Wednesday, August 29, 2012

Pau Gebusss




Assalamualaikum...

Tetiba malam ni, semangat betul nak mengedit picture dan upload kan dalam blog kesayangan hamba.  N3 yang bakal dipaparkan bukan untuk bermegah tentang kelebihan yang ada, namun berkongsi seikhlas hati.. Setiap resepi yang dicuba dan berjaya, insyaallah Ita akan kongsikan dengan semua pengunjung blog ni.







Ramadhan yang berlalu, memberikan seribu makna.. Pengalaman dan pengajaran untuk Ita menginsafi diri.  Belajar mengenali sekeliling... Bermunajat pada Allah agar ditunjukkan jalan bagi kesukaran.  Alhamdulillah dipermudahkan.  




Pejam celik, dah hampir 6 tahun berada di sekolah sekarang.  Banyak pahit manis yang dilalui.  Sabar, tabah, mengalah, menangis, tertipu, dikhianati dan sebagainya.  Alhamdulillah semua tu, tak mengurangkan sedikit pun senyuman di bibir.  Semua tu, Ita anggap pelengkap kehidupan.




Terlalu mempercayai walaupun dikhianati berkali-kali, kadang-kadang buat kita sedar.  Tak guna memberi peluang lagi.  Cukuplah, letakkan noktah disini.  Dia tidak akan berubah.  





Berbalik kepada resepi untuk hari ni, hujan yang menyapa dari pagi hingga petang... Membuatkan perut senantiasa membuat permintaan untuk dipenuhi.  Ah, malasnyer.... Tapi memandang wajah anak-anak yang penuh harapan... Mama mengalah... 
Angah hepi sangat, akhirnya mama rajin.... Tapi permintaan pulak mengada-ngada... Pau mesti ada macam-macam inti yer... 

Huk huk... Ikut jer la... Kebetulan inti yg dah siap tu ada... Hehehe... Ingat mama malas ker.... Walaupun hakikatnya malas bebenor...






Ita buat pau kali ni, dengan mencuba resepi dari blog Mat Gebu.

Bahan-bahan:

240 g tepung pau
1 camca teh "Double Acting Baking Powder"
25 g lemak sayuran (shortening)
1 camt yis
1/2 camt garam halus
100 ml air suam*
30 g gula halus*
1/2 camt cuka makan* (* disatukan dan kacau rata)








Cara Membuatnya:

Ayak tepung bersama DA Baking powder.  Masukkan garam dan yis.  Putar hingga rata.

Tambah shortening dan putar hingga menjadi serbuk roti.

Pada kelajuan perlahan, masukkan bancuhan air + cuka + gula sedikit demi sedikit.

Putar 1-2 minit.

Perap 45 minit - 1 jam.

Keluarkan doh, tumbuk untuk buang udara.  Bahagikan doh kepada 10 bahagian.

Isikan inti dan tutup kemas dengan doh.  Perap 15 - 20 minit.

Kukus 12 minit dalam kukusan yang dipanaskan.  Guna api besar.







Bila dah siap tu... Tadaaaaa dah boleh makan.... kejap je licin.... Anak-anak memang suka sangat....









Saturday, August 25, 2012

Kek Gula Hangus



Ini adalah kek kegemaran family.  Dah lama tak buat.  Masa buat ni, lupa la pulak nak kurangkan gulanya..  Huhuhu manis la sayang...




Kek Gula Hangus
Resepi: Family sendiri punyer la

Bahan-Bahan

Gula hangus
1/2 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega

4 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 sudu teh soda bikarbonat



Cara menyediakannya:

1.  Kacau gula hingga hangus.

2.  Masukkan air panas.  Masukkan marjerin.

3.  Sejukkan.




Putar telur hingga kembang.

Masukkan susu dan kacau perlahan.

Masukkan tepung yang diayak bersama dengan soda bikarbonat.

Masukkan gula hangus yang telah disejukkan.

Bakar selama 1 jam suhu 170 C.



Selamat mencuba.

Almond London


Assalamualaikum.

Nape la Cikgu Ita ni, dah lepas raya baru nak post N3 almond london ni.  Sebenarnya tujuan untuk rujukan sendiri pada masa akan datang.  So, bukan saja-saja nak post yer.  Hehe... 

Masih dalam mood raya, agak meriah tahun ni, sebab rezeki dari Allah yang datang setelah melalui pelbagai dugaan dan cabaran, namun di sebalik semua tu ternyata Allah mengurniakan sesuatu yang buat Ita rasa bersyukur.





Resepi ni, Ita dapat dari blog Kak Ita Masam Manis.  Kakak ni sememangnya kreatif dalam menghias kuih muih dan kek.  Ita cuba jugak cuma tak secantik kak Ita Masam Manis.






Biskut Almond London
Resepi:  Azlita Masam Manis

250 gm butter
450 gm tepung gandum
2 sudu kecil emplex
140 gm gula icing
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
150 biji badam - dpanggang

Untuk Menyalut Biskut:
Paper cup
Coklat masakan

Panaskan oven dan bakar badam dengan suhu 170 C selama 15 - 20 minit atau sehingga badam masak sempurna.
Ayak tepung dan emplex.  Ketepikan.
Pukul Butter, gula icing dan esen vanilla hingga lembut.
Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul lagi hingga adunan bergaul sempurna.
Masukkan tepung dan uli doh hingga menjadi doh yang lembut.
Bulatkan doh seberat 6 gm.  Letakkan sebiji badam di dalamnya dan bulatkan membujur.
Buat hingga habis dan susun dalam loyang.
Panaskan oven 150 C dan bakar biskut selama 25 - 30 minit atau hingga biskut masak sempurna.
Keluarkan biskut dan sejukkan atas redai.

Cairkan coklat secara double boiler.  Celupkan biskut dan letakkan dalam paper cup.
Hiaskan dan biarkan coklat mengeras.
Simpan dalam bekas kedap udara.




Friday, August 17, 2012

Biskut Samperit


Assalamualaikum..

Kesibukan dah dekat nak raya ni menyebabkan takde masa nak mengupdate blog kesayangan Ita ni...  Idea memang datang mencurah-curah seperti hujan... 

Eh dah lama tak hujan camna nak datang mencurah ni... Isyyy melalut la Cikgu Ita ni....

Arini memang rajin sikit... Silap la... Rajin banyak.... Disebabkan last minute baru nak buat kuih... Arini dapat la wat 3 jenis... Tapi Ita letak dalam N3 yang berbeza... Mudah nak type resepi... Hehehe... Alasan jer tu.... 




Inilah rupa kuih samperit yang Ita buat sebelum dibakar... hehehe... comei dak... macam tuan dia kan...





Biskut Samperit

Bahan-bahan:

250 g mentega

125 g gula aising

1 biji telur

350 g tepung kastard

2 camb tepung jagung

1/2 camt serbuk penaik

garam

esen vanilla




Cara Membuatnya:

1.  Putar mentega dan gula

2.  Masuk telur dan esen vanilla.

3.  Campurkan tepung kastard, tepung jagung dan serbuk penaik.

4.  Gunakan acuan ikut suka hati nak yang mana yer.,,, hehehe

5.  Bakar selama 15 minit pada suhu 150 celcius... ikut oven masing-masing yer....



p/s:  pastikan adunan tidak terlalu lembik, kerana samperit akan kembang selepas dibakar...

Wednesday, August 15, 2012

Lamb Chop & Cornflakes Madu



Assalamualaikum....

Apa khabar semua... Awalnyer update blog ni... Bukan apa... Cikgu Ita ni busy sesangat la sekarang... Bz tambah malas sebab tu la jarang-jarang update.

Semoga semuanya berada di bawah rahmat yang Maha Esa..  Iftar semalam adalah hari meng'orang putih' kan keluarga yang tak berapa putih... Hehehe... Bak kata anak bongsu si Aqil.... "Kita dua putih kan Mama?".... Yer la tu.... perasan jer lebih.... Putih le sesangat sayang.... Putih susu lagi...



Lamb Chop kali ni dimasak well done sebab My Incik Husband suka makan well done cook.... Kalau Ita nyer, medium cook jer la... baru best kan... sebab lembap-lembap sikit....

Kemudian, Ita buatkan pulak Mix vegetable yang digaul dengan mayonis... Yang ni requested by my eldest son.  Feberet dia la yang ni... Dan kuahnyer pulak adalah black pepper sauce versi Mama Style la... Hahaha... Nak jugak Interprem...


Lamb Chop
Resepi:  Sendirian Berhad

Bahan-bahan:

4 keping mutton
2 camca besar sos tiram
garam
steak spices

perapkan selama dua jam... kalau tak sempat tak payah ler perap... hehehe

Panggang selama lebih kurang 20 minit... Depends pada tahap masak yang masing-masing suka yer....



Mix Vegetables with mayonis

1 cawan mix vegetable
mayonis.

Digaulkan mengikut kesukaan masing-masing.  Ada yang suka lebih mayonis.  Masukkan dalam peti sejuk 20 minit.  Sedap dimakan sejuk yer...


Blackpepper Sauce

1 tin mushroom soup
1 camb lada hitam (ditumbuk)
cendawan butang (didadu)
1 tin air

Masakkan mushroom soup + air di atas api sederhana.

Masukkan lada hitam, cendawan butang.  Masukkan sedikit garam jika perlu.  Kacau hingga pekat...




Cornflakes Madu
Resepi:  Sendirian Berhad

500 g cornflakes
2/3 cawan gula
2 senduk madu
1 ketul buttercup

Cara membuatnya:

Cairkan buttercup di dalam kuali.

Masukkan gula dan kacau hingga hancur.

Masukkan madu dan kacau hingga sebati.

Masukkan cornflakes dan gaul rata.  Jangan gunakan api besar.  Jika gunakan kuali yang non-stick, boleh tutup api semasa menggaul cornflakes.

sudukan ke dalam paper cup.  Hiasan ikut sendiri.  Hehehe

Bakar dalam oven selama 15 minit suhu 150 celcius.



Tiap-tiap tahun wajib buat yang ini..  Selalunya Ita buat 1 kg cornflakes.  Kegemaran anak2.  Selalunya tak sempat la nak sampai raya kedua pun.  Huhu.. Nasib baik mudah nak buat.



Yang dalam balang tu Ita dah siap simpan untuk Mak.  Biasa la, mak tiap-tiap tahun tunggu Ita hantar kuih raya.  Sebab dia dah malas nak buat.  Nak rest ja... Jadi disebabkan jarak rumah kami yang boleh dikira sebagai sekangkang kera jauhnya... Ita pun selalunya pek macam konon-konon beli la kan.... 





*  Selamat mencuba....

Monday, August 13, 2012

Bicara Hati



Assalamualaikum...

Tetiba pagi ni rasa rajin sesangat nak masukkan N3.. Walaupun takda sepenting mana N3 ini... Cuma perlu diceritakan disini sebagai panduan dan bekalan.

Kadang-kadang, sebagai manusia biasa... Kehidupan di bumi Allah tidak pernah lekang dengan dugaan bertali arus.  Menguji kesabaran kita sebagai hambanya.  Kecekalan kita dalam mengharungi dugaan yang diberikan.

Kadang-kadang terlintas di benak fikiran, ada orang lain yang lebih berat dugaan berbanding dengan kita yang hanya sebesar kuman.  Namun, kita selalu mengeluh... Mengapa aku? Mengapa bukan dia?... Kerdilnya kita disisi Allah...

Sakit berpanjangan dapat mengurangkan dosa-dosa yang ada.  Andai kita tabah dan sabar menempuhinya. Ah, adakah hidupku tidak panjang seperti orang lain.  Namun adakah aku bersedia menerima azab di alam itu nanti...

Perjalanan masih panjang, mungkin aku kepenatan menjaga orang tua yang tidak sihat... Namun bukan satu alasan... Untuk aku mengeluh... Dulu, mereka juga menjagaku seperti itu...

Bersyukurlah, masih ada ibu bapa di sisi... Tatkala aku sedih, gembira, suka dan duka... aku selalu harunginya bersama kedua orang tua...

Mereka sangat memahaminya.  Apakah aku punya waktu yang panjang menabur bakti.. pada mereka... Aku selalu berdoa, andai umurku tidak panjang... benarkan aku memberi kesenangan pada mereka dahulu...

Suasana sekeliling yang semakin menghimpit dan tidak selesa... Membuatkan aku berfikir... Aku perlu berubah angin... berbakti pada tempat lain...yang mungkin lebih menghargai...

Dugaan oh dugaan.... Kerapnya kau bertandang... Aku tidak sekebal mana... Kadang-kadang terkeluar keluh dan kesah... Ah... Bila aku akan tabah... Setabah Siti Khadijah...

Ya Allah berikanlah aku kekuatan... Menempuhi dugaan ni... Jauhkan aku dari orang-orang yang Hasad dan Dengki.. Sedarkanlah mereka... Amin...



Sunday, August 12, 2012

Exam oh Exam


Assalamualaikum...

Bila malam, sememangnya idea datang mencurah-curah untuk diabadikan dalam blog kesayangan nih...  Kesibukan untuk menyedikan anak2 murid yang akan menghadapi UPSR selepas raya nanti.

Beberapa hari ni, tak sempat nak update tentang resepi dan masakan.  Semua tu perlukan masa yer sayang... Hehehe....

Memang kadang-kadang, orang nampak senangnyer keje cikgu kan... Huhuhu... FYI, tidak mudah menjadi seorang guru.  Semua beban ada di bahu kita.  Kalau anak pandai membaca, parents cakap anak saya memang pandai... Tapi kalau anak tak pandai, ishh taktau lah,cikgu ni buat apa... sampai la ni anak saya tak pandai2.... Huhuhu...

Peratus pencapaian skolah Ita pun sememangnya bukan baik, tapi Ita bersyukur dengan pencapaian murid-murid dari kelas Ita sendiri. Bukan taknak bantu kelas lain, tapi kelas sendiri pun belum cukup dijaga.

Esok, untuk kali keduanya anak2 murid akan duduki Ujian Perrcubaan Daerah pulak.. Harap2semuanya akan berjaya.

Thursday, August 9, 2012

Persiapan Raya



Assalamualaikum

tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan.

Rasa kejap jer... dah hampir separuh dari bulan Ramadhan berlalu.. waktu ni ibu-ibu mula sibuk memikior... kuih raya... erm... termasuklah kiter yg menulis ni... 

usai bersahur tadi, dok pikir la... kuih apa nk buat arini.. nk buat crust tart ka.. kuih loyang ka... kuih peneram ka... huhuhu... xtaw nk buat yg mana....

ikutkn kiter, semua nk buat in one time... senang citer... 

pastu teringin bebeno nk mkn muffin.... erm... mcm mengidam je kan...





Da banyak  hari Ita tak update blog ni... Rindu lak rasanya... Busy sangat dengan persiapan raya untuk family... Hehehe... Semuanya dah selesai... Jadi time untuk Ita mengupdate blog kesayangan Ita.

Ada juga yang tanya, nape nak letak resepi kat blog ni... tulis dan simpan sendiri la... kan senang...

senang memang senang... tapi Ita dah alaminya... Dulu simpan dalam buku, bila pindah rumah buku2 tak tahu letak di mana... Huhuhu... Pastu simpan dalam handphone pulak, tetiba takda rezeki talipon ilang...

Macam2 alasan betul cikgu sowang ni... Hahaha... Sebab yang utama, biar le... Kiter rajin nk berblog, kite buat ler.... Bukan kiter ngutuk sesiapa pun kt sini.... Hehehe



Time ni, kluar nak membeli persiapan raya untuk semua... Nak kluar awal kesiankan anak2 panas lak... Jadi dah petang baru kluar... Time berbuka, lepak kat taman untuk berbuka... Lebih santai...



Dah selesai semua persiapan... Insyaallah pasni, Ita akan update dengan resepi lain yer....

Thursday, August 2, 2012

Iftar day 12 ~Pasta Spiral Goreng vs Kari Kepala Ikan~

 Assalamualaikum...

Berlalu sudah 12 hari Ramadhan.  Tanpa kita sedar.  Adus, terasa seperti baru bermula puasa ini.  Alhamdulillah, Ramadhan kali ini Insyaallah akan lebih baik dari sebelumnya.

Ita rasa lebih tenang.. Tidak lagi mahu menambah masalah di dalam kepala. Hanya mengubah minat baru menjadi blogger. 

Hari ini penat juga rasanya, pagi-pagi tadi setelah sampai di sekolah, PK 1 phne dan bagitaw, kena bawa anak teruna ke Sek Integrasi sebab ada Ujian Saringan 2 Permata Pintar.  Huhuhu penat la, kelam kabut menghantar.  Tapi anak2 punya pasal.  Mama rela jadi Minah Shumacker... ^_^



Dalam kepala ada macam-macam menu rasa nak masak la kan.. Tapi kadang-kadang tak masak pun...  Menu pulak kena la ikut anak-anak punya selera kan.  Sebab mereka lebih cerewet dalam memilih juadah berbuka.

Kadang-kadang rasa macam nak menu berlainan setiap hari.  Tapi anak-anak nak menu yang diaorang suka tu la setiap hari... Huhuhu... Mama jemu la... Huk huk....



Makanan western adalah kegemaran anak Ita yang sulong.  Along memang western sangatla... Macam mama jugak. Hehehe... Kalau ke Pizza Hut tu, kami berdua memang kamcing la.... Smua makanan dalam menu tu kalau boleh nak order.  Yang lain2 tu semua berkerut dahi... Tapi taknak selalu la ke sana, nanti gumuk arrrr, tak sukeeee.

Untuk hidangan berbuka hari ni, untuk Along Ita buatkan Pasta Spiral Goreng.  Feberet dia ni.  Even me!!!

Pasta Spiral Goreng 

1/2 bungkus spiral

3/4bungkus daging kisar

1/2 tin tomato puree

2 labu bawang holland (dipotong dadu)

2 ulas bawang putih (dipotong dadu)

mix vegetable

garam secukup rasa

gula secukup rasa

3 camb minyak untuk menumis




Cara-cara:

1. Mula-mula, didihkan air dan rebus pasta sehingga masak.

2. Panaskan minyak dan goreng daging.  Selepas air daging tu dah hampir kering masukkan bawang. Tumis bawang sehingga kuning dan naik bau wangi.

3. Masukkan tomato puree dan kacau.  Masukkan mix vegetable dan tunggu sehingga masak.

4. Masukkan gula dan garam. Masukkan spiral yg telah ditoskan tadi. Kemudian kacau sehingga rata.

5.  Boleh dihidangkan...



Resepi Kepala Ikan

Bahan-bahannya:

1 ketul kepala ikan

1/2 biji kelapa (diambil santan)


1 peket kari ikan


2 keping asam

garam secukup rasa

Bendi,tomato dan lada besar


Bahan untuk menumis

1 camt halba campur

daun kari

3 biji bawang kecil *

2 ulas bawang putih*

*ditumbuk


Cara-caranya:

1.  Panaskan minyak.  Tumiskan bahan-bahan tumisan, goreng hingga kekuningan.

2.  Masukkan pes kari + garam + asam keping. Kacau hingga naik baunya.  Kemudian masukkan santan.  Kacau seketika dan masukkan ikan.

3.  Setelah mendidih, masukkan bendi.  Perlahankan api, kacau seketika dan masukkan belahan tomato, lada besar, tutup api dan hidangkan.




Kari ikan memang sedap kalau dimakan semasa nasi panas-panas.  Tambah pulak ada ulam dan sambal belacan... Memang bertambah-tambah la nasi nanti.... Hehehe




Donut Ball

Resepi  : DayangJack@Dapurku Sayang

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum

1 camb marjerin

1 biji telur

1 camt pelembut roti

1/2 camb yis kering + 1/4 cawan air suam (direndam)

90 ml susu segar

2 camb gula pasir

1/2 camt garam

gula icing untuk saduran


Cara-cara membuat:


1.  Putar semua bahan (kecuali tepung,pelembut doh, yis dan gula icing) hingga sebati.

2.  Di dalam belas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya.  

3.  Tuangkan bahan-bahan yang sudah di putar tadi, yis dan pelembut roti.

4.  Uli hingga menjadi doh.  Jika adunan terlebih lembik, tambahkan sedikit tepung.

5.  Bahagikan doh kepada 20 - 22 bahagian dan bentukkan seperti bebola.  

6.  Rehatkan selama 10 - 15 minit.

7.  Goreng donut hingga keperangan. Toskan.

8.  Sadurkan dengan gula icing.


 


catatan:
Donut ball ni juga boleh letak inti kalau suka yer... Toping coklat pun ok jugak... 

Wednesday, August 1, 2012

Iftar Hari ke-11 ~Bersemangat nak memasak~




Assalamualaikum...

Salam mesra untuk semua pengunjung yang membaca blog Ita... Terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi berkunjung ke teratak Ita yang tidak seberapa ni.  Ita bukannya tukang masak profesional, cuma amatur yang memasak untuk hidangan sekeluarga.  

Hari ni memang dah plan nak masak kerabu taugeh & kerang.  Balik sekolah tadi Ita rehat la dulu.. Sebab dah kepenatan sangat.  Badan juga mau rehat la... Betul kan... 

Kerabu Taugeh & Kerang

Taugeh - disangai separuh masak dan ditoskan.

Kerang - dibersihkan, direbus dan diambil isinya.

cili padi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1/4 biji kelapa parut
air asam jawa
semuanya dikisar

kerisik
garam
gula

Cara-cara membuatnya:

1.  Gaulkan bahan kisar bersama kerisik, garam dan gula.

2.  Masukkan isi kerang dan gaul rata.

3.  Masukkan taugeh.  Gaul rata dan hidangkan.

Inilah rupanya Kerabu Taugeh & Kerang.

Anak-anak Ita memang suka makanan yang berasaskan roti.  So, semalam dah masak Roti John d'palma. Arini jenuh perah otak,.. Pastu tengok dalam peti sejuk ada sosej. Apa lagi, buat ja la sosej roll kan.



Resepinya sangat mudah.  Masa menyediakannya juga hanya dalam beberapa minit dah siap.  

Sosej Roll

Bahan-bahannya:

4 batang sosej (dicelur)

4 keping roti Gardenia

2 biji telur

garam

minyak untuk menggoreng


Cara Membuatnya:

1.  Canaikan roti.  Gulungkan sosej dalam roti yang dicanaikan tadi.

2.  Ulang hingga selesai 4keping roti tersebut.

3. Celupkan roti yang telah digulung ke dalam telur. 

4.  Masukkan ke dalam kuali yang telah dipanaskan minyak.  Goreng menggunakan api sederhana.  

5.  Angkat, toskan  dan hidang..
Letakkan mayonis dan sos untuk lebih sedap dan yummyyyyy

Mesti ada yang tertanya-tanya, aik nape yer ada ulangan resepi. Sebenarnya, ada permintaan dari adinda. Nak makan abuk-abuk.  So, Ita tolong buatkan. Harap2 tu dapatlah menghilangkan keinginannya.  Hehehe... Siap posing dalam bekas nak antar kat dia lagi tu. 



Resepi Tepung Gomak @ abuk2

BAHAN-BAHAN

Inti:

1 biji kelapa parut
1 cawan gula merah
2 camb gula pasir
1/2 cawan air
1 camb tepung pulut

Cara-cara:
1. Masakkan gula merah, gula pasir dan air hingga mendidih.
2. Masukkan kelapa parut dan kacau hingga kering.
3. Masukkan tepung pulut.
4. Tutupkan api dan sejukkan.
5. Bentukkan bulat2.





Kulit:
600 g tepung pulut
1 cawan air
secubit garam


Cara-cara:
1. Didihkan air di dalam periuk.
2. Di dalam mangkuk, masukkan tepung dan garam.
2. Gaulkan bersama-sama air sehingga menjadi doh.
3. Leperkan dan masukkan inti dan bentukkan bulat.
4. Masukkan doh ke dalam air yang telah dididihkan.
5.Apabila doh timbul, angkat dan toskan doh tadi.
6. Golekkan di atas serbuk biskut meri tadi.
7. Dah boleh dimakan.

Bagi sesetengah orang, kuih ni disalut dengan tepung kacang, tetapi eita lebih suka disalut dengan serbuk biskut meri sebab lebih lemak manis.... Terpulang pada selera masing-masing.






Resepi Sotong Goreng Berempah

Bahan-bahan:

1/2 kg sotong

1 labu bawang besar (dimayang)

2biji bawang putih(dimayang)

5 biji cili padi (dibelah)

2 camb sos tiram

1 camb rempah kari daging

air asam jawa

Minyak untuk menumis.


Cara Menyediakannya:

1. Panaskan minyak.  Tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili padi.

2.  Masukkan sotong dan kacau hingga mendidih.

3. Masukkan sos tiram dan rempah kari daging.

4.  Masukkan air asam jawa dan garam.

5.  Apabila sotong telah masak.  Boleh dihidangkan.




Catatan:  Semakin lama berpuasa, semakin kurang berselera.  Mungkin sebab dah menjadi chef di dapur.. Justeru nak makan pun tak berapa berselera.