Thursday, July 28, 2011

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA


Wahai tuhan ku tak layak ke syurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ... kami lah hamba yang mengharap belas darimu "ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin.....

andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya

Saya pohonkan kemaafan di atas segala kesilapan & dosa-dosa yang lalu. Semoga Ramadhan tahun ini akan menjadi 'ibadah puasa YANG TERBAIK & YANG PALING IKHLAS yang pernah kita lakukan. Semoga 'ibadah puasa kita pada tahun ini juga akan diberkati & diterima oleh ALLAH s.w.t.. InsyaAllah.

Wednesday, July 20, 2011

Kem Akademik Perdana

N3 arini nk citer la pasal Kem yang eita n kawan2 anjurkan untuk murid2 tahun 6.... Mmg penat wat kem ni sebab tenaga cikgu yg terlibat cuma 4 org ja.... Pompuan semua lak tu, anak2 murid pulak ramai lelaki... Tp disebabkan semangat nk memberikan motivasi kt budak2 nih, eita n kawan2 kuatkan jua semangat....



Ni semasa aktiviti Ice breaking.... Memang happening habis.... Macam2 aktiviti yg diadakan sampai nk putus urat perut pun ada gak dengan perangai anak2 murid nih...


Namun, apa yang paling penting, selepas kem ini semangat mereka semua semakin bertambah, sampai ada lak cikgu yg jeles sbb setiap masa anak2 murid eita ni asyik wat keje matematik jer nih.... Alhamdulillah.... Kita tunggu jer la minggu depan dah nak ada trial nih.... Berdebar2 juga takut anak2 murid tak bole jawab....

Thursday, July 14, 2011

Puding Roti Coklat..... Sedapnyer.....

Manisnya puding itu........ hehehe...... Sebenarnya N3 ni sepatutnya semalam dah upload tetapi disebabkan penat bersukan, baru arini dapat nk uploadkan... Puding ni memang sedap sangat2....


Resepinya main masuk2 jer tau.... So, agak2 je yer...

Puding Roti

6 keping roti
1 tin susu cair
agar-agar serbuk
air (kurang lebih 3 cawan)
2 biji telur

Cara-cara

1. Blendkan semua bahan
2. Kacau atas api perlahan hingga pekat.
3. Tuangkan dalam acuan dan sejukkan..

Mushroom soup n garlic bread

N3 arini eita uploadkan bekfast ala2 owang putih gitu.... Anak2 suka sgt2 garlic bread n mushroom soup nih.... So, benda senang nk wat memang la mama dia suka nk masakkan....

Tadaaaa........... Ni hasil sebelum dikerjakan dek anak2 teruna eita.... Abah dia tengok dari jauh jer la kalau sediakan makanan western2 nih...... Resepi dia mudah jer yer.... Main agak2 jer kan...


Garlic Bread

8 keping Roti sandwich
4 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
4 sudu besar marjerin
mixed herbs

Cara-cara memasak....
1. Gaulkan bawang putih yang ditumbuk bersama-sama dengan marjerin dan mixed herbs.
2. Bakar jer guna toaster biasa tu


Mushroom soup
1 tin mushroom soup (ready made nye yer)
2 tin air
1 kiub pati ayam
button mushroom

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan dan didihkan atas api perlahan.
2. sedia untuk dimakan...

Monday, July 11, 2011

Biar Betul !!!!!

Lupa nak cite kat sini, aritu anak teruna eita n kawan2nya telah mewakili negeri kedah dalam pertandingan Sketsa Doktor Muda, dan akhirnya sekolah eita telah berjaya mendapat tempat ketiga bagi peringkat kebangsaan....

walaupun dilanda pelbagai dugaan dan kontroversi namun akhirnya cikgu2 yang bersemangat ni berjaya mengharumkan nama sekolah yang nun jauh di luar bandar nih..... Bangga sangat2... sebab sekolah tidak menggunakan pakar2 lain semuanya hanya dengan keringat guru2 ja....

Kembali Sibuk...

As Salam....

N3 arini saja jer nak cita kesibukkan eita kt skolah... Minggu yang memenatkan, dengan persediaan hari sukan........ mana nak settlekan bahan utk ceramah kt UUM.... adus tak taw nk wat yang mana dulu nih.... semua serba tak kena.......

Last minute pulak, ada membe suh ganti kelas tuisyen pulak.... xnak tolong, sian pulak kat dia... huhuhu akhirnya akak jua yang banyak keje....... camna nih, harap2 everything under control la nanti....... jangan xsempat wat sudah la........

Tuesday, July 5, 2011

Pertandingan Sketsa Doktor Muda


Assalamualaikum...

Arini merupakan ari yang sangat sibuk, banyak benda nk diselesaikan.. Sib baik xpengsan jer.... Menyiapkan barang2 anak teruna sulung nk g pertandingan sketsa peringkat kebangsaan mewakili negeri kedah... Walaupun bukan memegang watak utama, ada aku kesah!!! hehehe... yg penting dpt merasa menjadi wakil negeri kedah untuk peringkat kebangsaan....



Ni pic masa wakil bercerita last year.... Tahniah along sebab berusaha dengan bersungguh2... but anyway pas ni nak kena tumpu pada pelajaran pulak yer sebab next year dah UPSR....


Semoga berjaya kepada team sketsa SKFBT yang akan bertanding sketsa peringkat kebangsaan esok di Bayan Lepas.. Segala cabaran yang datang berjaya diatasi oleh dua orang guru mantap iaitu pn azila dan pn shahrum..... Tahniah buat kontinjen Doktor Muda SKFBT sebab dapat mengharumkan nama sekolah ke peringkat kebangsaan...