Thursday, February 28, 2013

Sambal Hitam Bilis


Assalamualaikum...

Apa khabar semua kawan-kawan alam maya..  Dah lama tak update blog Ita ni... Rasa rindu... Kesibukan Ita dengan tugas dan macam2 lagi perkara yang perlu diselesaikan.  

Alhamdulillah, segala yang perlu dihadapi dah diharungi dan Ita hanya menanti akan keputusannya saja... In shaa Allah jika diizinkan olehNya dapatlah peluang baru...


Ita dah cuba resepi Sambal Hitam ni beberapa hari lepas... Bukan apa, nampak rakan-rakan fb cuba, sedapnya.. Mula-mula tengok Mama Rohana buat sambal hitam ikan kering, uishhh sedapnyaa... tp mengenangkan yang Ita ni kalau makan ikan masin japgi cepat sangat bersin so tunda kejap...

Mama Rohana memang tak pernah lokek kongsi ilmu masakan.. Thanks mama sebab sudi kongsi resepi yang sedap2 dengan Ita.



Resepi Sambal Hitam Bilis

3 cawan ikan bilis

1 cawan cili padi

1 cawan belimbing buluh (disangai hingga jus kering)

1 biji bawang putih

9 biji bawang merah 



Bawang putih dan bawang merah ditumbuk.

sangai belimbing buluh tanpa air.

Cili padi ditumbuk.

Bilis ditumbuk.

Tumiskan bawang hingga wangi.  Masukkan cili, belimbing dan bilis.  

Goreng dengan api sederhana sehingga kering.

sambal akan menjadi hitam.

Jangan gunakan api kuat kerana sambal akan hangus.


Sambal ni memang sedap.  Tambah2 jika dimakan dengan nasi panas2..  Memang best sangat.

Sunday, February 17, 2013

Pizza Daging


Assalamualaikum...

N3 arini sekadar nak kongsi, kadang-kadang kesibukan tugas membuat kita jadi sangat2 kekurangan waktu untuk memasak... Justeru, banyak cara dan kaedah boleh kita apply untuk menyediakan makanan untuk anak2 di rumah...

Situasi yang sama dengan Ita, balik sekolah dah penat... Keja menimbun nak selesaikan... Terkadang rindu nk tidur sekejap waktu siang... Tp bila dipejam, tak lena jua... huhuhu... Nasib badan....

Pizza daging ni Ita buat masa anak sulung balik dari asrama... Rumah memang sepi kalau takda dia... Sebab dia la yang paling suka makan... Terkadang masak memang tak penah cukup.... Kalau dia takde Ita jarang masak banyak2 sebab takut membazir...


Kat umah memang Ita standby siap2 base pizza yang beli di kedai... hehehehe... Rajin bebeno mok cik ni... 
Bila dah ada base tu... Bila rajin je, dah boleh buat pizza konon2 macam Pizza Hut tu... hikhik perasaaaannnn.....



Topping untuk Pizza...

3/4bungkus daging kisar

1/2 tin tomato puree

2 labu bawang holland (dipotong dadu)

2 ulas bawang putih (dipotong dadu)

mix vegetable

garam secukup rasa

gula secukup rasa

3 camb minyak untuk menumis


Cara-cara:

1. Panaskan minyak dan goreng daging.  Selepas air daging tu dah hampir kering masukkan bawang. Tumis bawang sehingga kuning dan naik bau wangi.

3. Masukkan tomato puree dan kacau.  Masukkan mix vegetable dan tunggu sehingga masak.

4. Masukkan gula dan garam. Goreng hingga kering..

5. Letakkan topping atas base pizza... Tabur mozarella cheese... Kalau nak lagi sedap letakkan sosej yang dipotong... Ita tak letak sebab stok sosej dah abis...

6.  Bakar lebih kurang 15 - 20 minit... Dah siapp... 




So, senang ja kan... Selamat mencuba....

Wednesday, February 13, 2013

Bingka Nestum


Assalamualaikum...

Masih dalam mood cuti Tahun Baru Cina.  Alhamdulillah sekolah Ita amik cuti yang panjang.  Namun kesihatan tak berapa mengizinkan.  jadi dok ajer la kat umah.  Menyelesaikan kerja yang sepatutnya..

Sebenarnya memang dah lama minat nak buat bingka nestum ni, memandangkan ada lebihan nestum kat umah.  Namun ada saja kekangan.  

Resepi ni Ita selongkar di dapur hanamemories.  Tapi hana cakap amik resepi dari dapur Kak yatie... Tq kak yatie.  Memang sedap bingka ni... Tu yang tak sabar nak tunggu sejuk dah dipotong.


Resepi

2 cawan tepung gandum
2 cawan santan
1 cawan susu segar
5 biji telur gred B
3/4 cawan gula pasir
3/4 cawan susu pekat
1 camca besar tepung jagung
1 camca kecil garam
2 camca besar butter dicairkan
1 1/2 cawan nestum
1 camca teh esen vanilla



Cara-cara membuatnya:

Panaskan oven 180.

Blend semua bahan kecuali butter, nestum dan esen.

Masukkan butter, nestum dan esen ke dalam adunan yang di blend.

Sediakan loyang.  Masukkan 1 camca besar butter dan panaskan loyang atas api kecil.

Tuang adunan dan tabur nestum.

Bakar 50 - 60 minit.

Sejukkan sebelum dipotong.


Abaikan yang sememeh tu yer... hehehe... sebabnya potong panas-panas... pastu Ita lupa letak pewarna... so warna original la... hehehe


Ita takda stok santan, jadi Ita gunakan susu segar 3 cawan.  hehehe... Versi menderhaka la nih... Ampun yer kak yatie...  


Pasni boleh la sesapa nak try... Memang sedap bingka nestum ni... Bau harum nestum memang sangat sedap...


Friday, February 1, 2013

Nasi Carrot




Assalamualaikum....

Bersiaran semula dengan N3 untuk hari ni...  Alhamdulillah ada sedikit kekuatan untuk memasak..  Kasihan pulak dengan anak teruna dua orang di rumah yang dah tak lalu lagi nak makan nasi putih..  Puas Che Ta gagahkan diri nak masak...  Rasa macam masih terawang-awang... 

Hari ni Ita masakkan untuk anak2 nasi carrot...  Sebenarnya Ita memang tak pernah masak nasi carrot ni, kiranya first time juga...  Rupanya nak masak senang jer... hehehe


Sebelum Ita mulakan dengan menaip resepi, tak tahu kenapa hari ni kenang lama kembali mencuit hati... Menimbulkan rasa tidak selesa... Ita cuba lapkan air mata yang gugur dek kalah dengan emosi...  

Tersentap rasa, arini Ita ke pasar seorang diri... Seperti biasa My Incik Husband keja... Gagahkan juga sebab untuk anak-anak nak makan...  Tetiba dalam perjalanan balik, Ita berselisish dengan sebuah lorii.... 

Ya Allah... Waktu tu kenangan tahun 1998 kembali di depan mata... Kenapa Ita rasa berdebar-debar... Terasa seperti kemalangan Ita dengan lori di Jitra dulu seakan terpapar depan mata...  Peluh sejuk mula jatuh...  Ita berhentikan kereta di tepi jalan dan cuba bertenang... Ingat pada anak2 Ita jadi kuat.. Dipandu kereta perlahan-lahan...  

Mungkin ini tandanya Ita perlu bersyukur, Ita pernah terselamat dulu... Anggota yang patah kembali sakit akibat demam, mungkin salah satu puncanya perasaan itu datang semula..


Kembali kepada resepi... Lapppp ayaq mata tu...  

Resepi Nasi Carrot :  Rozita Hasan

4 cawan beras basmathi (basuh dan rendam 30 minit)
1 cawan susu cair
6 cawan air
2 batang carrot (diparut)
garam secukup rasa

Bahan tumis:
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
5 tangkai daun kari
seinci halia 
2 camb minyak sapi
2 camb minyak masak
1 kuntum bunga lawang
1 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 batang kayu manis


Cara-cara:

Panaskan minyak sapi dan minyak masak.  Tumiskan  bahan tumis hingga garing.
Masukkan garam, air dan susu. Tutup api.  Masukkan beras dan carrot yang diparut. Gaul rata.
Masukkan ke dalam rice cooker.  Tanak seperti biasa.  



Acar Timun versi Ita sangat mudah.. Ita cuma guna sebiji timun, separuh nanas, sebiji bawang, 5 tangkai cili padi, gula, garam, cuka....  Potong ikut saiz yang diminati... Pastu gaul semua.... Tu jerrr.... hehehehe


Along pun dah tertunggu-tunggu nak makan nasi carrot ni...  Ita nak siap2 nak bawakkan bekal untuk anak teruna yang jugak demam...  Sememangnya kami dari dulu begitu... Kalau demam, pasti dua2 demam... Huhuhu... anak mama la katakan....

Part yang paling tersentuh... Waktu demam, kebetulan terjaga di tengah malam... Sedar2 dua2 anak lelaki yang kecik ni tgh mengelap mama dengan tuala basah... Huhuhu... Terima kasih anak2 mama semua.... Tanpa semua mama tak ada apa2 lagi....