Friday, December 31, 2010

Kelasku yang cantik............

Salam........... N3 arini aku nak cita la pasal seharian aku mengemas dan menceriakan kelasku......... Masa mula-mula aku masuk kelas ni masyaallah tak cantiknya........... dinding penuh tapak kasut......... hu3.... apa lagi aku pun goda2 la husband aku catkan dinding kelas tu............ pastu terus comei ja......

Hari keduanya aku n hubby pegi lagi, kali ni menggantung langsir dan juga menyusun atur perabot.... aku wujudkan ruang ilmu dekat hujung penjuru kelas.... aku beli tikar biar cantik sikit sudut tu..........

Gambar-gambar di bawah ni hasil kerja keras aku dan hubby.....



Ni my hubby tengah susun sikit2 lagi perabot-perabot dalam kelasku yang dah cantik dan ceria..


Yang ni pula, aku gantungkan kata-kata hikmat dan nota-nota untuk rujukan muridku nanti.......


Tadaaaa.......... cantik tak sudut ilmu ni.......... tikar tu baru beli tau........

Thursday, December 30, 2010

Tahun Baru

salam semua........... N3 kalini nk cerita la pasal tahun baru........... selepas lama bercuti dok kat umah bila tiba tahun baru rasa malasnya nak mula balik kerja.... banyak sungguh kerja yang aku nk selesaikan di awal tahun..........

penat memang la penat........... aku ni selalunya ditugaskan menyediakan jadual guru sekolah, hu3...... sedih sgt kita dah la penat2 wat jadual pastu kena marah lagik........ jadual aku bykla, jadual aku tak seimbang la......... banyak la bla2....

senang2 sgt tahun depan aku nk suruh depa wat la sendiri jadual depa.,... biaq padan muka semua........ aku penat dah tiap2 tahun melayan karenah org2 ni........... asyik org yang sama ja.......

Friday, December 24, 2010

Donut Gebu


Salam semua..... N3 arini nk cita pasal donut la pulak............ he3......... donut dni utk bekal mak n adik2ku balik ke selangor........... donut ni memang sedap n gebu walaupun sejuk... aku suka donut ni, dalam byk2 resepi dah cuba donut ni yg paling gebu n paling leceh sikit nk buat sebab adunan tersangat la lembiknya.... resepi ada kt bwh yer

* untuk adunan doh
4 cawan tepung gandum,
1 pek yis (jenama MAURIPAN, korang pakai jenama lain gerenti tak tembam)
2 sudu susu krimer pekat manis
1 senduk marjerin ( campur 2 sudu butter, petua untuk doughnut lebih gebu dan lembut)
1 biji telur
4 sudu besar gula pasir
2 cawan air suam (untuk larutkan gula & yis)
*cara adun
1. sebelum membuat doh, larutkan gula dan yis dalam air suam (biarkan yis naik, sementara yis naik bolehla adun bahan2 dalam langkah 2)
2. masukkan semua dalam 1 bekas(tepung gandum, telur, majerin & susu)
gaul hingga sebati
3. masukkan bancuhan yis sedikit demi sedikit hingga menjadi doh
4. uli doh hingga lembut
5. taburkan tepung gandum di atas dulang (utk elakkan donut dari melekat)
6. bentukkan donut ikut saiz yang anda mahu
7. apabila donut yang anda bentuk tadi dah naik, bolehla digoreng (guna api yang sederhana)
8. goreng hingga warnanya keemasan
9. biarkan hingga sejuk dulu donut yang dah digoreng, kemudian bolehla disalut dengan gula


Thursday, December 23, 2010

kuih lapis tradisional


N3 kali ni pasal kuih lapis merah putih, anak sy yg kecil sekali ni suka bebenor dengan kuih ni........ dah lama dah masak br nk upload picture............ kt sesesiapa yg nk mencubanya silalah ambil resepinya yer.......

bahan2
250 gm tepung gandum
250 gm tepung beras
125 gm tepung ubi
500 gm gula pasir
2 liter santan (500 gm santan beli + 1500 ml air)
pewarne merah
perisa ros

care2

masak 500 ml santan bersame gula dan daun pandan hingge sekali mendidih sahaje
tuang kedalam mangkuk dan buang daun pandan
blender bahan2 tadi bersame baki santan...masuk kedalam mangkuk dan kacau rate
bahagi 2 lebih kurang 1250 ml setiap bahagian dan masukkn pewarne merah 1 bhgian,1 bhgian lgi perisa ros
kukus 4 lapis putih dan 4 lapis merah
setiap lapis 1/4 cawan(lbih kurang 300ml )

Wednesday, December 22, 2010

Malas Dah Datang

Terkejut gak kan.......... tetiba malas nih.......... badan rasa tak sedap...... nk demam ker ni, letih shopping barang2 sek anak ker? aduss macam2 dalam kepala........

kdg2 bila badan rasa tak sedap, mesti nk marah2 jer kan? Entahla, nk datang bulan kot...... he3..... masak pun agak malas, menjahit pun malas....... penat dok tilik nk wat jadual guru ni.......... penin2... bila la nk siap ni............

PENATNYA!!!!!!!!!!!

Monday, December 20, 2010

Keja byk dah datang

salam semua........... N3 arini tentang keja sekolah yg dah datang......... hu3.... byknya keja..... letih la nampaknya............... nk kena wat jadual waktu, skpm, sgm, bla bla bla...
he2......... itulah keja aku...........

Thursday, December 16, 2010

apam dot dot

Salam semua.... inilah rupa apam dot dot yang tengah panas sensasi di laman KR ni..... apam ni sedap sebab dalamnya ada inti coklat............. anak2 semua suka..... bg sesapa yg nak cuba ini resepinya saya letakkan di bawah... thanks kak zuraini alias KR

Apam dot dot inti coklat

bahan2

3 biji telur
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 gm susu sego
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovellete
cooking chocolate (dipotong dadu)
pewarne


Caranya.
1. pukul telur, gula dan ovalette
2. masukkan campuran tepung ngn bkg powder td berselang seli dgn susu. kacau rata..
3. bahagikan kpd beberapa bahagian dan warna ikut suka..
4. masukkan adunan dlm acuan kertas menggunakan piping beg.
5. letakkan inti kemudian masukkan lg adunan supaya menutupi inti..
6. kemudian buat dot2..
7. kukus hingga masak..



Japanese Cotton cheese cake




Amacam tergoda tak????? Nama kek pun macam jepun kan, kek ni memang sodap sangat.... best tau amik resepi ni kt KR by kak RMS Benhadria............ mula2 nk cuba wat tu mcm tak konfiden jer.... bila dah siap tu yg best sbb hubby yg tak suka cheese pun makan bersungguh2..... kt bawah ni saya letakkan resepinya.... thanks kak RMS Benhadria sebab sudi kongsi resepi ni....

JAPANESE CHEESE CAKE by RMS Benhadria (KR)

4-5 keping cheddar cheese
200ml susu segar
4 biji telur
70gm gula halus
70gm tepong kek
70gm butter
masa penyediaan: 20min
masa membakar: 1jam

Cara-caranya:

1. koyak2kan ciz kecil2 dan campurkan dgn 200ml susu segar. masak dgn api perlahan, kacau selalu. masukkan butter,tutup api.

2. asingkan telur putih dan merah. pukul telur putih dgn 70gm gula halus hingga menjadi kembang @ meringue. kemudian pukul telur merah hingga kembang, masukkan dlm adunan ciz tadi ( 1 ).

3. masukkan tepong sikit demi sedikit, kacau perlahan. sekiranya berketul boleh di tapis. kemudian masukkan adunan meringue tadi. kaup dan sebatikan adunan.

4. lapik acuan 7x3 inci loyang bulat. tuang adunan kedalam acuan.

5. letak loyang dlm bekas yg telah di isi air panas. masukkan ke dalam ketuhar yg telah di panaskan 20min pada suhu 170c selama 20min kemudian rendahkan suhu kepada 140c dan terus membakar selama 40min.

teknik membakar bain marie atau steam bath sbb cheese sangat lembut dan mudah terbakar.




Monday, December 13, 2010

kuih lapis coklat



ni la rupa kuih lapis coklat...... sedap sungguh kuih ni.... he3 (masuk bakul angkat sendiri)..... Nk resepi copy kt bawah yer....

Kuih Lapis

lapis coklat...from...ZURAINI ALIAS

bahan A

300 gm tepung gandum

60 gm tepung hon kwee

1500 ml santan

360 gm gula

2 biji telur

bahan B

30 gm serbuk koko

50 gm santan

cara...

adun atau blender kesemua bahan A dan bahagikan kepade 2 bahagian.satu adunan dicampur dengan bahagian B dan satu adunan dibubuh warne kuning.kukus selapis demi selapis.setiap lapis kukus selame 7 hingge 10 minit.

bawah kuning atas coklat..smue ade 6 lapis..gune loyang 10 x 10..kukusan yang last sekali tambah 15 minit.

Thursday, December 9, 2010

belajar menjahit

Salam..............
Lama rasanya tak ada N3 ni... bukan pa sibuk sikit sebab anak saya yang kedua ni berkhatan.... jadi sibuk la.... lagipun sibuk belaja menjahit.......... alhamdulillah dah siap pun sepasang baju kurung pesak gantung dan kain kipas.... bestnya dapat wat baju.... pastu tengah bersemangat pulak, jadi gunting la sepasang baju kurung moden pulak... nnti i update hasilnya kat sini.... sesapa nak belaja menjahit boleh la tanya kat saya secara online walaupun saya baru belajar tapi dah lama saya menjahit rasanya cuma saya jenis malas la sikit................

Tuesday, December 7, 2010

Maal Hijrah

Assalamualaikum....

Apa khabar semuanya, salam maal hijrah diucapkan... harapan apa ya untuk sambutan tahun baru ni ya.... rasanya yang tahun lepas pun belum terlaksana lagi.....

Apa kata dimulakan dengan diri sendiri dulu, harap2 tahun baru ni semoga diri berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya.... sebelum ni mungkin apa yang dilakukan tidak ikhlas.... membuat kerja sambil lewa.......... bekerja tidak bersungguh-sungguh,,,,,,,,,,,wah banyaknya kesalahan aku rupanya ya........... aduss harap2 aku boleh berubah menjadi lebih baik.... Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk mencari keikhlasan dalam setiap perbuatan yang aku lakukan....