Wednesday, June 29, 2011

Mengapa Harus Ada Kesal.....

N3 arini eita ambik dari blog Doa Buat Alanna..... Blog ni sememangnya amat menyayat ati pada sesiapa yang selalu menziarahi blog ini.... Apapun eita amat tertarik dengan N3 ini sebab perasaan begini selalu ada dalam diri kita... Namun kita hanya akan sedar selepas kita kehilangannya....



Awak tahu tak?

Awak tahu tak bila awak benci kerana cemburu terhadap seseorang, itu bermakna awak sebenarnya sukakan dia, tapi awak tak boleh terima?

Awak tahu tak sesiapa yang kelihatan seolah-olah sangat kuat, sebenarnya mereka ini mempunyai sekeping hati yang 'emotional' dan terlalu mudah tersinggung??

Awak tahu tak sesiapa yang selalu melindungi orang lain, dia juga sebenarnya amat memerlukan seseorang untuk melindunginya?

Awak tahu tak sesiapa yang suka menyelami perasaan dan membantu orang lain, sebenarnya ingin berkongsi sesuatu dan membantu dirinya sendiri?

Awak tahu tak, sesiapa yang sangat-sangat memerlukan awak, sebenarnya kelihatan seperti tidak bermakna langsung pada diri awak?

Awak tahu tak 3 perkara yang paling sukar untuk diucapkan adalah;
Saya Sayang awak, Maafkan saya dan TOLONG SAYA ??

Awak tahu tak orang yang paling sedih dalam dunia ini adalah orang yang kesal dan menyesal kerna tidak sempat melakukan sesuatu....


Andaikata dunia ini dikhabarkan akan hancur dalam masa 24 jam lagi, semua talian telefon, semua kandungan email, dan semua perbualan maya, akan dibanjiri dengan pesanan ini;

"Maafkan saya, Ibu...."
"Maafkan saya, Ayah...."
"Maafkan saya abang...."
"Maafkan saya, awak..."
"Saya sayangkan awak....
"Maafkan segala kesalahan saya..."
"Maafkan, kerana saya selalu menyakiti awak..."
"Saya selalu menyayangi awak, namun saya tidak pernah mengucapkannya..."
.
.
.
.
.
.
.

-MASIH BELUM TERLAMBAT-

No comments:

Post a Comment