di sini sekadar ingatan untuk diri Ita sendiri.  Jika ada yang baik ambilnya sebagai pedoman.  

Berbalik kepada juadah berbuka.. Macam biasa.. Pagi-pagi lagi, sampai skolah Ita akan ketuk arrr inbox teman-teman fb tersayang... Mimie dan Sue Amir... Hehehe pernah la satu hari tu, Mimie cakap "ish...tanya soklah yang aku takdak jawapan ni" Hahaha... 

Sue Amir memang hari2 kalau Ita tanya, dia dah sedia dengan jawapan.  Sebab dia dah memang plan awal-awal.  Ita ngan Mimie memang last minit baru terpikir nak masak per...



Arini memang plan nak masak lain, tapi waktu balik keja tadi anak teruna Ita request nak makan Spaghetti Bolognese... "Mama, buatla spaageti kat Along, dah lama tak makan.. Last kita makan pun kt Cameron.  Tu pun Aunty Mimie yang masak, sedappppp sangattt"... Cissss ayat.... power tu... menusuk qalbu ni... kalau aunty mimie bace mau kembang setaman arr die.

Tengah dok pikir tetiba berkenalan pulak dengan Kak Ja... Kawan Mimie... Hehehe... Akak, memang baikkk sangat... Share resepi ngan cara2 masak... Macam chef wan tu... Ajar complete dengan arahan... hehehe..  

Sebelum ni, Ita wat kuahnye guna yang ready dalam tin... Tapi lepas tanya Kak Ja... Ita cuba buat versi manual... Eh, ada ka orang sebut versi manual.. 


Spagethi Bolognise

Resepi:  Asal dari panduan dan nasihat Kak Ja


1/2 bungkus spaghetti
3/4bungkus daging kisar
1/4 tin tomato puree
2 labu bawang holland (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (dipotong dadu)
mix vegetable
garam secukup rasa
gula secukup rasa
3 camb minyak untuk menumis


Cara-cara:

1. Mula-mula, didihkan air dan rebus spagetthi sehingga masak.

2. Untuk masak sos spagetthi, panaskan minyak dan goreng daging.  Selepas air daging tu dah hampir kering masukkan bawang. Tumis bawang sehingga kuning dan naik bau wangi.

3. Masukkan tomato puree dan kacau.  Masukkan mix vegetable dan tunggu sehingga masak.

4. Masukkan gula dan garam. Masukkan air sedikit lagi kalau nak berkuah. Kemudian kacau sehingga rata.

5.  Boleh dihidangkan...



Hidangan kedua ni merupakan kegemaran sekeluarga la.   Kalau beli selalunya berebut.  So, mudah sangat lebih baik buat sendiri.  Bahan-bahannya pun mudah jer.



Roti John d'palma

Bahan-bahan:

8 keping roti Gardenia
5 biji telur
1/2 peket daging cincang
1 labu bawang besar (didadu)
2 biji bawang putih (didadu)
garam
lada sulah
mayonis
sos cili

1 camb minyak (menggoreng)



Cara-cara Membuatnya:

1.  Campurkan semua bahan kecuali roti.

2.  Panaskan kuali.  Tuang adunan telur.  Letakkan roti di atasnya.

3.  Lebih kurang 3 minit dah boleh diangkat.

4.  Letakkan mayonis dan sos.  Siap untuk dihidangkan.

Monday, July 30, 2012

Iftar Day 9 ~Nasi Goreng Jew~


Assalamualaikum...

Alamak... Nape arrr arini malas nak update blog.... Banyaknyer keje.... Mana nk copy soalan percubaan n nak post kat kawan... Mana nak setkan soalan exam budak2 darjah 5,.... mana la nk scan kan soalan yg kawan minta dari Sarawak....

Huhuhu... Ceq penat la..... Tapi xpe.... Perjuangan harus diteruskan... Sape yang suruh keje cikgu kan...  Pada pandangan orang cikgu ni kejenya senang... Sebenarnya memang susah...

Bayangkan kita di rumah menjaga anak sendiri pun kadang-kadang kepenatan... Bayangkan guru yang menjaga berpuluh2 anak orang yang datangnya dengan berbagai ragam.  Sudah tentu lagi memenatkan... Ditambah pula dengan pelbagai bentuk laporan yang perlu disiapkan... Banyak sangat kerja perkeranian...

Berbagai-bagai lagi la kerja kan... Dah nama pun kerja, kena kerja la... Ikhlas ni... Hehehehe....


Apahal lak membebel cikgu Ita ni... Meroyan ker.... Xda la... saja jer... nak explain la kan...   Iftar ke-9 adalah menu yang sangat simple pada Ramadhan kali ini...  Badan rasa tak sihat, justeru lepas cikgu fazley datang ajar Ita n hubby pasal photoshop... Ita terus lena... krohhhhhhh....

Hubby cakap "kesiannya, xyah masak la... kita makan luar arini"... Ita jawab sambil mata masih pejam... "takpa takpa satgi mama masak... lagi 15 minit na..."

Sebenarnya dah tak berdaya nak masak... Tapi, memikirkan nak keluar makan pun xlarat... lebih baik masak ja..   Ita mula masak pun dah pukul 6.45 p.m. Apaa lagi.... Ketung ketang la kt dapur tu... Ita cuma masak nasi goreng Kampung vs Bandar....

Hahahaha kenapa ada Kampung vs Bandar... Sebabnya.. dalam nasi goreng tu Ita letak bilis dan kacang sireh... hehehe.... Bandar pulak sebab Ita letakkan sosej... Itulah sebabnya Ita cakap Kampung vs Bandar...



Hidangan kedua pula direquest oleh Angah.... "Mama buat cucoq kucai kat Angah tau... Lama tak makan cucoq kucai"... Hahaha... maksudnya, jangan letakkan udang yer... kalau letak udang dah namanya cucoq udang...



Inilah hasil kelas pertama dengan Cikgu Fazley Abdul.... Hehehe... Tima kasih cikgu... da pandai dah sikit2 la skarang ni...


Yang ini hasil tangan tak berapa seni Ita... Ish macam xjadi pun ade.... Ermm... Tapi tetap comey....

p/s:  Mood rajin berblogging dah datang ni....

Sunday, July 29, 2012

Bicara Hati ~Syair Imam Syafie Sebelum beliau meninggal dunia~




 

Assalamualaikum...

Sebening subuh... Kadangkala memperingati diri sendiri... berfikir... mengenang masa silam... mengenangkan nasib sendiri... bagaimana hidup dengan dikelilingi pelbagai dugaan... kadangkala membuatkan kita hilang kesabaran... Amarah sentiasa datang bertandang... Perlukan semangat cekal dalam menghalangnya menjadi lebih parah...

Kadang-kadang orang selalu salah tafsir... bila ucapan minta maaf dihulurkan, kita akan dianggap telah membuat kesalahan... padahal meminta maaf tu kan lebih baik... untuk mengelakkan terputusnya hubungan  silaturrahim...
Sepertimana kita melihat akan cuaca... ada panas, hujan, ribut... begitulah juga dengan manusia... kadang-kadang apabila kita tidak muhasabah diri... Selalunya kita rasa kitalah paling sempurna berbanding orang lain... justeru kita anggap semua orang tidak betul...

Sekadar ingatan pada saya... yg juga tidak sempurna... masih banyak dosa yang perlu saya mohon keampunan daripada Allah...
Seperti bait-bait indah syair Imam Syafie sebelum beliau meninggal dunia.  Amat syahdu dan meruntun jiwa.  Terbayang segala-galanya, kekerdilan kita di sisi Pencipta...

Ku persembahkan (rintihan) kepada-Mu, Tuhan sekalian makhluk akan harapanku.

Sekalipun aku seorang yang berdosa, Wahai Yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah.

Bilamana keras hatiku dan terasa sempit perjalananku.

Ku jadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunan-Mu.

Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini.

Kurniaan-Mu dan keampunan-Mu adalah merupakan rahmat dan kemuliaan.

Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku.

Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan nikmat itu kepadaku

(walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa).

Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku.

Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu.

Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan.

Kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan.

Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa.

Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam neraka.

Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/ mengingati Rabbnya.

Dan bilamana dia bersama selain Tuhannya dia membisu.

Dia (Rasulullah s.a.w) berkata: "Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap.

Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon.

Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu.

Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar.

Disaat ku jaga, aku rindu, dan di saat aku lelap, aku berharap.

Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang.

Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu dan kini.

Namun (ku tahu) keampunan-Mu yang mendatangi hamba adalah lebih besar (agung) dan lebih mulia.


"Ya Allah, perbaikkanlah bagiku agamaku yang mana ia merupakan pengikat urusanku, perbaikkanlah bagiku duniaku yang mana ia merupakan kehidupanku. Perbaikkanlah akhiratku yang merupakan tempat kembaliku. Jadikanlah hidup bertambah bagiku pada setiap kebaikan dan jadikanlah kematian sebagai kerehatan bagiku daripada setiap keburukan."
(Doa Rasulullah s.a.w; riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)




Saturday, July 28, 2012

Iftar Day 8 ~Simple Menu jer~



Assalamualaikum...

Apa khabar semua?  Harap-harap semuanya sihat hendaknya.  Ita disini Alhamdulillah... Sihat tapi takda la berapa sihat sangat.  Eh ayat apa ni, sihat tapi tidak.  

Rasa tak bermaya, letih teramat... Tak ada masa untuk rest.  Bukannya Ita ni rajin sangat, ada lagi kawan-kawan yang lebih rajin.  Mungkin sebab Ita tak cukup energy.  

Bak kata kawan Ita dari Thailand, Miss Yupawan... "Miss Roz, you need more vegetabel to get full of battely".  Hehehe... I really miss that moments. Especially my friend from Sarawak, Miss Patrice... 

Ini kerana kami selalu menghabiskan masa bersama-sama.  Walaupun umur kami sama, tapi, Patrice lebih menjadi seorang kakak kepada Ita...  Ah, Patrice!! I really miss you...


Hari ini merupakan hari yang agak kelam kabut la jugak.  Huhuhu sebabnye... Ita bawak cousin Ita Miss  Surie Yanie ni bershopping di Padang Besar.  Hahaha... Sebenonye... Ita yang tergedik2 nak pergi... Buat-buat le ajak sepupu kan... 


Waktu on the way nak ke sana, Ita singgah jap umah mak... Tengok abah.. Alhamdulillah dah semakin baik. Cuma, makin kurus... Huhuhu... 

Sayu jugak tengok abah macam tu. Itu jangan makan, ini tak boleh makan. Habis, macam mana tak kurus.  Bukan saja2 Ita wat camtu yer abah, semuanya untuk kesihatan abah jugak kan.

Yang penting, ceq respek dengan sikap abah. Taknak susahkan anak2... Sakit pun disembunyikan. Huhuhu sedih sangat, dok dekat pun xtahu abah sendiri sakit.  Bila ceq dah tahu, apa lagi... Jenuh la dengar ceramah dari cikgu Ita la... 

Takpa abah, kalau taknak susahkan anak2 yang lain abah boleh susahkan anak abah yang sorang ni. Ceq  sedia berada di sisi abah bila2 masa ja.  Yang penting abah makin sihat. 

Bila lihat kedutan di muka abah, timbul sedih... Kenapa abah yang perlu sakit, sedangkan dia tak pernah sakit sebelum ni... Nak demam pun susah.  Ah, kedut itulah yang bersusah payah untuk menyekolahkan Ita dulu. 



Shopping pada bulan Ramadhan memang tak berapa seronok la kan.  Penat pastu tak boleh minum... Hahaha... Aqil mesti la sengeh je dia ni, katanya "Aqil puasa la... Tak makan pun, Aqil minum jer"



Angah macam ni la, hajat hati nak beli baju jersi.  Tapi dok tunggu Mama ngan Mak Ngah memilih baju lama bebeno.... Penat ni... 

Berbalik kepada sajian berbuka, menu nak masak ni ada la kena mengena dengan "Reunion Kecil" kat rumah my sweet dalinkk "Sue Amir".  Hati ni memang nak sangat pergi, tapi jarak yang beribu batu jauhnya tidak mengizinkan. 

Selongkar punya selongkar, tetiba teringin pula nak makan bihun Singopore versi Kedah.  Hahaha, sebab dah banyak bahannya yang Ita ubah mengikut pada citarasa keluarga Ita yer.



Bihun Singapore

Bahan-bahan

1 peket bihun
2 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
dikisar


200g daging (didadu)
4 batang sosej
2 camca besar lada hitam (ditumbuk)
1 camca teh lada sulah
garam
minyak (untuk menumis)
taugeh
kucai

Cara-cara membuatnya:


1.  Tumiskan bahan yang dikisar.  Kacau hingga garing.

2.  Masukkan daging, sosej, lada hitam, lada sulah dan garam.

3.  Apabila daging empuk, masukkan bihun.  Kacau hingga sebati.

4.  Masukkan taugeh dan kucai.

5. Siap untuk di makan.

Catatan:
Sayur-sayuran boleh ditambah sekiranya mahu.  Selalunya bihun ini dihidang bersama kicap. Tetapi, Ita tak sempat nak sediakan sebab chef masuk dapur lambat la.....




Dessert hari ini ialah Puding Jagung Ribena Shape... Hahaha... 

Untuk dessert ni, Ita wat puding jagung.  Tapi tak sempat nak makan berbuka sebab lambat buat.  So, dessert ni simpan untuk esok yer.  Resepinya nanti Ita update selepas dapat permission dari empunya resepi yer.  



Ikan Siakap Steam Tomyam Style

Bahan-bahan


1 ekor ikan siakap
1 camca besar sos tiram
1 camca paste tom yam
perap ikan dalam 15 minit

10 biji cili padi (dibelah)
2 batang serai (dipotong serong)
3 helai daun limau purut
1 labu bawang besar dimayang
asam jawa (terpulang boleh guna lemon @ limau nipis)
air (secukupnya)
garam

Cara-cara membuatnya


1.  Perapkan ikan yang telah dilumur dengan sos tiram dan tom yam paste selama 15 minit.

2.  Panaskan kukusan.

3.  Masukkan ikan dalam loyang.  Masukkan asam jawa paste dan air secukupnya.

4.  Tabur cili, serai, daun limau purut, bawang dan garam.

5. Kukus selama 25 minit.



Catatan:


Pasni nak cuba pulak style Sue Amir.  Siakap steam lemon.  Tapi kena tunggu lepas Ramadhan sebab perut Ita tak boleh tahan dengan asid di bulan puasa ni.

Friday, July 27, 2012

Iftar Day 7 ~Abuk-abuk @ Tepung Gomak~


Assalamualaikum..

Bersyukur ke hadrat Ilahi.  Sudah 7 hari berlalunya Ramadhan.  Alhamdulillah, semoga kita semua dibawah lembayung rahmat dari Allah s.w.t.  

Baru masuk hari ke-7, idea pun dah kering nak masak apa.  Anak2 punya selera berbeza-beza.  Mama dengan selera Mama sendiri, Abah dengan seleranya sendiri.  Hadusss jenuh la Mama nak memikior ni.  

Bila buat kuih Abuk-abuk versi utara ni @ tepung gomak Ita teringat kisah Seniman Bujang Lapok... "Heiiiii Ramli, Kenapa muka kau macam tepung gomak??"


Hari ni, ada tetamu jauh yang datang bertandang ke rumah Ita.  Hehehe... Si kembar yang datang seorang... Tanpa teman... single ker tidak kena tanya tuan punya diri yer hehehe.  Sepupu Ita dari Alor Setar, datang berbuka... Alang-alang dah datang apa lagi, dia membantu la Kak Ita dia memasak.  

Plan mula2 tadi nak buat cucur udang.  Selongkar dalam almari ingatkan ada la kacang tanah nak buat kuah kacang, alih2 xda la... huhuhu... nk kluar kedai malas la... nak kena tuka baju lagik... switch menu la... tepung gomak pun tepung gomak la labuuuuuu....

Resepi Tepung Gomak @ abuk2

BAHAN-BAHAN

Inti:

1 biji kelapa parut
1 cawan gula merah
2 camb gula pasir
1/2 cawan air
1 camb tepung pulut

Cara-cara:
1. Masakkan gula merah, gula pasir dan air hingga mendidih.
2. Masukkan kelapa parut dan kacau hingga kering.
3. Masukkan tepung pulut.
4. Tutupkan api dan sejukkan.
5. Bentukkan bulat2.





Kulit:
600 g tepung pulut
1 cawan air
secubit garam


Cara-cara:
1. Didihkan air di dalam periuk.
2. Di dalam mangkuk, masukkan tepung dan garam.
2. Gaulkan bersama-sama air sehingga menjadi doh.
3. Leperkan dan masukkan inti dan bentukkan bulat.
4. Masukkan doh ke dalam air yang telah dididihkan.
5.Apabila doh timbul, angkat dan toskan doh tadi.
6. Golekkan di atas serbuk biskut meri tadi.
7. Dah boleh dimakan.

Bagi sesetengah orang, kuih ni disalut dengan tepung kacang, tetapi eita lebih suka disalut dengan serbuk biskut meri sebab lebih lemak manis.... Terpulang pada selera masing-masing.


 p/s:  apapun citarasa, yang penting berani mencuba.  Kalau menjadi Alhamdulillah.  Kalau tak jadi, cuba lagi nanti. Kuih ni memang wajib Ita buat setiap kali Ramadhan sebab menjadi kegemaran seisi keluarga.  


Iftar Day 6 ~Rajinnya Arini~



Assalamualaikum...

Alhamdulillah, selesai berpuasa untuk hari keenam.  Semalam tak ada la post tentang menu berbuka kerana semuanya beli dari bazaar Ramadhan.  Ita demam dari balik sekolah.  Entahla, mudah sangat demam sekarang.  

Arini anak-anak dan suami request nak makan bubur durian.  Orang Kedah sebut "seqawa duqian".  Hehe...  Tetiba tringat pulak, sedap jugak kalau makan bubur durian ni dengan roti jala kan teringin sebab adik citer mak wat roti jala ngan seqawa droyan.  Apa lagi... Cancel dulu menu lain yang tengah tunggu turn. macam la banyak sangat menu nak masak


Selalunya roti jala sedap di makan dengan kari.  Tapi disebabkan teringin nak makan ngan bubur durian so, Ita pun try jugak wat.  1st time makan.  Sedap la. huhuhu angkat bakul sendiri nampak.  

Bubur Durian

Bahan-bahan:

1 biji durian
1 biji kelapa
1/2 cawan gula
garam secukup rasa
3 camb sagu (ikut suka hati yer yang ni)
daun pandan

Cara-cara membuatnya:

1.  Masakkan santan dengan api sederhana bersama durian dan daun pandan.

2.  Kacau perlahan-lahan.

3.  Apabila mendidih masukkan gula, garam dan sagu.

4.  Da siap pun.. Senang jer kan.




ROTI JALA....

Resepi: Cik Mat Gebu
Ita guna resepi dari blog CMG.  Tq yer, Ita copy paste resepi kat sini.

BAHAN-BAHAN ROTI JALA :-)
2 cawan tepung gandum
1/2 camca teh baking powder (kalau tak letak pun takpe)
1 1/2 cawan air
1 cawan susu segar (atau boleh ganti dengan air)
3 - 4 titik pewarna kuning makanan (boleh ganti dengan sedikit serbuk kunyit)
4 camca besar mentega, cair dan sejukkan (boleh ganti dengan minyak masak)
1 biji telur gred A
Garam secukup rasa
Air jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Satukan tepung dan baking powder dan ayak ke dalam bekas, kacau rata dan buat lubang ditengah2 tepung, masukkan telur yang dipukul sedikit, kacau rata. 

2.Tuang susu dan kacau perlahan. Tambah air dan kacau lagi hingga licin dan tidak berbintil2. 

3. Masukkan mentega cair atau minyak masak, pewarna kuning (atau serbuk kunyit) dan juga garam secukup rasa. 

4. Kacau rata dengan whisk, tapis adunan tapi dan ketepikan sebentar. Kalau pekat boleh tambah sedikit lagi air dalam 1- 2 camca besar....(kalau nak cepat, kisar guna blender).

5. Panaskan non-stick pan bersaiz 10 inci atau apa juga jenis kuali yang anda ada. Kacau bancuhan roti jala dan masukkan ke dalam acuannya. 

6. Kemudian kirai atas kuali tadi, pastikan ia bercantum antara satu sama lain, masak guna api sederhana. 

7. Bila permukaan roti jala nampak pucat, boleh lah anda lipat atau gulung. Buat kaedah sama untuk baki adunan hingga siap....




Tangan tak berbedung sedang membuat roti jala.  Hehehe... Abaikan yang comot-comot tu yer.




Lauk Ita arini pulak ialah Sambal tumis siput Kayam.  Erm...  sebenarnya Ita pun xtaw kayam ni.. Once upon a time... eh silap channel la pulak... One day tu makan di kantin, pastu Ita rasa sedapnya siput ni.. Pastu apa lagi, terus la cakap, "next time kalau mak tam order siput ni, order kat saya sama yer" tak sopan betui cikgu ni bagi arahan no. Sib baik la, maktam tu dah paham.  Kalau tak alamat naya kena marah. Hehehe...




Inilah rupa Siput Kayam tu.  Jenis macam ni ada dua.  Yang satu jenis tu xberapa sedap sebab isinya berlendir.  Tapi kayam ni memang sedap.


Sebenarnya, kayam ni sedap juga kalau direbus sahaja masukkan serai dititik, bawang merah dimayang halus, cili padi dibelah.  Memang sedap....

p/s:  ada petua

Thursday, July 26, 2012

Bicara Hati ~Deritanya Mereka di Rohingya~


Assalamualaikum...

Selamat pagi buat semua umat Islam yang membaca hasil nukilan Ita ini... Moga kita semua berada di bawah hidayah Allah.  Ita pun tak tahu, kenapa semenjak dua menjak ni Ita mudah mengalirkan air mata.

Hati cepat jadi sebak dan sayu.  Kadang-kadang perasaan tu datang tanpa sedar.  Mana Ita yang tabah dan kuat,...  Insyaallah, mengalirlah airmata untuk kebaikan seorang hamba kepada penciptanya, menangis kerna rindu seorang hamba kepada Rasulallah s.a.w

Pagi ni, Ita tengok fb kawan Ita, Mimie... penderitaan rakyat Rohingya.  Masyaallah, deritanya mereka.  Sedangkan Ita kadang-kadang baru ditimpa sedikit masalah pun sudah tidak dapat bersabar.

Ya Allah, sabarnya mereka ini.  Tempatkanlah mereka di kalangan orang-orang yang beriman ya Allah.


Hati Ita jadi marah dan geram tengok gambar ni.  Ita tengok di fb kawan Ita (kak Mariyam Thaniah).  Anak-anak kecil tak berdosa di layan sebegini rupa.  Mereka diikat dan dibunuh dengan kejam.  Mayat mereka masih terikat dengan tali.  Ya Allah apalah dosa mereka ini.  Sampai hati, ternyata pelakunya persis hati batu.

Ini antara bait2 rayuan yang ada di fb...

RAYUAN: Di bulan puasa Ramadan ini banyak tempat makbulnya doa. Malah, janji Allah doa orang yang berpuasa itu sendiri makbul. Bayangkan kalau mesej ini tersebar dan di SHARE kepada berjuta umat Islam dan semuanya berdoa. Insya Allah kita dapat bantu saudara se Islam kita di Rohingya, Myammar yang sedang ditindas dan dibunuh itu dengan doa kita semua. Doakan umat Islam di sana diberikan kekuatan dan kemenangan serta sedekahkan bacaan Al-Fatihah buat mereka semua, baik yang hidup atau mati.

Dalam gambar di atas, anak-anak kecil yang tidak berdosa mati dengan tangannya masih terikat rapi. Saya sedih.. pilu.. marah... anda bagaimana?


Ita juga sedih... pilu... marah...  Marilah sama-sama kita sedekahkan al-fatihah kepada semua mangsa di sana.

Ini pulak petikan ayat daripada fb....


Apakah nasib mereka?

Umat Islam Rohingya telah dinafikan daripada hak-hak asasi kemanusiaan dan sentiasa terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia secara konsisten oleh pihak juta tentera Myanmar.

Di antara kekejaman yang dilakukan ke atas mereka :

a) Tidak mengiktiraf kerakyatan mereka, dinafikan sijil kelahiran mahupun sijil perkahwinan mereka.

b) Perampasan tanah-tanah milik mereka bagi meneruskan projek pembinaan saluran paip gas dan minyak yang merentasi wilayan Arakan

c) Menjadi mangsa perhambaan moden sebagai buruh paksa seperti bekerja tanpa gaji di tapak pembinaan jalan raya, kereta api, dan bangunan berek tentera.

d) Sekatan makanan sehingga mereka hidup di dalam keadaan kebuluran

e) Sekatan ekonomi, kemudahan kesihatan dan kemudahan asas pendidikan

f) Wanita-wanita dan remaja perempuan mereka dirogol secara beramai-ramai oleh tentera Myanmar

g) Penyembelihan secara beramai-ramai seumpama tragedi 1942 apabila lebih 100,000 orang di kalangan mereka yang telah dibunuh
 — with Dato' Seri Jamil Khir.

Catatan:  Nyata ujian mereka lebih hebat dari ujian yang Ita lalui selama ini.  Kerdilnya Ita disisiMu ya Allah. Dugaan kecil pun dah tertanggung bebannya.  Sama-samalah kita panjatkan doa, moga nasib mereka akan  berubah.




Ita suka dengar nasyid ni, memang meruntun hati.  Sekiranya Rasulallah masih ada, dah tentu dunia tidak akan jadi begini.

Tepuk dada tanya hati, dimanakah letaknya kita disisi Allah sekarang.  Huhuhu, Ita masih jauh, bila mengingati mati membuatkan Ita terpikir.  Cukupkah bekalan... Layakkah kita mencium syurga nanti.. Namun, kita tentu tak sanggup dengan siksa nerakaMu ya Allah... Berikan petunjuk dan hidayah pada Ita..


Bicara Hati ~Tips Lulus Matematik~

Assalamualaikum.

Selamat pagi semua, nyatanya di subuh yang hening ni dengan rasa tidak berapa sihat dengan demam yang berpanjangan hati yang tidak tenang dan serabut dengan pelbagai masalah.  Ingatan Ita terbang melayang pada seorang murid di kelas Ita.  

Ita belum pernah mengajar anak murid ini, dia hanya masuk ke kelas Ita tahun ini.  Pada mulanya, Ita memang rasa tidak dapat untuk meng'handle' anak murid ini.  Kerana basicnya yang amat lemah dalam Matematik.  Pelbagai sindiran pernah Ita dengar, "alaa guru cemerlang kan, takkan tak boleh bantu?".

Namun, Ita terfikir siapa aku untuk menilainya tanpa membantu dan membimbingnya.  Kenapa perlu Ita ikut akan desis-desis berita yang disampaikan.  Awatif begini, dia begitu.  Dengan sikapnya yang memang langsung tidak mahu berkomunikasi dengan sesiapapun.

Ah, Tecer Ita pernah putus asa.  Putus asa membantu.  Buntu idea. Pecah kepala.  Macam2 yang telah dicuba pada permulaanNya. Namun semua usaha tidak membuahkan hasil. Lantas Ita panjatkan doa, mohon Allah bantu Ita, untuk terus setia membantu anak ini.  


Hari-hari berbagai idea yang Ita perah dan cuba, dari selembut-lembut cikgu kepada segarang-garangnya.  Dan selalu saya tegaskan, "Tecer marah Awatif bukan sebab benci, tapi tecer sayang Awatif.  Tecer nak Awatif berjaya seperti kawan-kawan yang lain.... Tolong la tecer,tecer rayu Awatif".... 

Kadang-kadang tanpa sedar, memang mengalir air mata.  Kenapa aku tidak adil kepada dia, murid-murid lain semuanya semakin baik.  Tapi tidak dia.  Aduh, beratnya dugaan.  Bagaimana la beratnya dugaan Ustaz dan Uztazah yer, dalam mengajar ilmu agama.  Ita hanya seorang guru biasa pun rasa kadang-kadang tak tertanggung dugaan ini.

Mungkin Awatif sedar, tecer Ita tak pernah putus asa membantu.  Dia semakin meminati subjek Matematik. Alhamdulillah, syukur Ya Allah.  Dari minat mudah untuk Ita bimbing dia.

Kadang-kadang saya suka mengusik dia, "saya nak semua jadi macam Awatif. Tak pernah benci saya sebab selalu dimarah"... Tersenyum dia... Ya Allah, manisnya senyuman.... Akhirnya kau tersenyum anakku...

Apa yang Ita buat hanyalah memberinya banyak latihan kertas 2.Ita print sendiri, biarpun habis ink printer Ita beli semula.  Apalah sangat ink tu, berbanding kejayaan anak ini.

Hati sangat berdebar tatkala Ujian percubaan UPSR dijalankan.. Ya Allah, hanya Dia yang maha mengetahui.  Usai exam, saya lihat Awatif tersenyum.,.. Alhamdulillah,syukur Ita pada Allah.  Senyum tu membawa seribu makna.  Maksudnya dia dapat menjawab soalan itu... Amin...

Selesai menanda, gugur airmata. Terharu, terkilan... kenapa tidak dari dulu... kenapa baru sekarang... Sebenarnya kita tak layak menghukum... Biar siapapun dia, dia tetap layak untuk berjaya.

Daripada murid yang mendapat E dalam Matematik, akhirnya dia berjaya mendapat B. Subhanallah, perasaan yang tak dapat digambarkan.  Hati rasa tenang.  "Awatif, tahniah, saya minta maaf selama ni saya selalu marah kamu.. Tapi sebabnya, saya nak awak berjaya.  Masih ada masa sayang, usaha untuk dapatkan A, insyaallah tecer akan bantu selagi terdaya"

Tersenyum gembira dia... Selama ini, tidak pernah dia mendapat B dalam Matematik, bahkan lulus pun tidak.  Ita akan cuba membantunya, insyaallah dia akan tergolong di dalam kumpulan A Matematik.

Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk membantu anak ini.  Terima kasih Awatif, kerna memberikan tecer nikmat ini.. Tecer selalu doakan kejayaan kamu... Insyaallah..

Catatan:  Perkongsian ini bukan untuk membangga diri, hanya perkongsian ilmu sebagai panduan kita dalam mendidik anak-anak murid. 


Tuesday, July 24, 2012

Iftar Hari ke-4 ~Siakap Sweet & Sour~


Menu lauk untuk hari ini ialah, Siakap Sweet and Sour.  Lauk ini kegemaran Angah ngan Adik la.  Along makan daun salad ja.  Inilah lauk yang paling Ita suka wat untuk anak-anak.



Resepi sweet n sour ikan siakap...........

Bahan2....

1 ekor ikan siakap
2 camb tepung jagung

2 ulas bawang besar*
4 ulas bawang putih*
* dikisar halus

8 camb sos cili
2 camb sos tomato

mix vege
nanas
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Air


Cara-cara:
1. Lumurkan ikan dengan garam dan tepung jagung.
2. Goreng hingga kekuningan.  Angkat dan toskan.
3. Tumiskan bahan kisar hingga garing
4. Masukkan air, sos, garam dan gula
5. Kacau hingga pekat dan masukkan mix vege dan nanas.
6. Apabila siap, tuangkan atas ikan tadi...


Mudah jer kan.......... Selamat mencuba.....


Iftar Hari ke-4 ~Puding Roti Karamel~


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, sedar tak sedar dah 4 hari kita menunaikan ibadah puasa hari ini.  Seperti biasa, kita ibu yang sibuk di dapur memasak, memerah otak mencari idea apa la nak dijadikan hidangan hari ini.  Fokusnya pasti pada anak-anak kerana mereka yang perlu menghayati waktu berbuka.

Kadang-kadang timbul perasaan terharu, walau penat dan letih bersekolah seawal 7.30 pagi hingga 5.30 Angah tetap xberputus asa nak meneruskan puasa.  Tahniah anak mama.  Insyaallah, ganjaran pahala akan dikurniakan Allah kepada Angah.

Arini rasa nak makan puding.  Bahan-bahan dah memang ada dalam almari.  Tetiba teringat la, Ita pernah makan puding roti karamel sewaktu jamuan Hari Guru di sekolah Ita.  Adus, apa lagi...

Pak Cik Google help me!!!! Ita pun tengok banyak blog yang buat.  Ita campur dan gabung, tambah itu buang ini... Kira sesi menderhaka kepada resepi la.  Pastu sepatutnya bakar, tapi Ita kukus ja.  Malas nak panaskan oven.


BAHAN-BAHAN:


Karamel
-  1/4 cawan gula
-  1/4 cawan air suam

Hanguskan gula sehingga perang dan masukkan air panas.  Kacau segera supaya gula tidak berketul.  Kemudian ratakan pada loyang pilihan hati.  Sejukkan seketika.

Puding
3 keping roti sandwich (disiat-siat)
1 tin susu cair
1/2 cawan air suam
1/4 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla

3 biji telur (dikacau perlahan)

1.  Blend semua bahan kecuali telur

2.  Kemudian satukan dengan telur yang telah dipukul.

3.  Kacau perlahan-lahan. Kemudian tapis.

4.  Masukkan dalam loyang karamel tadi.

5.  Kukus selama 40-50 minit.

6.  Setelah masak sejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan.


p/s:  Selamat mencuba ye kengkawan.  resepi simple dan senang nak buat.  

Jalan-jalan dan perasan!!!!!

Assalamualaikum..


Erm.. pulau pandan jauh ketengah, gunung daik bercabang tiga, hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga.... Alaaaa salah pantun la... tapi dah taip kan terpaksa teruskan.... alasan la kan,sebab da nama pun cikgu matematik memang tak pandai pantun2 ni.  Nak cerita la, minggu lepas adalah minggu bersuka ria.. hepi menanti hadirnya Ramadhan yang mulia dan juga kehadiran adik Ita yang baru... Mak lain2  dan bapak asing2... diva comei tak datang, so kami ni bergaya sakan la amik gambaq sebab org yang ajaq xdak.  


Si kebaya merah...Manis betul adik emah ni bila berbaju kebaya... tampak sopan dan ayu...


Ni pulak picture ketika pergin bowling. Spent time kejap je la... Sebab adik emah ni pun balik kejap.  Sebenarnya tak puas la, sebab xdapat nak masak bagi adik makan.  Lain kali kita atur semula pertemuan.  Biar jauh di mata, tapi dekat di hati. Biar di mana pun kita, adab dijaga supaya disegani.


Khusyuk bebenor dua orang ney.... Sibuk dok tengok orang yang da pandai guna DSLR tu. Al maklumla kita ni mana la reti benda ni semua.. Orang kampung la katakan. sebenarnya orang bandar tau. Bandar Bukit Kayu Hitam.  Apapun, adik emah memang budak baik la, nak buat menantu, lambat lagi la... Tapi adik... Lain kali kita bawak la, kakak vogue kita tu... Sian dia dok teqeyak bawah meja tu... huk huk huk

p/s:  jangan amik ati yer, nanti takdak ati susah tau. 

Monday, July 23, 2012

Iftar 2012 ~ Hari ke-3~

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Tiga hari Ramadhan telah berlalu.  Hari ni memang hari yang sibuk dan meletihkan.  Tapi Alhamdulillah sebab sempat jugak untuk masak.  Masakan pun, hanya yang biasa-biasa sahaja.  Arini masak maggi goreng. dah lama Along Irfan request. Mama xsempat nak buat. So arini tunaikanlah.  Senyum la dia.


Daging goreng bersos tiram.  Mudah je resepi ni. Simple tetapi sedap dimakan.


Inilah juadah berbuka untuk Ita sekeluarga.  Arini Ita tak sempat masak kuih sebab kesibukkan.  Hehehe... Alhamdulillah ada rezeki yang dikirim oleh Mak... Terima kasih mak... Sayangggg makkkk....


Ini pulak terubuk masin sarawak.  Dikirim oleh adik Emah Razak dan Fazley Abdul.  Terima kasih yer.  Tapi kesian la kan... xdapat la akak nak ase kek lapis ngan kopi alaaaa Mimie t'Jamilah. Ceq xminum kopi sebab takut hitam.

P/s:  Adik Emah n Adik Fazley. Terima kasih la sebab ada jugak buah tangan.  Akak lawak ja, tapi sebab orang dah bagi. Rezeki jangan ditolak.  Hehehe... Mimie, ceq pun dapat jugak walaupun xdapat kek. huhuhu

Iftar 2012

Assalamualaikum.

Baru ada kesempatan nak meng'update' blog.  Kasihan blog ni dah berhabuk. Huhuhu. Entah kenapa malas ya amat ni.  Tetiba pulak rasa rajin nak update.  Kita bercerita la tentang Ramadhan 2012.  Alhamdulillah dipanjangkan umur untuk menghadapinya lagi.  Marilah kita sama-sama merebut pahala di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Hari pertama berbuka, Ita tak masak yang special pun.  Sebab nak anak2 ingat tentang kesusahan orang lain.  Menu simple saja seperti kampung.  Hehehe... Bukannye malas tau.  Padahal memang malas pun.


Inilah dia, sawi goreng campur fish ball dan fish cake.  Kegemaran anakanda Ita, Irfan.  Masakannya simple ja.  


Ikan goreng ni pulak kegemaran Danish dan Aqil. Ketiga-tiganya punya citarasa yang berbeza. Untuk Along Irfan, sudah disediakan sup tulang.  Tapi lupa nak snap picture.  


Dan yang last ni, telur masin.  Mak Ita wat sendiri.  Yang ni memang favorite Ita la time sahur atau berbuka.  Memang simple ja kan. Sebenarnya, memang nak masak macam2 tapi yang ni ja permintaan anak2. Jadi penuhi la dulu.  Anak2 request wat cucur udang.  Gambar xsnap sebab wat dah dekat nak berbuka.  

Alhamdulillah syukur dengan rezeki dari Allah.