Saturday, July 13, 2013

Apabila lidah berbicara.... akibatnya??



Assalamualaikum...

Dah lama rasanya tak menjengah dan mengupdate blog kesayangan...  Nak kata sibuk tu xda jugak... Tapi seakan-akan mood berblog tu dah hampir padam... nape plak tetiba tajuk mesti ada tanda tanya ni... itulah hakikat... bila lidah tak bertulang berbicara... kesannya cukup dalam...

Pabila segala yang terjadi disekeliling menyebabkan kita gembira, sedih, duka dan terkilan... Terus mood tu ke laut... Kehidupan mesti diteruskan... Belajar memaafkan apa sahaja lebih menenangkan hati... Biarlah apa orang nak buat dan nak kata... Yang penting Che Ta dah mencuba sebaiknya untuk semua orang... Kalau masih belum cukup, itu terpulang pada penilaian orang...

Baru-baru ni, sambut besday anak sulong yang ke-13... Dah tua rupanya Mama... Anak pun dah besar panjang... Moga Along menjadi anak yang soleh, taat pada perintah Allah dan menghormati orang tua.... Apa sahaja keburukan dan kekhilafan mama dan abah jangan diikut... ambil yang baik-baik sahaja sebagai pedoman....

Kek yang besar gaban nih sangat2 bermakna... Terima kasih pada auntie Hani yang sudi menyeponsor kek yang besar gaban nih.... Yang bestnya semua ngaku besday diaorang....


Berbalik pada cerita kerja... Tempat kerja baru sememangnya bagi semangat baru pada Che Ta... Alhamdulillah dapat menyesuaikan diri... Apa yang penting kena hormat dan selalu belajar daripada orang lain... Kerja jangan pentingkan diri sendiri... Kawan-kawan banyak membantu dalam menyesuaikan diri... terima kasih kawan-kawan baru sebab tak lokek ilmu....

Sempat bawak mak dan kakak saya berjalan-jalan ke Cameron Highlands sambil mesyuarat... Tengok muka kakak saya yang sengeh lebaq tu... Best sangat sebab dapat bawak dia jalan-jalan... dia memang peminat bungaaaa.... Bodyguard yang sangat mengambil berat... i luvvvvv both of you.....


Yang ni pulak masa bercuti bersama-sama kengkawan yg happening gila... Kecoh bila berjumpa.... dengan anak-anak yang ramai... semua serba serbi qeyuh qendah... In shaa Allah ada masa kita plan lain yer....

Last sekali... Kepada sesiapa yang terasa hati dengan Che Ta, ampun maaf yer... Apa sahaja yang terjadi che ta tak akan simpan dalam hati... semua yang berlaku adalah tanpa kita sedari... yang penting saya dah cuba yang terbaik untuk semua... Tutup buku.... dah tak mau kenang lagi....

p/s:
Pasni kena buat kerja untuk diri sendiri sebelum nak tolong buat kerja orang lain...