Bun ni, eita tergoda tengok kak azlita aziz wat aritu... Rasa cam sedap sangat... Hehehe... Da banyak ari tengok, tapi mood nak mencuba tak datang jua... Last2 arini teringat nak wat... So, check bahan2 semua da ada lam almari.... Campak jer la dalam BM kan....
Roti ni memang sangat sedap, lagi2 kalau masukkan inti.... Tadi ingat nak masukkan inti coklat, tapi sebab da malas.... Bun manis pun ok jua la kan...
Checkered Bun
Sumber: Azlita Aziz
Bahan-bahan:
250 g tepung roti
1 camb marjerin
2 camb gula
2 camb water roux
120 ml susu segar
1 1/2 camt yis
1 camb susu tepung
paste vanilla
choc emulco
Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan kecuali vanilla paste dan choc emulco.
2. Uli hingga tidak melekat di tangan.
3. Perapkan doh hingga naik 2 kali ganda.
4. Tumbuk2kan untuk mengeluarkan angin.
5. Bahagikan doh kepada dua bahagian.
6. Satu bahagian campurkan paste vanilla dan satu lagi choc emulco.
7. Bahagikan doh setiap bahagian kepada 4. (ikut masing2 yer)
8. Masukkan doh dalam loyang dan perap hingga naik 2 kali ganda.
9. Bakar dalam suhu 180C selama 20 - 22 minit.
10. Setelah masak, sapukan marjerin atas bun supaya berkilat.
11. Sejukkan atas redai.
Bun eita tak sempat nak simpan minum petang pun... Anak2 dah selesaikan masa lunch tadi.... Huhuhuhu..... Angah cakap mama ni rajin la kan, so pasni mama wat lagik yer, sebab angah sempat makan yang vanilla je, yang coklat tu adik n along da habiskan... Pandai bodek anak teruna sorang nih... Masa tengah dalam oven lagik dia dah booking nak makan yang putih...
No comments:
Post a Comment